Sunday, July 28, 2013

Bila Shopping Baju Raya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Huwaaaa... Lama rasa tak update blogkan. hehe. Lamalah sangat. Ada problem dengan celcom sekarang ni. Entah siapa merajuk dengan sape ntah. Tak pe lah. Yang tu sok2 me cerita. Itupun kalau ingat. Kehkeh

Semalamkan. En.abg ajak pegi shopping baju raya. Almaklumlah cuti weekend. Lagipun next week dah nak raua kan. Homaiiiiii. Tak terasa Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. Cepat sungguh masa berlalu.

Huk!Semalam shopping kat Kenanga Wholesale. Gila ramai orang. Sesak gilerr kut. Ikut hari memang tak sanggup. Parking pun sampai level 13 bru dapat parking. Mana lagi yang menunggu lif. Macam semutts. 

Aisya dah lah tak sihat sangat. Nampak sangat Aisya pun blur tengok ramai sangat orang. 

Mula-mula masuk  mall tu tak lah nampak sangat orang ramai tpi bila dah sampai tengah rasa cam tak sanggup nak harung lagi dah. Sesak!!!

Mula-mula ingat nak beli baju fesyen-fesyen tu lah kononnya tapi bila dah sesak sangat memang hilanglah mood nak shopping tu. Memang agak rambang mata jugakk tapi kan tengah sarat. Finally terbeli jubah. 2 helai. 1st time beli jubah seumur hidup ni. Huhu. 

Beli baju Aisya 3 helai. Yang tak jumpa baju melayu en.abg. Huhu. Sedih kut. Sepanjang jalan tu asyik terfikir baju melayu en.abg jep. Petamg ni insyaALLAH keluar lagi kejap. 

Semalam tu ingat pas dari Kenanga kitorang nak ke kompleks s.alam but ada kawan en.abg minta tolong pindah barang masuk umah sewa lain. Tu yang terpaksa tunda ke hari ni.

p/s : jangàn tanya kenanga tu kat mana sebab me tau nak sebut nama tempat tu jep.

p/s/s : abaikan sebarang typo sebab me tak pandai nak guna hp mahal ni. hukhukhuk.

1 comment:

Follow me @munirah_izzan