Wednesday, August 28, 2013

# Asian Taste # Laksa Sarawak

Laksa Sarawak @Asian Taste

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tadi lunch kat Asian Taste. Kat bangunan UMNO Shah Alam tu. Few time dah datang but asyik takde jep laksa sarawak. Hari ni en.abg ajak pegi tengok. Mana lah tau langkah kanan pulak kan.

En.abg parking tepi dulu. Me masuk tanya. 

Alhamdulillah. Rezeki. Hari ni ada. Order terus. :)

En. abg makan nasi campur jep. Lauk ikan talapia goreng. Sedap. Hehehe. Me tumpang sekaki sementara tunggu order sampai.

But bila dah sampai, alangkah kecewanya hati me. Selera terus mati. Pelayan tu letak jep atas meja me dah tau rasanya memang jauh sangat beza. Bau pun pelik. Kuah pekat semacam. Rasa cam nak tukar order masa tu jugak. Tapi en.abg kata rasa dulu. Huhuhu. Me pun amik sikit kuah tu and rasa. Memang sangat-sangat menghampakan.

Bezanya dengan laksa sarawak yang pernah me rasa sebelum ni memang jauh. Senang cerita tak sedap langsung laksa yang me makan ni. Tapi oleh kerana lapar, me telan jugak sesuap dua. 

Pic selepas makan... tak habis pun.. luak sikit jep..
En.abg kata nanti dia ajak cari tempat lain pulak. 

Sebelum ni pernah makan kat Secret Recepi and Restoran Dapur Sarawak but Secret Recepi dah tak buat menu tu. Hari tu pegi kat Restoran Dapur Sarawak tu pun dah tutup. Huhuhu. 

Mana lagi nak cari ni agaknya.... fuh~ Sangat kuciwa hati ini. beli biskut tiger sebagai bekal...mana lah tau tetiba lak lapar jap lagi..


p/s : asal perut tetiba memulas lak ni....=.=

4 comments:

  1. Restoran fast food Laksa Shack tu ada rasanya. Tapi akak tak pernah try. Cuba google. Memang teringin nak masuk situ, tapi selalu tak dapat sokongan hubby sebab dia tak minat laksa.

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa pun laksa sarawak. almaklum org utara tekak ni dok taste laksa utara jer.. tp dulu zaman bongok2 sikit pernah la nak try laksa johor tak tau langsung jauh beza dengan laksa utara. sekali datang laksa dia tu macam mee kuning. kuah dia pun lain.. tak berapa taste la sangat. laksa sarawak ni kuah dia nampak macam kuah ikan laksa utara jugak jer

    ReplyDelete
  3. rasa pernah nampak menu laksa srwk di laksa shack. pernah jugak kwn dr srwk buatkan, tapi saya tak suka sangat sbb bau dia :p banyak rempah2 kot eh.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan