Thursday, July 4, 2013

Survey Hospital Untuk Bersalin

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dah masuk 3rd trimester dah dalam tak sedar ni. Tahun ni kena bersalin kat sini. Tak dan nak amik cuti tanpa gaji dulu coz baru dapat pindah. 

Sekarang ni tengah sibuk fikir nak bersalin kat mana. Sakit kepala fikir. Hukhukhuk. Ada yang kata tak yah fikir dulu benda tu. Ececeh. Ko tu bujang yang oii. Tunggu time ko dah kahwin nanti. Tau la macamana risaunya bila tiba bab-bab mengandung dan bersalin ni. 

Kalau tak fikir sekarang bilanya nak fikir? Takkan dah sakit nak bersalin baru nak fikir. Ye tak? Isk. Tak logik betul gaya tu. Ingat masa sakit tu sempat nak fikir-fikir lagi ke.

Hurm...biras kata PPUM ok. Dia bersalinkan anak-anak dia semua kat PPUM. Pastu terus yakin nak bersalin kat sana jugak. But husband lak kata nak me bersalin kat Hospital Sg. Buloh. Hurm,,, bila tanya kenapa pilih hospital tu. Takde lak jawapannya.

Me suggest jugak PPUM kat en.abg but macam dia tak berminat. 

Me tinggal kat Klang so ada yang kata better pegi Hospital Klang je. Nak pegi jauh-jauh kang tak pasal terbersalin kat dalam kereta. Adoi.. pening tau..

Me ni dah lah sangat-sangat 'suci' dengan tempat-tempat kat sini. Sucilah sangat kan. Hehehe.

Sebenarnya ada jugak google pengalaman-pengalaman mommies yang pernah bersalin kat hospital-hospital ni kan. Setiap tempat tu ada yang baik dan ada yang buruk. Nak harapkan the best tu memang 50-50 lah boleh dapat. 

Bersalinkan Aisya dulu pun dapat Doc yang agak 'ganas' jugak even nurses semua baik-baik. Masa tu kat Sabah. Huhuhuhu.

Ada tak mommies yang boleh cadangkan. Pilihan antara PPUM, Hospital Sg. Buloh ngan Hosp. Klang. Setakat ni itu jep lah pilihan yang ada. Really need your help.

9 comments:

  1. Ada sorang gojes ckp Hospital klang terbaik sbb service dia cepat....ada yg sanggup pi checkup sana sebab sna sgt bagus...cubalah dear...mana2 hospital bagus...

    ReplyDelete
  2. Zura dlu bslin kt ppum..bestla sb tmpt br bersih n doc nurse sume ok..
    Yg xbest cm asben xleh msk skli ms nk beranak..

    ReplyDelete
  3. Blh try putrajaya..tak jauh sgtkan?

    ReplyDelete
  4. PPUM ok kot.. member pon bersalin kat sana.. tp rasanya suami xleh masuk tengok..

    jijah senang je hospital port dickson gan hospital seremban dekat sangat..hee

    ReplyDelete
  5. 0o..better ambik yg dekat dgn rumah la kot..sng kalo ade emergency ke nanti kan..

    ReplyDelete
  6. hospital klang tu crowded sket orang kata. better ppum kot. suami awak ni kerja mana yer? macam pernah tengok. uitm ker?

    ReplyDelete
  7. @Eliss Mie

    yup...husband keja uitm.. kenal ke? :)

    ReplyDelete
  8. @mOoN tak silap induksi atau btn sekali. salah satu laa..ingat2 lupa :p

    ReplyDelete
  9. @Eliss Mie

    sy pun sekali induksi dengan husband.. :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan