Tuesday, August 27, 2013

# Jehan Miskin # Jehan Miskin dan Isteri

Jehan Miskin Dan Loket 'Salib'


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Bharian Online

Gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagram memaparkan diri dan isteri memakai loket dikatakan berbentuk salib, peminat Jehan Miskin saling bertelagah di laman sosial milik artis lelaki terbabit. 

Biarpun dia sudah memperbetulkan salah tanggapan berkenaan dengan menyatakan loket yang dipakainya bukan lambang salib, sebaliknya berbentuk tiga kelopak mirip lambang Persekutuan Pengakap, namun ia tidak diterima peminatnya. 

Bahkan, ada yang yang meletakkan dirinya sebagai cetek agama kerana memakai rantai yang didakwasalah bagi seorang lelaki Islam. 


Terkejut dengan peminat yang terlalu sensitif, Jehan menegaskan dia masih tahu menilai perkara yang ditegah agama. 

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram. 

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas, katanya. 

Lain kali selidik dulu 

Mulanya, dia membalas kritikan itu di laman sosial Facebook miliknya untuk memperbetulkan salah faham berkenaan. Namun, tidak lama kemudian timbul pula pergaduhan di kalangan peminat di laman terbabit. 

Bingung dan hampir berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya, pelakon yang juga pengarah drama What If ini menyifatkan, tindakan segelintir pihak yang menghentam dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional dan emosional. 

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. 

Saya pula hanya menjawab komen untuk memperbetulkan salah faham. Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi, saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya, katanya. 


Macam-macam lah kan. Biasalah hidup sebagai orang yang dikenali ramai memang akan sentiasa jadi perhatian. Apa yang kita buat semua akan jadi bahan bualan orang. Itu tak kena. Ini tak kena. Hurm....

6 comments:

  1. sekali pandang mcm salib,2 kali mcm pengakap yg dye kata tu.tp kenapa mcm ada cross je.hmmm mcm2 retis ni.

    ReplyDelete
  2. walapau apa pun, tapi ia tetap nampak menyerupai lambang salip.. so untuk tak menimbulkan apa2 issue, better jgn pakai terus.. yer dak??
    Takkan si jehan tu tak perasan langsung ada mirip2 lambang cross kat rantai tu kennn :p

    ReplyDelete
  3. emm kalau dah retis.. dr hujung rambut sampai hujung kaki peminat tilik..hehe

    ReplyDelete
  4. Mcm2 propa dunia artis kan rara...penat nk ikut huhu

    ReplyDelete
  5. wah. kak moon... ulasan macam dah boleh jadi pemberita. ehem.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan