Thursday, July 11, 2013

Bonus Dua Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam 2013?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....



PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara. (Baca lebih lanjut....)

************************

Betul ke tidak berita ni, kita tunggu je nanti. If ada, alhamdulillah rezeki but if takde, mungkin rezeki tu ALLAH akan bagi dengan cara yang lain. Jangan pulak ada yang marah or mengamuk tak tentu pasal tau. :)

2 comments:

  1. harap2 betol la ye? hihi... nanti BL boleh paw kak moon >.< hikhik *gurau jek ;p

    selamat berpuasa kak moon

    ReplyDelete
  2. @Shiqin Sunshine

    hamboii.. nak paw yeee.. kekeke.. slamat berposa jugak BL.. :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan