Thursday, June 6, 2013

Kebersihan dan Keselesaan Tandas di KKIA

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni kena berklinik. Sepatutnya hujung bulan lepas but atas sebab tertentu me xdapat nak pegi.

Masa tiba di KKIA alhamdulillah keadaan d makmal lengang. Tak sampai 10 minit sampai giliran me untuk amik darah and buat urine test. Ok. Bagi yang xtau, ni memang prosedur yang harus dilakukan everytime pregnancy checkup d KKIA.

Masa amik darah tu ok but masa nak amik sample urine tu keadaan di tandas sangat-sangat la tidak selesa dan memualkan. Dengan kunci yang tak sempurna. Flush rosak. Mangkuk tandas kotor. Sisa kumbahan pun bertakung. Erk!

Xtau dah berapa lama tandas tu 'tidak dipedulikan'. Tapi memang takde pilihan lain sebab hanya itu tandas yang ada. Nak masuk pun ragu-ragu sebenarnya. Rasa cam nak nangis pun ada. Huhuhu

Bagi sesebuah klinik rasanya kebersihan tandas haruslah lebih dititik beratkan. Bukan hanya tandas staf tapi tandas pengguna juga wajib bersih. Kata pun klinik kesihatan kan.

Me taklah maksudkan semua KKIA macam tu. Ada jugak yang bersih. Wangi lagi.

Tapi selama hampir 2 tahun me menggunakan khidmat KKIA yang satu ni, keadaannya tandasnya tak pernah berubah. Huhuhu. Sekurang-kurangnya pihak klinik cari la inisiatif untuk memperbaiki tandas yang sedia ada ni.

Pic yang me amik ni nampak macam takde masalah tapi bila datang dekat, huk!! Busuknya. Tersumbat dengan ........! Faham-faham je la kan. Huhu

Even ni kali terakhir me datang sini Wish sangat yang akan ada perubahan untuk KKIA ni di masa akan datang. Yelah. Next week kan dah kena fly ke semenanjung. Heeeee~






p/s : belum start pack in barang lagi. Tak tau nak start dari mana. Homaiiii!

10 comments:

  1. errkk..perghhh.. teruk benor tandas klinik..

    ReplyDelete
  2. kak moon ini tandas KKIA meh?
    perhh punya laa kotor..
    sy pun x berani mau masuk aishh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul awan..ni mmg tandas KKIA.. huhuhu...

      Delete
  3. Aduyaiiii poor service lah tgk cm nih...dearrr i lak x sabar nk u arival safely ke semenanjung bestttt yerrrrrrrrr.... :) dear i dh add fb link u ker? if belum add me at Julia Johari Akil in fb...nanti i approve ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...fb dah add dah umi...x pasan kut...guna nick moon izzan.. :)

      Delete
  4. belum lagi kat KK telipok..lagi lah..memualkan.. nasib jijah siap2 bawak urine container..tinggal nurse celup je..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...jijah, sbnrnya xnak sebut nama KKIA tu tpi jijah dah sebut.. tandas sblah tu x sggup nak pandang pun tauuu..

      Delete

Follow me @munirah_izzan