Thursday, July 18, 2013

# Artis berpoligami # Asyraf Muslim Berkahwin di Thailand

Luahan Hati Dayana

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurm...sedih bila terbaca luahan hati ni. Ringkas tapi maksud yang tersirat amat dalam. Sebagai seorang perempuan yang telah berkahwin, I do feel sad.

------------------------------
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah mudah menyebut kun fa ya kun

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
-------------------------------
If soal zuriat yang jadi masalah, kenapa ada yang mampu bertahan berpuluh tahun berusaha untuk itu? Huhuhu..

Entahlah. Kita tak punya hak untuk berbicara tentang mereka. Apapun alasannya, hope Dayana tabah menghadapi semua dugaan ni.

1 comment:

Follow me @munirah_izzan