Tuesday, July 16, 2013

# Peplum # Peplum Baby

Aisya Menang Peplum! Weeee~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari tu kan, me ada join satu simple contest kat Facebook. Bukan apa, sekadar suka-suka dan nak mencuba nasib je.

Contest ni.

Contest ni anjuran Lovelyy Baby Peplum. Oleh kerana cara dan peraturannya simple, me pun joinlah. Buka facebook pagi semalam, teringinlah juga nak tau siapa menangkan. Pegi kat page tu and alhamdulillah rezeki Aisya nak dapat baju peplum. Hehe. Lama tak join tau contest-contest ni. Bila menang memang rasa sangat teruja. 


Nak tengok hadiah peplum yang en.abg pilih untuk Aisya? Hehehe. 


Comel tak? Comel kan... Model pun tersangat comel. Ni baby Raudhah. Anak kepada pemilik page Lovelyy Baby Peplum. Full time model ibunya tau. Hehehe. :)

Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan untuk Aisya. 

Baju untuk ibu-ibu pun ada gak. Nak tengok bolehlah ke page Lovelyy Baby Peplum. Affordable price semestinya. :)


4 comments:

Follow me @munirah_izzan