Monday, August 19, 2013

# Klinik Antenatal # PPUM

Check Up Pertama Dengan PPUM (Sambungan..)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sambung lagi pasal entry PPUM.

Masa tengah interview dengan doktor tu tiba-tiba sorang nurse ni masuk. Dia kata me kena attend ceramah penyusuan susu ibu pas jumpa doktor. Dengan rileks dan selamba jep doktor kata tak perlu sebab me baru bersalin last year. “tak perlu kut. Dia ingat lagi tu. Baru bersalin tahun lepas..” Heh.

Tapi nurse kata wajib bagi siapa-siapa yang nak bersalin kat PPUM hadir dengar ceramah ni. Me tak kisah pun. Apa salahnya. Sesi ilmu kita tak boleh nak sombong-sombong. J

So, direct after jumpa doktor terus dipanggil masuk bilik ceramah. Nurse penceramah kata if husband nak masuk pun boleh. Oleh kerana selama me peknen kan Aisya en.abg tak pernah join apa-apa ceramah maka me pun ambil lah kesempatan ni ajak masuk sekali. Sekurang-kurangnya en.abg faham kenapa kali ni me beriya-iya sangat nak susukan adik baby sampai umur 2 tahun. Biar en.abg pun dapat memahami kebaikan susu ibu ni. Hope pas ceramah tu en.abg akan sokong me. And alhamdulillah. Selepas ceramah tu, en.abg beriya-iya suh me bagi adik baby susu ibu. InsyaALLAH.

Yup! Me pun dah nekad nak bagi susu ibu pada adik baby. Nak buat ebm sebab me ni ibu yang bekerja. (teringin sebenarnya nak besarkan anak-anak dengan tangan sendiri...hurm..)

Tengok jam dah pukul 9.30am. Kena amik darah selepas berpuasa sejam. Me tengok staf yang amik darah tu cam terror jep. So me pun yakinlah nak hulur tangan kan. Rupa-rupanya tak terror. Sangat tak terror. Huhuhu. Ni la pengalaman me amik darah rasa sakit sangat-sangat. Sampai habis jarum tu dia cucuk kat tangan. Rasa cam dah kena kat tulang. Ngilu kut. Dua tiga kali dia buat macam tu. Bila dia cucuk atas kulit, macam sungai jep darah menyerah diri. Tak payah pun cucuk sampai ke tulang. Huhuhu. Pas tu memang lenguh-lenguh lengan belah kiri ni. Nasib tak lebam.

Dah siap tu masa untuk amik tarikh next appoinment and appoinment untuk scan pulak. Next check up is on 29 Ogos 2013 and appoinment untuk scan 5 September 2013. Hurm... maybe tak amik cuti. Just amik masa keluar 4 jam. Sempat kut. Sebab yang first tu pun amik masa 2 jam jep buat semua-semua.

Tak sangka dah masuk 35w. Tinggal few weeks jep lagi. Dup dap dup dap.


p/s : laparnyaaaa.....~

2 comments:

  1. Baca cite.moon cm tingin je nk preggy ag.tp bialah dulu.good luck moon.dh tau ke baby apa.

    ReplyDelete
  2. @Cik Puan Rara

    takpe rara..pelan2 ea..:)
    xpasti lagi gender baby..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan