Monday, August 26, 2013

Raba Kening Dan Bulu Mata

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Dah kul 10pm. Both anak and ayah dah tido. Tinggal la me sorang terkebil-kebil tak dapat lelap. Awal lagi kut. Huhu. Nak tengok tv tapi kerajinan untuk menonton tu tiada. Zero.

Nak cerita sikit tentang Aisya. Sekarang ni sebelum tido Aisya suka sangat raba-raba muka umi atau ayah dia ni. Pas tu suka main dengan bulu mata and kening sambil hisap jari. Tak tau dari mana Aisya dapat tabiat ni.

Me dulu masa kecik-kecik suka main dengan anak rambut if nak tido. Aisya ikut tabiat me kut. Hukhuk.

Tapi rasa best jep bila Aisya raba-raba muka and main-main dengan kening and bulu mata tu. Kadang-kadang me pun ikut lelap sama. Hehehe.

Tapi satu yang me risau bila dia dah boring main ngan bulu mata and kening but still tak lena tido, mula la dia nak lempang muka umi dia ni. Even tangan dia kecik tapi bila dia lempang, memang sakit. Sepenuh hati kut dia hayun tangan tu. Tak cukup ngan lempang kadang-kadang dia tarik rambut pulak. Huhuhu.

But still me bertahan sampai la dia lena. Tak sampai hati jugak tak bagi dia sedang dia teraba-raba mencari. Demi anak. :)

Tangan kecik tu sangat mendamaikan bila sentuh me. Rasa macam terbang semua penat lelah masa kat opis. Betapa anak itu satu anugerah.


p/s : Aisya tak hisap jari telunjuk dah..dia tukar ke ibu jari la pulakk..

2 comments:

Follow me @munirah_izzan