Wednesday, July 24, 2013

# peserta islam bertanding ratu cantik # Ratu Cantik

Ratu Cantik : Padah Lawan Fatwa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : BHarian

4 wanita Islam berkeras mahu sertai ratu cantik akan didakwa, hadapi denda RM3,000 atau 2 tahun penjara

Kuala Lumpur: Wanita Islam yang mempersoalkan fatwa mengharamkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik selepas digugurkan daripada penyertaan merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 baru-baru ini, dijangka menghadapi tindakan kerana menghina Islam.

Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam. 

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina. 


Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan akhbar BH menyatakan kekecewaan peserta dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik. - Berita Harian

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaaaaa... kan tak pasal dah kena. Bila orang kata tak boleh tu, tak boleh lah. Tak payah nak bantah-bantah lagi. Fatwa dah kata macam tu ikut je. Senang cerita. 

Pas ni jangan buat cerita lain pulak dah lah. 

3 comments:

  1. yang paling penting jangan melawan perintah Allah,Allah suruh tutup aurat,bukan tayang aurat...hmmm..orang Islam menghina agama sendiri?siapa lagi kita nak harap...

    ReplyDelete
  2. Tgkkk....generasi masa depan...nama je islam tp xnak ikut syariat islam...ya Allah x sangka...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan