Wednesday, April 24, 2013

Gelagat Aisya 10 Bulan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Hari ni genap Aisya 10 bulan. Banyak dah ragam Aisya sekarang ni. Tak boleh ditegur. Dah pandai merajuk. Hehe

Dah tumbuh 2 lagi gigi. Maksudnya dah ada 6 batang gigi susu. Excited tau bila tengok gigi dah tumbuh banyak. Hehe. Senyum pun dah lain. Makin cantik je umi tengok. Hehehe. Orang kata tak baik nak kira gigi ni but bukan kira suka-suka pun kan. Kita ni alert ngan perkembangan anak. Tak pasal nanti orang tanya kita blur pulak nak jawab. Ye tak?

Dah pandai pilih orang. Dulu siapa jep hulur tangan nak je. Sekarang ni jangan harap. Kuat dia peluk umi dia ni if orang nak amik. Sampai biut-biut tudung umi ditarik. Heh.

Dah pandai malu. Hehehe. Bila orang acah sibuk sembunyi senyum sambil pusing belakang. Comel lak tengok bila dah tau nak rasa malu gitu. Lagi suka orang nak acah dia. Ikut umi la pemalu tu. :p

Tido dah lasak sangat-sangat. Dulu tilam single pun still boleh selamatkan keadaan but sekarang ni jangan harap la. Tilam queen size pun if diikutkan tak cukup luas. Tido pusing sana. Pusing sini. Bila jaga jep tengok dah kat kaki. Yang ni rasanya ikut ayah dia sebab umi tido sopan. Pffftt!

Pagi ni Aisya dah berjaya panjat sofa. Terkejut gilerrr. Mula tu tengok still main-main tepi sofa, pusing balik siap nak buat aksi terjun papan anjal dah. Nasib baik adik me sempat amik. If tak memang benjol la dahi. Me sebab terkejut memang dah tak tergerak tengok aksi dia. Bahaya woooo.

Bila dah start pandai memanjat ni memang kena bagi extra-extra perhatian. Tak boleh dah di biarkan sorang-sorang.

Banyak lagi perkembangan Aisya. Excited nak type sebenarnya tapi migrain ni still tak surut lagi maka me tangguhkan ke entry lain ye.


p/s : ingatkan sok dah masuk hari Jumaat. Huh~

2 comments:

  1. mesti comel dgn gigi2 baru :)

    ReplyDelete
  2. wahhh dah byk gigi aisya....sure lah nak senyum antik dpn mama dia...heheh dah pandai pilih org kan mommy...syukur aisya membesar dgn sihat...dear, mcm mana surat panggilan utk berhijrah ke semenanjung? jadi ?

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan