Thursday, August 15, 2013

# #NurAisyaSyuhadaa

Aisya Kurang Sihat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari no mood nak kerja still tak berapa nak ok lebih-lebih lai bila mengingatkan Aisya yang kurang sihat. Rasa cam berat hati jep nak turun keja pagi tadi. 

Aisya sekarang ni tengah batuk and selesema. Tapi semalam batuk dia makin menjadi-jadi. Dia letih, nak tido tapi tak sampai 5 minit dia batuk and muntah. Nangis-nangis. Habis semua yang dia makan and susu dimuntahkan. Sampai satu tahap tu takde apa dah yang keluar.

Tidur memang tak lena malam tadi. Risau if Aisya muntah lagi.  

Pagi tadi pun masa nak pegi kerja tu dia terjaga but tak macam selalu. Terus aktif nak main. Tadi dia pandang jep umi dia bersiap. Huwaaa. Masa dia pandang tu memang rasa macam nak salin baju and baring sebelah dia. Tak sanggup kut nak tinggal anak tengah kurang sihat.

Sebelum pegi kerja tu bagi dia minum susu. Tunggu dia habis menyusu baru gerak pegi kerja. Masa gerak tu pun dia tak tido lagi. Just baring diam-diam atas tilam. Tak kejar umi and ayah sampai pintu macam selalu. Letih sangatlah tu. 

Separuh perjalanan mesej kat adik ipar minta tolong tengokkan Aisya dalam bilik. Risau if dia muntah lagi. But adik ipar kata Aisya dah tido. Alhamdulillah. 

Wish Aisya cepat sembuh. :(

1 comment:

Follow me @munirah_izzan