Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday #Aeera

9:19 PM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rindunya nak update blog. Huhu. Tapi buat masa ni x dapat nak update sangat. Ni pun amik kesempatan jap sebab Aisya n Aeera dah tido.

Hutang entry pengalaman bersalin pun tak buat lagi ni. Adesss~



Jumaat ni ai balik Sabah. Sambung pantang kat sana pulak. Weeeee~ tak sabar tau. Rindu yang amattt.

Cesss. Kata wordless. Ahaks.

Friday, September 20, 2013

Thursday, September 19, 2013

Adik Baby Dah Kuar

8:08 PM 9 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Adik baby dah tidur. :)

A'ah. Adik baby dah selamat kuar pada 14/9/2013. Jam 7.40 malam. Berat 3.16kg. Alhamdulillah.

Pengalaman bersalin nanti me ceritakan ea. :)

Thanks buat rakan-rakan yang mendoakan me dan adik baby. Sayang korang semua ketat-ketat.

Monday, September 16, 2013

Eh.. Dah 4 Tahun Yerr

12:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

16 September 2013 genap 4 tahun usia percintaan me dengan en.abg. Cehhhh~ Percintaanlah sangatkan. Kehkehkeh. Kenal just few days sebelum tu jep.

Kenapa me mampu terima en.abg secepat itu? Sebab dia sangat-sangat suwitt. Hahaha.

Jumpa masa induksi. Sebelum induksi tu baru dikecewakan. 2 kali kecewa tu. Giloss ko. Banyak sangat pengalaman kecewa kan.

Lagipun masa tu hati tak sepenuhnya lagi kat en.abg. Kira kitorang declare tu untuk kenal hati budi memasing.

Risau nak terima en.abg masa tu sebabnya kena PJJ. Banyak cerita –ve pasal PJJ ni yang me dengar sebab tu takut. Takut kecewa lagi. Cewaaahh~

But me kuatkan hati. Tawakkal jep pada ALLAH. Doa agar dipanjangkan jodoh jika ada.

Alhamdulillah. Here we are now. J


Ni patriotik sangat.. Hari Malaysia tuuu.. Hehehe




 ~ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ~

Saturday, September 14, 2013

POU!

8:00 PM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekarang ni memalam before tido, Aisya mesti nak mengadap benda ni. Huhuhu. Pening kepala umi jap. Ni rupa Pou pas me pakaikan costume. Memula Aisya nangis jugak tengok Pou jadi panda. Hahaha. Tapi lama kelamaan dia dah boleh terima. 



Food drop ni salah satu game dalam aplikasi Pou ni yang Aisya suka. Bila dah banyak makanan tu jatuh boleh dia jerit kuat-kuat. Hehe. Kadang me pun ikut terjerit jugak. :p


Ni game baru rasanya. Baru pasan few days ago yang ada game Hop ni. Bila Pou jatuuh dalam air memang Aisya akan gelak tak hingat. Hahaha. Acane nak tido cam tu.


Kadang-kadang me pulak yang terlelap bila main game ni. Hahaha. 

Aisya akan tengok me main game ni sambil raba kening dan bulu mata me. 

Baby Nak Kuar Dah Ke?

8:23 AM 3 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Now dah otw ke PPUM.

Pagi tadi after en.abg pegi keja, dalam jam 6.15 cam tu tiba-tiba rasa cam ada something kuar. Bila cek ada lendir and darah sikit. Tak banyak pun.

So, fikir nak sambung tido jap sebab semalam tido tak lena. Sambil-sambil tu nak tidokan Aisya. But rasa cam ada contraction. Mula-mula sekali. Pegang perut keras semacam. Pas tu reda. Pas tu keras lagi. Then pas few times mcm tu terus call en.abg suh balik.

Sekarang ni pun still ada contraction but tak de rasa sakit lagi. Tapi risau sebab baby tak gerak sangat. Huhu.

Doakan urusan me dipermudahkan ea.

Thursday, September 12, 2013

Tapaikah Penyebabnya?

3:56 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tengahari tadi ada majlis makan-makan untuk staf pejabat ketua pustakawan. Majlis ni untuk meraikan staf PKP ynag berpindah unit, staf yang bersalin dan bagi menyambut hari lahir staf yang menyambut hari lahir pada Jan – Sept 2013. Best jugak ada makan-makan ni. Lunch hour tak yah kuar berebut beli makanan. Hehehe.

Antara lauk yang ada tadi ikan bakar, sayur campur dan ayam masak lemak. Dessert pulak ada puding, tapai, puding caramel and kek. Tapai pun ada. Apa lagi ek tadi? Lupa sudah...

Me just makan nasi + sayur + ayam. Ikan me tak amik. Bukan apa, me tak berapa gemar lauk ikan ni sebenarnya. Huhuhu. Pas tu makan puding strawberi, puding caramel sepotong and kek carrot sepotong.  Kenyang ai tau. Kemain makan. Sampai ada sorang staf tu tanya ‘nak makan lagi ke?’. Hahaha. Malu jap.

Seawal majlis lagi me memang dah jeling-jeling dah tapai tu. Siap tahan hati supaya tak capai bekas tapai. Tapi akhirnya sebelum naik semula ke opis TERcapai jugak satu bekas. Huhuhu. Sampai jep kat meja terus makan. Manis-manis masam. Sedap kut.

Pas beberapa ketika, tiba-tiba perut rasa senak yang teramat. Badan pun rasa berangin. Rasa macam nak muntah laa tu jugak. Huhu. Try tahan but betul-betul tak dapat. Cepat-cepat p toilet terus muntah. Ades.

Adakah tapai itu penyebabnya atau ada benda lain?



Pinggang dah mula rasa sakit-sakit and kebas-kebas. But still boleh bertahan. 9 hari lagiiii~

Main Yang Membawa Maut

12:30 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Satu lagi berita yang amat memilukan hati me sebagai parents. Aduh! Kenapa boleh jadi macam ni. Ni yang tak boleh biasakan sangat anak main dalam kereta ni.

Peringatan buat diri sendiri dan ibu bapa diluar sana.

Nak suh en.abg park kereta kat luar gate arr nanti. Huhuhu

Kesan percikan darah.
Sumber : myMetro
Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.
Sumber : myMetro Online


p/s : atas kejadian hampir sama jugak la buatkan me agak trauma nak bawa kereta sampai skang ni. Huhuhu 

Bayi Koma

8:28 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam masa tengok Buletin Utama, dengar berita ni rasa macam nak pengsan. Sedih sangat bila tengok keadaan baby tu. Apalah baby umur 6 bulan tu tau hingga didera sampai koma. Ni pun rasa nak nangis lagi ni.

Rasa macam nak tarik balik keputusan hantar Aisya and adik baby ke pengasuh next year. Risau sangat. Maybe nak hantar ke Taska UiTM la. Dekat sikit dengan me and en.abg. Huhuhu.

Ni yang rasa cam nak berhenti keja ni. Nak jadi housewife sepenuh masa jep. Tapiiiii,,,... Huhuhu.

Semoga ALLAH berikan kami petunjuk terbaik untuk masa depan anak-anak dan keluarga. Amin

Sumber : Utusan

KLANG 11 Sept. - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan kini koma akibat kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Mangsa yang merupakan anak tunggal sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an kini kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Berdasarkan pemeriksaan awal doktor, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak, lebam di dahi dan kedua-dua lutut.

Polis yang menjalankan siasatan selepas bapa mangsa membuat laporan telah menahan seorang wanita berusia 28 tahun yang merupakan pengasuh bayi itu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 di rumahnya di Telok Gadong Kecil di sini pukul 2.30 petang ini.

"Siasatan mendapati suspek tidak menjaga bayi atau kanak-kanak lain selain mangsa," katanya.
Difahamkan, suspek mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun.

Mengulas laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, Mohamad berkata, lelaki itu telah dihubungi oleh suspek pada pukul 4.30 petang semalam dan diberitahu yang bayinya telah dihantar ke sebuah hospital swasta selepas mengalami sesak nafas.

Beliau berkata, pengadu kemudian menghubungi isterinya dan memintanya menjenguk anak mereka terlebih dahulu kerana dia sedang bertugas di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Pengadu kemudian menyusul ke hospital.

"Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kesan retak di tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak serta lebam di dahi dan terpaksa dipindahkan ke HTAR kerana tidak sedarkan diri.

"Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 10 malam tadi," kata beliau.

Tambah Mohamad, berdasarkan rakaman percakapan pengadu, bayinya itu telah dihantar ke rumah suspek sejak berusia dua bulan dengan bayaran bulanan RM300.

Kata beliau, pengadu memberitahu sepanjang empat bulan dijaga oleh pengasuh itu, anaknya pernah luka melecet di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet semasa cuba meniarap dan lebam pada Khamis lepas dengan alasan botol susu terjatuh di atas dahi.
Sementara itu, cubaan pemberita untuk mendapatkan kenyataan ibu bapa mangsa di HTAR tidak berjaya.
Bagaimanapun, nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Umi, 61 tahun berkata, dia mendapat berita kejadian yang menimpa cucunya semalam dan bergegas ke HTAR dari rumahnya di Kuala Kangsar, Perak.

"Ketika saya melihat keadaan cucu saya, badannya sudah sejuk dan tidak bermaya. Saya harap pihak berkuasa dapat jalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang," katanya.

Sumber : Utusan.com.my

Tuesday, September 10, 2013

Bila Dapat Peluang 'Drive'

12:02 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bebudak if dapat masuk kereta memang eksaited giler kan.. Lagi-lagi bila dapat peluang pegang stereng kereta. Senyum kemain lebar. Maybe diorang rasa dunia ni diorang yang punya. Hehehe.

Aisya pun macam tu jugak. Bila ayah dia kuar jap dari kereta kemain berebut dia nak ke seat pemandu. Tu je peluang yang ada kut dia nak berangan drive kereta. Hehehe. But if en.abg tengah drive takde lak dia nak kacau. Pandai betul anak umi ni.

 
Buatlah semahu mu anak...
Umi ready dah... hehehe

Tengok tu... suka sangat dia.. :)

Monday, September 9, 2013

Majlis Kahwin @Senawang, Negeri Sembilan

2:19 PM 3 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Baarakallahu laka wa baaraka 'alayka wa jama'a baynakumaa fi khayr

Pengantin lelaki ni bestfriend en.abg. Masa majlis kitorang kat Melaka hari tu dia pun sibuk tolong. But majlis dia ni tak sempat lak nak tolong-tolong. Huhuhu.

After majlis kitorang balik Melaka jap. Actually tak plan pun nak balik tu tapi sebab dah separuh jalan so amik kesempatan arr balik jap.

p/s : time ni Aisya still tak sihat.

Majlis Sambutan Hari Raya IPPB UiTM

9:07 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Majlis sambutan raya ni berlangsung pada Jumaat lepas. Meriah memang meriah. Ramai yang datang but me tak sempat nak beramas mesra sangat malam tu sebab terpaksa temankan Aisya tido dalam surau pejabat en.abg.

Aisya tak sihat sangat masa tu. Demam, selesema and batuk. Huhu.

Ingat memang taknak pegi sebab Aisya tak sihat, alih-alih masa en.abg jemput kat opis Aisya duk hai-hai dari dalam keta. Huhuhu.

Sempat gak lah Aisya round gerai-gerai setiap bahagian yang ada. Penat tau nak kejar. Sampai tak sedar yang me berlari kejar Aisya. Orang lain pulak duk risau tengok me lari. Yelah. Dah lah tengah tunggu hari. Huhuhu. Lasak sangat anak dara sorang tu. Dalam tak sihat tu aktif jugak berlari and main.

Potong jangan tak potong.. :)
Gerai Air
Eh,, mana Umi?

Friday, September 6, 2013

Cerita Khitan Aisya

9:44 AM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam after check up kat PPUM, en.abg ajak singgah Chow Kit jap. Dia nak beli barang untuk majlis sambutan Aidilfitri Pejabat Polis Bantuan UiTM malam ni.

Tapi masa ni kepala memang dah ting tong sangat. Pening gilerrr. Sebabnya malam sebelum tu Aisya bangun awal sangat-sangat. Jam 1 dia dah bangun pas tu main sorang-sorang. Siap dia kudakan ayah dia lagi. Kehkehkeh. Ayah dia buat dunno jep dengan harapan Aisya akan tido semula but harapan hanya tinggal harapan.

Aisya siap main cak-cak lagi ngan ayah dia. Biar ayah dia tak buka mata dia tetap main. Me yang baring kat sebelah mampu tahan nak gelak jep. Dah lah gelap. Hahaha. Pas tu dia dah penat main but still tak dilayan, dia jerit pulak. Ades! Mau terkeluar gegendang telinga dengar dia jerit.

Terpaksalah me bangun main dengan dia. Dekat jam 5am jugak baru dia tido semula. Itupun jenuh sangat nak dodoikan. En.abg lak buat dunno je. Siap berdengkur lagi. Huhuhu.

Erk. Motif nak cerita sebab nak btau kenapa me pening di awal pagi tu. Hahaha.

Ok. Masuk cerita sal khitan pulak. Huhuhu. Kenapa me lambat khitankan Aisya? Sebabnya masa kat Sabah hari tu takde orang yang nak buatkan. Tanya kat hospital and KKIA boleh pulak diorang kata tak tau. Pas tu ada jugak try tanya kawan-kawan but tak ramai yang tau. Ada yang tau but katanya nenek tu taknak buat dah. Maybe sebab mata dah tak terang sangat kut.

Pas tu, dah pindah sini baru dapat buat. Tu pun semalam pegi klinik panel jep (Klinik Puteri Anwar). Dia charge RM25 untuk khitan. Doktor perempuan. Very-very nice and soft spoken. I loikee. J

Lupa dah nama doktor tu but dia pun terkejut gak kenapa lambat sangat nak khitan. So, terpaksalah me jelaskan kenapa dengan seringkas-ringkasnya. Actually dah btau lama dah kat doktor tu yang nak khitan tapi kebetulan masa datang 1st time dulu Aisya tengah demam so kena tunggu.

Kebetulan semalam me MC and en.abg pun cuti so kitorang pun amik kesempatan tu bawa Aisya pegi klinik. Dalam jam 4.15pm cam tu arr bertolak. Tu pun pas amik peluang tido jap. Ganti semula tido yang hilang malam sebelum tu.

Lama jugak tunggu giliran. Aisya siap bertegur sapa lagi dengan bebudak yang ada kat klinik masa tu. Hehehe. Peramah sangat kan.

Bila dah sampai giliran, en.abg pegang tangan Aisya. Sorang pembantu doktor pegang kaki Aisya. Me? Tengok je dari tepi sambil tarik perhatian Aisya. Aisya nangis jap sebab tangan and kaki kena ‘ikat’. Dia tak suka sangat bila rasa tak bebas. Rasa kesian jugak. Nasib baik lah proses khitan tu tak lama. Pas siap tu, en.abg angkat dia terus dia diam. Hehehe.

Tak sakit pun kan sayang? Alhamdulillah. Dah selesai khitankan Aisya. Lega rasa hati. Sebelum ni selagi tak khitan, selagi tu rasa tak sedap. Nak lagi bila orang sekeliling asyik tanya jep. Kadang memang agak stress jugak.

Selepas khitan.. 

Tak ceria langsung anak umi masa ni. Huhu



p/s : Sebenarnya hari ni teringin nak amik cuti tapi en.abg tak kasi. Huhuhu. Rasa cam tak larat dah nak jalan. Huhuhu.

Thursday, September 5, 2013

Check Up 38w

10:12 AM 4 Comments

Assalamualaikum dan sala 1Malaysia

Baru settle check up kat PPUM. Tadi appoinment scan sekali.

Alhamdulillah baby ok. Kepala dah kat bawah uri pun dah kat atas. Air ketuban normal. Hurm, so far semua normal and ok.

Berat badan dah naik. Last week 52.9kg hari ni dah 53.2kg. Berat koo. Dah banyak naik ni. Acane nak turunkan nanti. Berat baby lak 3.1kg. Huhu. Berat tuuu. Tpi doktor kata perut nampak kecik.

Next appoinment 19/9. Doktor bagi 2 weeks sebab takde apa-apa masalah. And doktor pesan just tunggu sakit. If dah sakit terus naik ke tingkat 3. Huhu. Nebes..nebes..

Even ni 2nd baby still tetap rasa cuak. Semoga segalanya dipermudahkan.

Wednesday, September 4, 2013

Sayang Anak Umi..

2:34 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Jumpa lak clip ni masa tengah godek-godek external harddisk en.abg. Senyum-senyum sendiri me tengok. Banyak rupanya video Aisya me amik dulu.

Time ni Aisya baru nak masuk 6 bulan. Rindunya saat tu. Sekarang ni dah besar dah. Nak jadi kakak pun tak lama lagi. Hehe. Terasa cepat sangat masa berlalu. :)

Penjualan Semula Minyak Ron92

9:40 AM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Kosmo Online

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.
Sumber : Kosmo Online 

RON92 ditarik daripada pasaran pada 2009 dan digantikan dengan petrol RON95, berikutan penggunaan petrol berkenaan adalah kecil, iaitu lima peratus saja jumlah keseluruhan penjualan petrol negara.

Hurm... ada pro and kontra di sebalik penjualan semula minyak ni. Rasanya ramai pengguna yang pernah gunakan Ron92 sebelum ni kan? 

Tuesday, September 3, 2013

Semua Gara-Gara 20Sen~

11:00 AM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dari semalam buka blog, fesbuk, tweet, semua orang ngamuk pasal minyak naik. Update blog pun semua pasal minyak. Tak kurang jugak yang sibuk berpesta makian. Huhuhuhu. 

Ada yang accident kat petrol pump di kata mengamuk sebab minyak naik. Entah lah. Betul ke salah pun tak pasti. 

Me pun sebenarnya tak tau di mana logiknya nak naik harga minyak dengan alasan kurangkan harga subsidi. Pas tu sebab nak naikkan BR1M. Adoi laa. BR1M dapat sekali setahun je kut. Minyak isi hari-hari. Bukan kata tak bersyukur or what tapi kenalah fikir jugak kemampuan rakyat. 

If nak kata semua yang berkereta tu orang kaya memang tak betullah. Beli kereta pun bukan semuanya bayar cash. Loan kot. Huhuhu.

Apapun, hope pas ni kerajaan akan kembali mengkaji kesan daripada kenaikan harga minyak ni. 

Sumber : facebook


Followers Ke 1000

8:30 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Saja nak btau korang yang blog me dah mencapai 1000 orang follower. Alhamdulillah. Terima kasih pada yang sudi follow me setakat ni. 


Follower ke 1000 itu ialah pemilik blog Eimma's Land


Thanks so much again adik sebab sudi follow akak... Aktifkan dirimu dengan berblog ea.. :)

Penat Itu Pasti

6:30 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Facebook

Monday, September 2, 2013

Hadiah Birthday Baby Qaiser Ilman

8:30 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak cerita sikit masa nak beli hadiah untuk Baby Qi. Hehehe.

Petang 30hb Ogos 2013 (amik ko skema giler sebut tarikh..hehehe) pas opis hour tu amik masa sikit kat luar sebelum balik umah. Kebetulan nak jumpa my bff. Ada kiriman dari Sabah. Kita jumpa kat Restoran Ayam Penyet Seksyen 7 jep. Dekat sikit. Pas borak-borak and makan-makan then kena pisah dah. Rasa macam kejap sangat jumpa masa tu. Tak puas nak gosip.

Pas tu ingatkan en.abg yang kita belum beli lagi hadiah bestday untuk Baby Qi. En.abg boleh lak tanya nak beli hadiah apa. Huhuhu. Me takde pengalaman nak beli hadiah tau. Memang blur habis. Oleh kerana Giant ada kat sebelah jep maka kitorang putuskan beli kat Giant jep if ada  yang sesuai. Sebab tak dan nak tinggalkan Aisya lama-lama. Rindu kut. Hehehe.

Masuk dalam Giant, terus terjah bahagian toys. Tapi for me, takde yang berkenan di hati. En.abg siap nak beli toys kereta kebal lagi. Tapi me tak suka sebab nampak cam ganas gilerrr toys tu. Ahahaha.

En.abg : habis tu nak beli apa?

Me : Jap la. Tengah fikir ni.

En.abg : Tak yah fikirlah. Beli je semua.

Amboi! Perli nampak. Hahaha. Pas tu still berkeras nak beli kereta kebal tu. Me pun tetap jugak berkeras tak nak. Tak mo lah bagi Qi yang comels tu main toys yang ganas-ganas.  Tak sesuai bak kata kak engku. Hehehe.

Pas tu jumpalah yang berkenan di hati. tapi dalam hati still,, eh, sesuai ke tak ni ea? Huhuhuhu. Ok kut. Terus pegi kat en.abg kata dah jumpa. Nak tau,, dia still belek-belek kereta kebal tu. Hahahaha. Tarik tangan ajak pegi bayar. Silap-silap kang dia beli bagi Aisya main. Haru jep.

Hope Baby Qi suka ngan hadiah bestday yang anty kasi ea. Anty tak pandai sangat bab-bab hadiah ni. Huhuhu. To Umi Qi, if rasa hadiah tu tak sesuai untuk Qi main dulu, simpan tau. Jangan kasi dia main. Segan lak ngan hadiah yang tak seberapa tu. J

Durian La Pulakk

2:10 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tak lama lagi nak bersalin dah. Due pun tinggal beberapa hari lagi. Semalam tetiba mengidam nak makan durian. Minta en.abg carikan. Tunggu punya tunggu en.abg balik dari keja. Besarlah hajat di hati nak makan durian kan. Sekali dia bawa balik buah ni,,....

Sumber : Google
 
Rasa macam nak menangis pun ada. Huhuhu. Jauh sangat beza durian dengan epal. Sib baik lah just rasa ngidam yang ringan-ringan jep. Bukan sampai tahap teringin yang amat. Bolehlah tahan hati. 

Bingung Mencari Jalan Ke McDonald Kepong

1:04 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Masa mula-mula Umi Qi btau lokasi bestday party Qi, me dah awal-awal tanya en.abg if dia tau tempat tu. Then dengan yakinnya en.abg jawab tau. So, terus me minta en.abg kosongkan segala jadual dia on 31st Ogos tu. J Alhamdulillah. Sebelum ni asyik beraya kat umah kawan-kawan en.abg jep kan. Sekali-sekala apa salah luangkan masa join majlis kawan me pulak kan. Lagi-lagi me memang mencari masa nak jumpa ngan uolls semua. J

Tiba hari yang dinanti, keluar agak awal jugak dari umah. Dalam jam 12.30 gitu. Then en.abg tiba-tiba suh me call sepupu dia. Nak tanya jalan ke Kepong. Hah! Sudah. Hari tu kata tau. Try call tak dapat. Pas tu try on Waze. First time guna harus bingung sekejap. Hahahaha. Cuba punya cuba, finally dapat gak navigation ke Kepong. “Bukan apa. Lama dah tak pegi area ni” tu kata en.abg. Ok! Yang penting tiba ke destinasi dengan selamat. Tapi kan,, comel je application waze ni kan. Ahahaha. Me siap gelak-gelak tengok simbol keta dalam tu.

Sampai area Kepong tu boleh lak terlajak ke depan. Pas tu en.abg suh call Umi Qi. Bila tanya nak buat apa call. “Tanyalah. Mana tau dia buat kat Aeon. Dalam tu pun ada Mekdi.” Me dengan yakinnya kata tak. Memang mekdi tepi tu tadi. Pas tu kitorang u-turn. Pas tu en.abg suh call lagi. “tanyalah. Betul ke mekdi yang dekat dengan CIMB ni.” Me tetap jawab dengan yakin. Betul. Hehehehe. Actually cuak jugak sebenarnya. Tapi masa naik tangga tu nampak banner sign. Yes! Betul. Hehehe.

Naik atas jumpa Umi Qi yang gojes. Qi garang sangat tau. Siap tarik baju Aisya lagi masa Umi tengah laga-laga pipi dengan Umi Qi. Nak ngorat pun sembunyi-sembunyilah sayang. Hehehe. Rasa best sangat bila jumpa.

Me memang xde amik pic langsung kut masa bestday Qi tu. Huhuhu. Mohon kebenaran cilok mana-mana pic yang ada kat group  ea. Minta dihalalkan tau.

Cilok dari blog Umi Qi.. 

Satu2nya pic yang ada muka me... ahahaha.. pic ni pulak cilok dari grup gojes..sis zaza yang post.. :)

Buat Baby Qi, anty nak ucapkan selamat harijadi. Semoga membesar jadi anak yang soleh. Anak yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa. Dengar cakap Umi & Walid tau. Jangan nakal-nakal.

Ada masa nanti anty bawa Aisya jumpa Qi lagi ea. J

Gojes Blogger Supermom & Baby

10:18 AM 8 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kepala tengah ting tong. Pepagi lagi dah pening-pening lalat. Semakin hampir nak bersalin ni semakin tak bersemangat nak keja. Ingat nak cuti panjang jep. Pas tu dah terbayang-bayang kampung halaman. Rindunyaaa kat Sabah.

Pagi ni nak update pasal satu group ni. Giler best diorang dalam ni borak-borak. Komen-komen. Gurau-gurau. Dah macam family. Memula jumpa dalam blog. Pas tu fesbuk. Pas tu gather-gather. Havoc uu. Hehe.

Thanks so much Umi Qi sebab invite me masuk dalam group ni. Suka sangat. :)

Me ni baru sekali join diorang 'meeting'. Meeting la sangat kan. Hehehe. Masa bestday Qi Sabtu lepas. Memang riuh habis. Best. Best.

Oleh kerana tu kali pertama maka haruslah malu-malu meoww sikit. Hakhak. Berpeluang kongsi cerita ngan few blogger femes amos. Chekgu Azrine, sis Amy, sis Haslinda. Eh, sikitnya. Nampak sangat penyegan. :p

Bukan segan apa sebenarnya. Nak tegur kang takut salah orang. Tak pasal je sembunyi muka dalam tudung. Kehkeh. Skang ni dalam proses nak mengingat wajah-wajah gojes sekalian. Hehehe.

InsyaALLAH next gather boleh sebut nama gojes sorang-sorang. Hehehe. But maybe next year baru boleh aktif lagi ni. Sebab pas bersalin nanti me balik pantang kat Sabah. 3 bulan cutii. Ngeeee~

En.abg dah bagi green light nak jadi driver if gojes buat gathering lagi but katanya kena tengok tempat jugak. If dekat boleh la join. Thanksss so much abg. Love U so much!!! Muahhh.

Sekarang ni dalam proses nak follow blog gojes sekalian. Pas tu nak buat bloglist khas untuk gojes. Ada few link yang dah dimasukkan. yang lain me akan masukkan juga but slow-slow ea. :)

Publish Via Blogger-Droid

Follow me @munirah_izzan