Tuesday, July 30, 2013

# Brunei Larang Saji Makanan Siang Hari # Harian Metro

Brunei Larang Saji Makanan Siang Hari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bandar Seri Begawan: Kerajaan mengumumkan pengharaman sepenuhnya perkhidmatan menyaji makanan di restoran pada siang hari sepanjang baki bulan puasa ini, termasuk untuk orang bukan Islam.
Akhbar Brunei Times melaporkan, restoran boleh dibuka tetapi hanya dibenar menjual makanan untuk dibungkus.
“Penduduk bukan Islam tidak lagi dibenar makan di kedai atau restoran pada siang hari sepanjang Ramadan ini,” lapor akhbar berkenaan. 

Akhbar itu berkata, arahan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pada 20 Julai lalu.

Kelewatan mengumumkan keputusan itu tidak dijelaskan.

Menurutnya, penganut agama lain perlu menghormati orang Islam yang berpuasa. 
Sebelum ini, penduduk Islam yang ditangkap tidak berpuasa dikenakan denda. - Agensi
-----------------------------------------------------------------

Agak-agak if kat Malaysia keluarkan keputusan macam ni, ada yang mengamuk tak? Huhuhu. 

Kat Malaysia ni ada restoran milik Muslim pun buka seawal 10.00am. Dah siap masak pulak tu. If kata nak suh bungkus untuk berbuka memang macam tak logik lah pulak kan? 10.00 pagi tu. Ada jugak yang masuk beli tu. 

If restoran selain restoran milik Muslim tu tak hairan lah kan. 


No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan