Friday, September 6, 2013

# #NurAisyaSyuhadaa # Khitan

Cerita Khitan Aisya


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam after check up kat PPUM, en.abg ajak singgah Chow Kit jap. Dia nak beli barang untuk majlis sambutan Aidilfitri Pejabat Polis Bantuan UiTM malam ni.

Tapi masa ni kepala memang dah ting tong sangat. Pening gilerrr. Sebabnya malam sebelum tu Aisya bangun awal sangat-sangat. Jam 1 dia dah bangun pas tu main sorang-sorang. Siap dia kudakan ayah dia lagi. Kehkehkeh. Ayah dia buat dunno jep dengan harapan Aisya akan tido semula but harapan hanya tinggal harapan.

Aisya siap main cak-cak lagi ngan ayah dia. Biar ayah dia tak buka mata dia tetap main. Me yang baring kat sebelah mampu tahan nak gelak jep. Dah lah gelap. Hahaha. Pas tu dia dah penat main but still tak dilayan, dia jerit pulak. Ades! Mau terkeluar gegendang telinga dengar dia jerit.

Terpaksalah me bangun main dengan dia. Dekat jam 5am jugak baru dia tido semula. Itupun jenuh sangat nak dodoikan. En.abg lak buat dunno je. Siap berdengkur lagi. Huhuhu.

Erk. Motif nak cerita sebab nak btau kenapa me pening di awal pagi tu. Hahaha.

Ok. Masuk cerita sal khitan pulak. Huhuhu. Kenapa me lambat khitankan Aisya? Sebabnya masa kat Sabah hari tu takde orang yang nak buatkan. Tanya kat hospital and KKIA boleh pulak diorang kata tak tau. Pas tu ada jugak try tanya kawan-kawan but tak ramai yang tau. Ada yang tau but katanya nenek tu taknak buat dah. Maybe sebab mata dah tak terang sangat kut.

Pas tu, dah pindah sini baru dapat buat. Tu pun semalam pegi klinik panel jep (Klinik Puteri Anwar). Dia charge RM25 untuk khitan. Doktor perempuan. Very-very nice and soft spoken. I loikee. J

Lupa dah nama doktor tu but dia pun terkejut gak kenapa lambat sangat nak khitan. So, terpaksalah me jelaskan kenapa dengan seringkas-ringkasnya. Actually dah btau lama dah kat doktor tu yang nak khitan tapi kebetulan masa datang 1st time dulu Aisya tengah demam so kena tunggu.

Kebetulan semalam me MC and en.abg pun cuti so kitorang pun amik kesempatan tu bawa Aisya pegi klinik. Dalam jam 4.15pm cam tu arr bertolak. Tu pun pas amik peluang tido jap. Ganti semula tido yang hilang malam sebelum tu.

Lama jugak tunggu giliran. Aisya siap bertegur sapa lagi dengan bebudak yang ada kat klinik masa tu. Hehehe. Peramah sangat kan.

Bila dah sampai giliran, en.abg pegang tangan Aisya. Sorang pembantu doktor pegang kaki Aisya. Me? Tengok je dari tepi sambil tarik perhatian Aisya. Aisya nangis jap sebab tangan and kaki kena ‘ikat’. Dia tak suka sangat bila rasa tak bebas. Rasa kesian jugak. Nasib baik lah proses khitan tu tak lama. Pas siap tu, en.abg angkat dia terus dia diam. Hehehe.

Tak sakit pun kan sayang? Alhamdulillah. Dah selesai khitankan Aisya. Lega rasa hati. Sebelum ni selagi tak khitan, selagi tu rasa tak sedap. Nak lagi bila orang sekeliling asyik tanya jep. Kadang memang agak stress jugak.

Selepas khitan.. 

Tak ceria langsung anak umi masa ni. Huhu



p/s : Sebenarnya hari ni teringin nak amik cuti tapi en.abg tak kasi. Huhuhu. Rasa cam tak larat dah nak jalan. Huhuhu.

2 comments:

  1. salam jumaat sis,alhamdulillah dah selamat semua urusan ye.wah suka tengok mata dia comel..redup je :)

    ReplyDelete
  2. comel anak akak.. sejuk mata memandang :)
    Alhamdulilah selesai dah kan..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan