Saturday, August 3, 2013

# #NurAisyaSyuhadaa

Bila Aisya Tidur Peluk Perut Umi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam sahur dan salam subuh semua warga muslimim muslimat. :)

Pagi ni bangun awal sikit. Masak apa-apa yang patut untuk sahur. Pas sahur boleh rehat-rehat jap before subuh. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki-MU ya ALLAH. Semoga setiap hari kami tidak lupa untuk mengucap terima kasih atas nikmat-MU yang tidak pernah putus. InsyaALLAH.

Sebenarnya Aisya yang bangun awal tadi. Minta dibuatkan susu. Dah pandai anak umi. Dia tau di mana umi simpan botol susu. Dia kejut umi and ambik botol sua kat umi. If kejut ayah, memang tak siaplah susunya tu. Hehehe.

Sempat Aisya merajuk kejap tadi sebab umi lambat buatkan susu. Terlebih air panas tu yang umi lambat sikit tu. Nak bagi sejuk sikit susu Aisya. Minta maaf sayang.

Pas dah habis susu tu Aisya sambung tido lagi. Sambil tu Aisya peluk perut umi. Adik baby pun gerak-gerak bila Aisya peluk. Hehehe. Adik baby suka la tu bila kak long peluk. Sejuk rasa perut umi. :)

Suka sangat. Semoga Aisya akan jadi contoh dan kak long yang baik pada adik baby dan bakal adik-adik di masa akan datang.  InsyaALLAH. Amin. :)

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan