Tuesday, August 27, 2013

# MyNewsHub # Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Apa Yang Best Tinggalkan Anak Dalam Kereta?


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : MyNewsHub


Julai lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.
Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.
Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.
Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.
Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.
Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.
Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi. -REM RAMZI


Bila dengar pasal berita ni semalam secara automatik keluarnya perkataan yang tak elok dari mulut me. Huhuhuhuhu. Rasa marah. Rasa geram. Semuanya bercampur baur. Takkan tak ambil pengajaran dari kejadian-kejadian lepas?!

Nasib baiklah budak tu tak apa-apa.

En.abg kata mungkin mak dia terlupa. TERLUPA? Apakah? Memang tak boleh pakai langsung alasan tu. Yang mak dia TERLUPA tu benda bernyawa kut. If buku ke, toys ke memang boleh lagi diterima akal fikiran. Ni ANAK!!

“Macam Irah la. Kalau dah kelam kabut lupa itu ini..” Rasa macam nak marah bila en.abg cakap macam tu.

“Benda lain mungkin bolehlah lupa tapi ni anak la abg..” Sedaya upaya me tahan rasa geram. Bukan apa. Nanti tertinggi suara lain pulak jadinya. Huhuhuhu. Taknak lah macam tu.

Tahap pelupa me memang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni tapi untuk ‘TER’LUPA atau ‘TER’TINGGAL kan anak dalam kereta mungkin tidak. Mintalah dijauhkan.

Tapi en.abg cool jep. En.abg memang dah faham ngan sifat me yang satu ni. Emosi sangat bila benda-benda macam ni terjadi. Huhuhu.

Okay! Mungkin ada penjelasan yang lebih baik di sebalik kejadian ni. Me pun taknak menuding jari kat mak budak ni. *Bukan taknak tapi malas sebenarnya* 

Semoga selepas ni kita akan sentiasa beringat. Please mommies kat luar sana tu alert dengan benda-benda macam ni. Jangan dah terjadi benda yang tak diingini baru nak menyesal. Ni peringatan untuk diri sendiri juga.

2 comments:

  1. Ntah lah kan.nk ckp pn kita ada anak.tp sila lah beringat.

    ReplyDelete
  2. takot kan. harap2 bile kite kawen and ade anak nanti kite tak jadi pelupe sampai macam ni sekali. hehehe

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan