Friday, May 24, 2013

11 Bulan Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Dah semakin besar anak umi.

Sekarang ni dah rajin nak bertatih. Suka tarik tangan umi nak pegang dia bertatih. If tak layan dia tetap paksa. Tapi jangan sampai dia geram coz bila dah geram ada yang kena gigit kang. Me memang selalu jadi mangsa. Huhu.

Ada yang kata Aisya lambat jalan sebab me tak biasakan dia duduk dalam walker. Memang Aisya ada walker but memang jarang me letak dia dalam tu. Me nak dia belajar dengan usaha dia sendiri bukan dengan bantuan walker. :)

Pas tu Aisya suka gigit dagu umi dia. Kemain sakit dia gigit. Huhu. Selamat dia tak suka dagu orang lain.
Dah pandai baling-baling badan sambil merajuk. If baling badan atas tilam selamat. If atas lantai mau ada yang benjol kepala. Huhu.

Semakin kuat makan. Segala macam makanan nak masuk dalam mulut. Orang sumbat apa dalam mulut dia pun nak jugak. Tapi badan tang tu jugak. Takpe la. Asal sihat dan membesar dengan baik. Hehe.

Umi doakan semoga Aisya membesar jadi anak yang baik, mendengar kata, dan solehah. Itu doa umi setiap hari untuk Aisya. InsyaALLAH. Amin.






5 comments:

  1. comelnya aisya..membesar dgn sihat dah dia :)

    ReplyDelete
  2. Gambar aisyaaa x rotate lg ye...heheh teleng pale umi Qi nk tgk...besarrrrrrr dh anak dara dear....betul ckp u...walker bukan sebab utama anak2 cpt jln....yg pg ats daya usaha yer sendiri :) gud luck aisya....u can do it...

    ReplyDelete
  3. comel aisya..my daughter name Dhiya aisya juga

    ReplyDelete
  4. @With Julia

    ekekeke.. dah rotate dear.. ari tu x pasan coz update via phone jep.. :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan