Friday, August 2, 2013

2 Days MC

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

2 hari dah senyap jep blog ni kan. Bukan apa. Tak larat sangat nak update. Badan tak sihat.

Start Rabu ari tu kepala rasa pening sangat. Tak larat nak angkat tapi paksakan jep. Pas tu badan sakit-sakit. Rasa nak tido je manjang. Huhuhu.

Ada sekali tu boleh pulak tertido kat meja. Huhuhuhu. Hope staf lain tak salah faham. Bukan nak curi tulang but memang pening tu tak boleh diselamatkan lagi.

Bila berdiri jep rasa nak pitam. Tak pernah-pernah rasa cam ni. Sejak- sejak bulan Ramadhan ni jep.

Hari khamis tu memang tak larat sangat nak p opis. Sebenarnya dah bersiap pun. Tapi suddenly kepala rasa berat sangat and rasa macam nak muntah. Atas nasihat en.abg, pagi tu taklah me pegi kerja. Masuk-masuk dalam rumah terus cari bilik air. Muntah sampai kosong perut. Tak tinggal apa langsung rasanya. Huhuhu.

Dalam jam 9am tu, biras ajak pegi klinik. Rasa tak larat tapi paksakan jugak. Sampai klinik kena tunggu lama pulak. Ramai giler orang.

Bila dah sampai giliran me, tak pasal-pasal kena marah dengan doktor. Tekanan darah low sangat-sangat. Air kurang. Huhuhu. Doktor tak bagi puasa sebab risaukan kandungan. Nasib baik doktor just suh minum air bebanyak. If kena refer hospital lagi naya. Mesti kena pasang drip. Huhuhu.

Pas tu doktor bekalkan air garam 4 paket. Kena habiskan hari tu jugak.  Tapi me mampu habiskan 1 je kut. Tak sedap. Huhuhu.

Hari ni pun mc lagi. Still pening and muntah-muntah. Kata kat en.abg nak puasa jugak but en.abg tak bagi. Dia kata takde hal jangan nak cari hal. Hurm,,..

Terpaksa ikut sebab kena makan ubat lagi sebenarnya. Hukhuk. Sok insyaALLAH if takde aral memang nak puasa jugak. Harap kesihatan membenarkan.

Akibat MC 2 hari, puasa pun pecah 2 hari. Huhuhu. Rasa sayang sangat. Ingat tahun ni bolehlah puasa penuh.

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan