Tuesday, July 30, 2013

# Berita harian # Pengasas AmBank mati ditembak

Pengasas AmBank Mati Ditembak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kuala Lumpur Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran mati, manakala isterinya cedera ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini semalam. 


Sebelum kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, mengunjungi tokong berkenaan, dipercayai untuk berbincang dengan seorang rakan niaga bergelar Datuk mengenai pembelian saham. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata sebaik selesai perbincangan kira-kira 20 minit itu, pasangan berkenaan keluar meninggalkan tokong berkenaan. 

Penjenayah tunggu luar tokong Ketika berjalan ke keretanya, mangsa ditembak seorang lelaki yang dipercayai bersedia menunggunya di luar tokong. 
“Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan,” katanya semalam. - Berita Harian

-----------------------------------------------------------------------------------

Menakutkan. Sekarang ni semua orang main tembak-tembak jep kan. Huhuhu. Kat berita pun 2, 3 hari ni cerita pasal orang kena tembak. Isk..isk..

Mintalah dijauhkan dari semua tu. Memanglah kita ni orang biasa-biasa dan tak berharta tapi manalah tau ada yang gila dan suka-suka hati nak lepaskan tembakan rambang. Nauzubillah. 

Apapun, kita tetap kena berhati-hati sentiasa. Jangan cari musuh. Nyawa kita ni takde dijual kat pasar malam. 

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan