Tuesday, March 5, 2013

# #PrayforSabah # Pencerobohan Tentera Sultan Sulu

Mereka Gugur Sebagai Wira Negara

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Seluruh negara pun tahu isu yang melanda Sabah sekarang ni kan? Pencerobohan oleh tentera kesultanan sulu. 

Sudah ada tentera dan polis kita yang terkorban dalam usaha mempertahankan keamanan negara. Sedih bila pengorbanan mereka 'dianjingkan' oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka tumbang sebagai wira negara bukan sebagai pembelot. 

Jika mahu mempolitikkan isu pencerobohan ni, silakan berfikir dari perspektif masing-masing. Semuanya bijak belaka kan. Nak gaduh, gaduh laa. Tapi tolonglah jangan politikkan nyawa pejuang kita yang terkorban. Fikirkan tentang keluarga mereka. Takkan nak tunggu benda ni jadi pada keluarga sendiri baru kita nak diam. 

Me secara peribadi memang sangat-sangat sedih dengan keadaan yang melanda negara terutama negeri Sabah sekarang ni. Di sini perang senjata api, di media pula perang politik, perang mulut. 

Allahuakhbar!

Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan para pejuang kita yang masih berjuang. Semoga tidak ada lagi berita sedih selepas ini. Doakan juga keselamatan rakyat di Sabah kerana kami juga sebahagian dari rakyat Malaysia. Wish Sabah kembali aman.


#PrayforSabah 

4 comments:

  1. Sy mmp doa je.. X mmpu nk review kisah di sabah ni.. Sebak dan sedih sgt...

    ReplyDelete
  2. Allah saja dpt membalas jasa mereka.

    ReplyDelete
  3. sama2 kita doakan mereka di sana...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan