Wednesday, May 29, 2013

Alhamdulillah.. Genap 2 Tahun..

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni hari terakhir bekerja bagi minggu ni dalam kalender Sabah. Esok and lusa cuti Pesta Kaamatan. Semangat keja agak drop sikit sejak 2, 3 hari ni. Suasana persekitaran amatlah mempengaruhi emosi. Hurm...

But takmau la entry sedih-sedih hari sebabnya hari ni adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan me dan en.abg yang kedua. Alhamdulillah.

Semalam en.abg lak yang call tepat jam 12am ucap happy anniversary. Adoi. Macamana boleh lupa ni. Grrrrr. Geram kat diri sendiri. Huhuhu. But en.abg kata takpe. Dia faham yang me penat keja, jaga Aisya pas tu bawak baby lagi. Terima kasih sayang. Love U so much. 

Selama 2 tahun usia perkahwinan ni banyak sangat dugaan yang datang. Lagi-lagi bila hidup berjauhan ni. Memang ada jep yang tak kena. Tapi syukur kerana en.abg bijak dan matang dalam menangani sebarang masalah even jauh. Me ni jep yang cengeng sikit. Asyik-asyik nangis. Huhuhu.

Dan berita gembiranya lagi,, setelah menunggu selama 2 tahun akhirnya me akan berpindah ke UiTM Shah Alam. Tak payahlah duk pjj lagi. Aisya pun dapatlah sentiasa berulit ngan ayah dia. Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur.

Yang tak bestnya pulak, kerana baru-baru ni ada mengalami sedikit masalah kesihatan maka me tidak dibenarkan menaiki pesawat. Huhuhu. Apapun, me dah nekad akan tetap berpindah jugak. Itupun selepas me dapatkan nasihat doktor. Coz me tak mahu membahayakan diri sendiri terutamanya baby dalam kandungan me. 

Hurm... Pasal pindah ni nanti kita cerita lagi yee sebab surat tak dapat lagi just dimaklumkan secara lisan. 

Terima kasih Ya ALLAH kerana menghadiahkan me seorang suami yang amat memahami diri me. Yang menerima me seadanya. Yang sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan kehidupan yang selesa buat keluarganya. 

Ya ALLAH, jadikanlah me isteri yang bersyukur dengan kehidupan kami. Yang menyenangkan hati suami. Yang redha dengan segala ujian dari-MU. Yang akan sentiasa berada di sisi suami kala susah dan senang.

Ya ALLAH, jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. Anak yang mudah mendengar kata. Anak yang mentaati kami. Anak yang mudah menerima ilmu agama.

Sesungguhnya ENGKAU MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHI.

Amin.

6 comments:

  1. Syukur Ya Allah.....rezeki baby kedua...tgkkkk x sangka2 kan dear dpt gak pindah ke semenanjung UITM shah alam...leh la jumpa dear nanti...syukurrr seronok rasaaaaaaa

    Happy Anniversary dear...cpt je dh dua tahun kan sanding dlu2 hehhe

    ReplyDelete
  2. hari ulang tahun perkahwinan kita sama la..hehe:)

    selamat ulang tahun..semoga bahagia selalu..;)

    ReplyDelete
  3. hari ulang tahun perkahwinan kita sama la..hehe:)

    selamat ulang tahun..semoga bahagia selalu..;)

    ReplyDelete
  4. happy anniversary kak.. Alhamdulilah rezeki akak dan anak2 duduk dekat dengan suami..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..dah dapat duk dekat ngan suami yer..tahniah =)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah moon.best nya.bahagia nya rasa dpt pindah kan.mst best lepas ni.heee

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan