Thursday, July 25, 2013

# dukung anak ketika hamil # Info

Dukung Anak Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi me yang mengandung lagi ketika anak pertama baru mencecah setahun memang agak letih sikit. Lebih-lebih lagi bila kandungan dah mencecah trimester ketiga ni. Dukung kejap jep dah letih. Kadang me lebih selesa teman Aisya duduk main. 

Tapi yelah. Aisya kecik lagi. Manalah dia tahu umi dia ni larat ke tidak kan. Kadang-kadang bila balik dari kerja pun asyik nak berdukung jep. Huhuhu. Bila letak bawah merengek nak dukung jugak. Me ni jenis tak boleh tengok anak merengek cam tu. Kesian tau.

Tadi terbaca ni kat web PAMA. So, nak sharelah dengan mommies yang mempunyai masalah yang sama dengan me. :)

Jangan risau, mendukung anak ketika anda sedang hamil tidak meletakkan kandungan pada tahap berisiko. Bagaimanapun, ia bergantung kepada berapa berat anak yang didukung dan berapa usia kehamilan anda.

Namun, jika anda mempunyai risiko kehamilan, doktor mungkin menasihatkan anda agar tidak mengangkat sebarang objek berat.

Pakar secara amnya mencadangkan ibu hamil tidak mengangkat objek berat lebih daripada 10 kg ke atas. Mengangkat objek berat boleh mencederakan bahagian belakang anda. Ketika hamil, saiz rahim mengembang dan mengendurkan otot perut, dan tidak dapat menampung otot belakang ibu dengan baik.

Tanpa sokongan otot perut, anda berkemungkinan tergeliat bahagian belakang setiap kali mengangkat sesuatu objek berat.

Jika terpaksa juga mengangkat anak anda yang besar kerana tiada yang membantu, gunalah panduan berikut:

*Jika anak tidur di dalam kereta dan anda perlu mengangkatnya, bengkokkan lutut ketika mengangkatnya, berbanding anda membengkokkan pinggang. Luruskan belakang anda apabila mengangkat.

*Sekiranya terasa sakit ketika mengangkat anak, turunkan dia. Beritahu anak yang anda penat dan tidak boleh mendukungnya. Duduk di atas permukaan keras dengan bahagian belakang badan diluruskan dapat membantu anda kembali selesa.

*Jika ada yang membantu di dalam rumah, anda boleh memintanya mengangkat anak dan meletakkan di tangan apabila anak mahu didukung. Cara ini mengelakkan daripada anda mengangkatnya dari bawah, yang memberi lebih banyak tekanan pada bahagian belakang badan.

*Disiplinkan anak untuk biasa dengan duduk di dalam kereta sorongnya ketika keluar berjalan atau jika sudah boleh berjalan biar dia berjalan sendiri.

*Jangan mendukung anak di tepi pinggul, cara ini lebih membuatkan anda mudah tergeliat.

*Sebaiknya dukung anak menggunakan sling tetapi tidak sesuai untuk anak yang bersaiz besar dan berat.

sumber : PAMA

Ada banyak lagi info menarik dalam PAMA ni. Jom baca untuk menambahkan pengetahuan. :)

1 comment:

Follow me @munirah_izzan