Friday, June 28, 2013

Air Gula Perisa Anggur Yang Sedap

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni appointment klinik untuk minum air gula. Dari semalam me membayangkan betapa sedapnya air gula klinik swasta. Terpengaruh dengan review dari mommies yang amik ujian gula ni kat swasta lerrr. Hehe.
Seawal jam 8am dah terpacak depan Klinik Soraya. Klinik tu panel UiTM. Pas ni checkup memang akan buat kat sini jep la. 


Staf dia memang menepati masa kut. Yang best, diorang tak buang banyak masa biar patient tunggu. On lampu terus buka kaunter. Good! Teruskan. Pas dah settle layan and bagi nombor kat patient semua tu baru diorang on tv and econ. Ok la. Lagipun datang kat klinik tu bukannya nak tengok tv pun kan.


Ni if kat KKIA, mau berpeluh ketiak tunggu pun still x bukak kaunter lagi. Opsss! Sorry to say. Pengalaman me 2 tahun kat KKIA. Apapun, KKIA tu tetap gak diperlukan.

Ok! Sambung cerita air gula ni. Bila turn me dipanggil, ingatkan diorang akan amik darah banyak sampai 1 tiub rupanya amik darah yang kat jari tu jep. Masa peknenkan Aisya ari tu kemain banyak darah diamik.
Sambil tu jeling tepi tengok ada beberapa mug air kaler purple. Air gula perisa blackcurrent. Weeee~ nampak cam sedap jep. Dalam hati excited kut. Mesti jap jep boleh habiskan.

Seteguk dua masuk mulut, wow! Sedapnyaaaaa. Masuk teguk ketiga, rasa cam nak muntah Uuu. Huhuhu. Sedap lagi minum air ni kat KKIA. Mungkin sebab bau manis tu kuat sangat kut tu yang jadi mual tu. Air gula KKIA xde bau pomm. Huhuhu.

15 minit jugak nak habiskan semug tu. Huhuhu. En.abg siap bagi semangat tuu nak suh habiskan. Hahahaha. Ikutkan hati memang nak minta jasa baik en.abg tolong habiskan tapi mana boleh lak cam tu kan. Tak baik laaaa. 

Nasib la dapat habiskan tanpa muntah. Hampir muntah ada. Huhuhu.

Pas 2 jam datang balik amik darah. Alhamdulillah takde masalah.

Ada yang kata, if kat Klinik Soraya tu masa 9month nanti kena amik ujian gula tu lagi. Huwaaaaaa. Asal lak kena banyak2 kali?? Sekali jep dah laaa. Last year minum sekali jep pom. Huhuhu. If taknak minum aci tak? Ngeeee~ 

3 comments:

  1. Salam perkenalan :) Ros follow sini, #986.

    oo, air gula ada perisa pulak.. selalu dengar cerita ibu mengandung memang susah nak habiskan air gula tu :)

    ReplyDelete
  2. xpernah rasa air gula yg berperisa...dulu Umi Qi rasa yg original....huwaaaaaaa ngeri tau...sedap eh? pasnih nk request kalo ada 2nd baby hehhehe

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan