Monday, June 10, 2013

Yeay!! Jalan Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari Ahad penuh makna. Hari ni Aisya dah start jalan. Sekali dapat kaki terus laju jep.

Semalam still nak dipegang. Boleh lak nangis-nangis bila me pura-pura tak pedulikan dia bila dia tarik tangan me ajak jalan. Mungkin kuat tekad dia nak jalan sebab tengok Rayyan n Iman main kejar-kejar. Syukur alhamdulillah.

Dah dapat kaki ni lagi la xmo duk diam dia ni. Asyik nak berjalan jep. Apapun, me suka sangat bila tengok Aisya excited sangat. Me pun tumpang excited.

Mesti Aisya nak tunjuk kat ayah hari rabu nanti kan. Pandai anak umi.

Atuk n nenek pun suka tengok Aisya jalan terkedek-kedek. Actually diorang pun terkejut jgak tadi. Hehehe.

Sekarang ni dia tengah tido. Penat sangat jalan tak henti tdi kut. Jatuh berdiri. Jatuh berdiri. :)

p/s : video Aisya tu me upload kat facebook jep ea.

p/s/s : sebenarnya ni entry semalam tpi bila post semalam asyik failed. Sebab tu post ari ni then malas nak edit dah...hehehe

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan