Friday, July 12, 2013

# Resepi Kentang Goreng Telur # Resepi Ringkas

Resepi Kentang Goreng Telur

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Menu wajib ada untuk bersahur or berbuka is kentang goreng telur. En.abg yang kenalkan makanan ni ngan me masa mula-mula kenal dulu. Dia masak lahhh. Hehehe.

Senang jep pun. Ramai yang buat. Saja jep me share kan lagi kat blog ni. Ngade kan. Ahaks.

Bahan-bahan

5 biji kentang di potong dadu
3 biji telur

Cara masak :

Mula-mula goreng kentang dulu. Bagi lembut. Kira dah ok, toskan minyak dan asingkan. Pas tu, pukul telur ngan sudu. Letak garam secukup rasa. Tak nak letak pun takpe sebab rasa kentang akan cover rasa telur tu. Masukkan telur dalam kuali then terus masukkan kentang. Pastu goreng macam telur dadar biasa tu.

Nak masukkan bawang pun boleh. Ikut suka korang. Oleh kerana en.abang tak suka bawang so goreng cam tu jep lah.

Kadang-kadang en.abg tambahkan tauhu dalam tu. Nak makan dengan mayonis ke dengan sos cili ke pun bolehh. J

Memang sedap and simple. Aisya pun suka tau resepi ni. Bila tengok-tengok dia dah boring makan bubur or nasi, selalu bagi dia makan kentang goreng telur ni jep. Kentang tu dah boleh gantikan nasi. J

5 comments:

  1. menarik tapi saya rasa kl letak gambar lagi menarik...

    letak la.. x pernah plak saya tgk resipi cmni...

    ReplyDelete
  2. @Mama Idlan Irsyad

    hehehe...memang nak letak tapi tak penah lagi snap pic ni.. bila google lak semua pic tak menepati citarasa.. :)

    ReplyDelete
  3. ada gambar tak? sy tak leh bayangkan macam mana rupanya

    ReplyDelete
  4. macam2 ilmu masakan ada skrg ni :) sesuai dengan bulan ramadhan

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan