Tuesday, March 12, 2013

Pecah Pintu


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lamanya tak berupdate belog ni. Bukan apa,, banyak sangat benda yang terjadi in the past few days. Contohnya,, kes me terlupa kunci umah kat dalam umah dan terpaksa pecahkan pintu. Hukhukhuk. 

Kes ni jadi Jumaat lepas. Kebetulan hari tu adalah Hari Wanita Sedunia kan. 

Hari tu agak kelam kelibut sikit nak p kerja. Masa nak keluar tu terlupa capai kunci umah. Tak sedar me terus lock pintu. Dah tu baru tersedar. Macamana nak buka grill pulak? Alahai.. Tersangatlah cuai. Dalam keadaan sebelah tangan me pegang Aisya, sebelah lagi dengan sebatang besi me pecahkan tombol pintu. 

Berpeluh jugak nak menghentak tu. Aisya kat sebelah pun bingung tengok me. Gilerr penat. Lebam sikit la tangan pas hentak tu. 

Bila dah pecah, me capai kunci and terus buka grill and mangga. Mula-mula memang risau nak p kerja and tinggalkan umah dengan tombol pintu yang rosak tu. But dalam hati doa banyak-banyak moga ALLAH lindungi rumah kami dari sebarang keburukan dan kejahatan. Yakin dengan grill dan kunci mangga jep hari tu.

Petang tu kebetulan my pa datang KK sebab ada urusan. Memang kena bebel habis sebab cuai. Huhu. Sampai rumah, alhamdulillah rumah dalam keadaan ok. Petang tu jugak minta tukang datang baiki tombol. 

Sebelum ni tak pernah kut jadi cam ni. Benda memang nak jadi so pas ni amik pengajaran dari kejadian ni. Hope sejarah tak berulang lagi. 


Hari tu jugak adalah hari yang bertuah buat Aisya. Yang ni nanti me cerita ea. :D






p/s : agak tunggang langgang entry kali ni. Huhuhu

2 comments:

  1. lahhh,pas ni hati2 eh moon.biasalah.kita sorg.nk buat semua.mana x terkejar2.

    ReplyDelete
  2. adeh... macam mana bleh lupa..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan