Tuesday, July 23, 2013

# peserta islam bertanding ratu cantik # Ratu Cantik

Ratu Cantik : Kedegilan Gadis Melayu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Bharian

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. - Berita Harian

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hurm...Macam-macamlah. Acane nak jadi ratu if degil cam ni. Tau lah cantik tapi tak payah lah dok nak tayang kecantikan tu. 

8 comments:

  1. hishh tak paham betul lah dengan manusia mcm tu.. dah kata tak boleh, nak dibolehkan jg.. gggrrrr

    ReplyDelete
  2. masyaAllah, apa laa nak jadi ni kan..nama je melayu islam...

    alahai...sedihnyer....

    ReplyDelete
  3. astaga.. dunia akhir zaman dah ni.. kalau dah Fatwa cakap xboleh.. tak boleh la tu..

    ReplyDelete
  4. Sebagai muslim kita ada hadnya setiap apa yg kita buat.

    ReplyDelete
  5. @C.M.A @ CikMoonAdnan

    ni orang yg sibuk nak bagi tau dunia dia ni cantik...

    ReplyDelete
  6. @azizah :)

    tu la pasal... susah sangat kut nak faham...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan