Friday, August 30, 2013

Raya @PTAR UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar hari ni dah 23 Syawal kan. Cepat je masa berlalu. Tak sedar Syawal pun dah hampir ke penghujung.

Hari ni juga pihak PTAR telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya untuk semua warga PTAR yang berada di kampus induk Shah Alam.

Baru tau pasal majlis ni sebab tak diwar-warkan melalui emel. Ke me yang tak dapat emel? Huhuhu.

Majlis bermula seawal jam 9am. Semua dah berkumpul di ruang berdekatan dengan bilik rehat (apa ea nama ruang ni..bukan tak tahu tau tapi lupa...)

Menu memang banyak jugak. Ada kambing golek, ayam golek, satay, kuih-muih, roti jala, laksa.. hurm, apa lagi ea? Lemang, ketupat, and rendang wajib ada. Kata raya kan. Hehehe. Yang takde biskut raya je. Ke me yang tak pasan?

Banyak juga me makan tadi. Hehehe. Dekat-dekat nak bersalin ni harus makan apa yang nak makan. Dah time pantang nanti kena puasa makan makanan sedap-sedap. Lama lak tu. Takpe-takpe.

Gambar? Hurmmm... me adalah blogger yang pemalu nak amik picture. Ahaks. Blogger keee?


p/s : kira detik nak jumpa ngan my bff jap lagiii. Weehuuu~

3 comments:

  1. tak pe..tak de gambar pun saya dah boleh bayang kan...

    oo..yang tu kambing golek..
    tengok la laksa tu nampak sedap sangt..

    ekekek..boleh gitu??

    ReplyDelete
  2. @diana

    amboi...perli nampak...ekekekeke..

    ReplyDelete
  3. betul time preggy skrg ni makan je apa2 yg nak di makan.. pasni kena pantang la..huhuhu

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan