Wednesday, May 8, 2013

Jadi Kak Long Sudah :)


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Entry kali ni me nak kupas sikit pasal entry yang satu ni. Lama dah nak update sal ni sebenarnya tapi saja me lambat-lambatkan. Heee~

Nak dijadikan cerita,, Januari ari tu me tetiba demam and selesema. Perasaan dah lain. Teringat masa mula-mula pregnantkan Aisya pun me demam and selesema. Adoi. Takkan lah kut. Aisya kecik lagi ni. 

Period pun tak lewat lagi so still rasa ok. Tapi naluri me as a mother kuat mengatakan yang ada someone in my tummy. Ingat nak tunggu period datang ke tak baru nak buat urine test but rasa tak sabar tu lagi kuat. Lagi dua hari period nak datang (ikut kiraan) me dah serbu Watson beli sampai dua UPT. Sampai umah terus terjah toilet. 

Tunggu and tunggu. Homaiiii!!!! 

Kuar dua line. 

Berdebar-debar dah masa tu. Dalam hati mungkin ada kesilapan. Subuh sok buat keputusan nak cek lagi. 

Resultnya,,,.............

Sumber : Google

Dup dap dup dap...

Risau. Macamana ni?! Tiba-tiba terbayang Aisya yang baru belajar merangkak masa tu. Risau tapi dalam masa yang sama me happy. Rezeki ALLAH bagi tu.

Keluar dari toilet tu terus call en.abg. En.abg pun haruslah terkejut. Tak jangka yang me akan pregnant lagi dalam masa terdekat. Even dalam hati memang rasa rindu nak pregnant.

En.abg suruh cek lagi betul-betul. Sampai 5 kali me cek. Seminggu tu tak pernah lepas masuk farmasi beli UPT. Huhuhu. Budak yang duk jaga farmasi pun hairan kut. 

Akhirnya me yakin sangat-sangat yang me +ve pregnant. :)

Dalam keadaan risau me panjatkan rasa syukur pada ALLAH atas rezeki ni. En.abg pun happy but risaukan me yang keseorangan di sini. Dah lah Aisya baru nak melasak, umi dia dah nak bagi adik. Hehehe.

Sekarang ni usia 2nd baby dah masuk 20w. Alhamdulillah.

Doakan kandungan me sentiasa sihat dan membesar dengan baik. InsyaALLAH AMIN.


5 comments:

  1. bestnyaaa.. teman pun sedang menunggu.. nak merasa sgt jd ibu.. sedih belum rezeki lagi.. =(

    ReplyDelete
  2. 982

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah =) yg penting preggy kali ni kita dh bertambah ilmu dr yg sebelm kn.

    ReplyDelete
  4. alhamdulilahhhhh rezeki dari Allah..kalu kita merancang sekali pun jika Allah kata jadi...jadilah ia...subhanaAllah rindu nk preggy lagi nih...insyaAllahhh...dear jga diri elok2 ye...aisya nk jadi kak long dah...wahh dah 20 weeks...kt 3 bulan tuh kan...take care dear...nak due date yeyyy count down

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah... rezeki Allah beri tanpa diduga kan. Bila lahir dah besar dah Aisya masa tu dah 2 tahun lebih jgn takut. Jaga diri sementara masih awal lagi kan...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan