Friday, February 22, 2013

Elak Tidurkan Baby Dalam Buai

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semua orang tau buai tu apa kan? Rasanya even orang bujang pun tau benda tu. 

Ni lah buai baby.
And semua tau banyak kes baby jatuh dari buai dilaporkan. Ye tak? Even cam tu masih ramai parents yang tak amik kisah pasal baik buruknya buai baby ni. Huhuhu. Rasanya lebih banyak buruk dari baik.

If anda seorang ibu atau ayah, mungkin anda ada baca dalam buku klinik anak bahawa dilarang menggoncang bayi. Tidurkan baby dalam buai ni pun termasuk dalam menggoncang bayi. 

Sebenarnya zaman kita sekarang ni ramai yang masih menggunakan buaian dengan alasan baby tidur lebih lama jika dibuai. Tapi betulkah yang baby tu dibuai dan bukannya dihenjut? Bagi mereka yang menggunakan buaian, perhatikan cara anda.  Buai dan henjut itu adalah dua perkara yang berbeza. 

Lagi-lagi bagi mereka yang menggunakan buaian elektrik. Macam-macam jep ciptaan manusia ni kan. :)

Contoh adapter buaian elektrik
First time me tengok live benda ni berfungsi masa balik kampung en.abg hujung tahun lepas. My biras gunakan ni untuk tidokan baby dia yang baru berumur sebulan dengan kelajuan henjutan yang for me agak melampau bagi baby. Me tengok pun takut.

Dari artikel dan info mengenai buai yang me baca kat internet, kebanyakannya mengatakan yang menggunakan buai ni ada efek pada otak baby. Huhuhu. Nak tau efek apa? Google arr.. Hehehe.. Malas nak copy paste penerangan yang me jumpa sebenarnya.

Bapa me adalah seorang ketua jururawat. Hehe. Jarangkan ada lelaki jadi jururawat. Ok. Bukan nak cerita pasal tu. One day my pa ada hadiri satu kursus mengenai kesihatan dan terselit di dalam kursus tu pasal keburukan buai ni. Tiba-tiba ada satu peserta kursus (A) menyampuk,,,
A : Alaaaaa... dulu saya pun kena buai.. Hidup juga sampai jadi jururawat. (Dengan bangganya..)
B : Tapi kalau ko tidak kena buai dulu mungkin ko jadi doktor sudah sekarang ni..
Faham tak perbualan ringkas kat atas tu? Jom kita sama-sama berfikir makna yang tersirat di sebaliknya.

Zaman dulu kala pun memang orang buai anak tapi tu betul buai sebab zaman-zaman tu tak de lagi spring tu semua. Guna kayu semata. Boleh buai jep tak boleh henjut. Me pernah tengok buai buatan sendiri tu.Totally berbeza dengan buai yang ada sekarang ni.

Sebab tu la me sememangnya mengelak dari tidurkan Aisya dalam buai. Sekarang mungkin kita tak nampak kesannya tapi in future kita tak tau kan. Oleh itu marilah kita sama-sama berikan yang terbaik untuk anak kita. Jangan fikir nak senang jep. :)


Credit to google untuk gambar.



6 comments:

  1. kwn buaikan anak tekak je la, anak pun tade lagi ni.. heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha.. Manjanya anak tekak tu kan..

      Delete
  2. Aisya pun x tidur kat buaian kn? mcmna moon besakan dia tidur x pakai buaian tu..? kaka nak belajar ni..;)

    ReplyDelete
  3. Apa effect nya cita pun tk abis.

    ReplyDelete
  4. Kakak sy guna buai eletrik jgk utk anak dia.. Skg anak dia 13 thn.. Upsr Sekolah agama 8A kebangsaan 5A.. So bergantung jgk.. Asalkan x terlalu kuat henjut smpai memudaratkan sudah la..

    ReplyDelete
  5. Saya nak quote sikit ayat Moon, "Tidurkan baby dalam buai ni pun termasuk dalam menggoncang bayi". Salah tu. "Shaking" a baby is when you shake hard intentionally yg boleh bawa kpd kecederaan otak. Biasanya ia dilakukan utk melepaskan geram/ kemarahan. Dalam situasi mendodoi atau menghenjut dalam "normal care" tidak berbahaya kpd otak bayi.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan