Thursday, July 11, 2013

First Year Puasa Dengan Suami

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Dah masuk Ramadhan kedua hari ni. Nak bercerita sikit kelainan berpuasa tahun ni. Hehehe.

Takdelah lain sangat pun just tahun ni a bit happy coz dapat bersahur dan berbuka dengan en.abg. Last year puasa ngan Aisya and family. Time tu masih dalam pantang so takdelah puasa sangat pun.  Huhuhuhu.

Bila dah jauh macam ni, rasa cam nak makan air tangan my ma pula. Huhuhu. Tahan hati jep lah. Dah lah jauh. Nak makan mee goreng yang ma masak. Nak makan sup ayam yang ma masak. Semalam cuba buat sup yang macam ma selalu masak but tak jadi. Lain sikit rasanya. Bukan sikit kut, lari terus rasanya. Ahahaha. Me ni memang takde bakat sangat nak masak.

Sahur memang masak and makan benda yang simple-simple jep. Goreng ikan pastu goreng telur + kentang. Makan dengan kicap. Sedap gak youu. Hehehe. Tu selera en.abg. Selera me pulak makan roti je selalunya. Tapi kena makan nasi gak sikit sebab nak bagi baby kenyang. Sian nanti baby lapar.

Untuk berbuka pulak, singgah bazar beli kuih-kuih sikit. Tak pegi bazaar pun singgah je mana-mana gerai tepi jalan dekat dengan rumah. Taklah perlu bersesak-sesak kat bazar tu. Kan...kan... J



p/s : Petang ni rasa cam nak berbuka dengan air kelapa la pulaakk..

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan