Monday, September 2, 2013

Hadiah Birthday Baby Qaiser Ilman

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak cerita sikit masa nak beli hadiah untuk Baby Qi. Hehehe.

Petang 30hb Ogos 2013 (amik ko skema giler sebut tarikh..hehehe) pas opis hour tu amik masa sikit kat luar sebelum balik umah. Kebetulan nak jumpa my bff. Ada kiriman dari Sabah. Kita jumpa kat Restoran Ayam Penyet Seksyen 7 jep. Dekat sikit. Pas borak-borak and makan-makan then kena pisah dah. Rasa macam kejap sangat jumpa masa tu. Tak puas nak gosip.

Pas tu ingatkan en.abg yang kita belum beli lagi hadiah bestday untuk Baby Qi. En.abg boleh lak tanya nak beli hadiah apa. Huhuhu. Me takde pengalaman nak beli hadiah tau. Memang blur habis. Oleh kerana Giant ada kat sebelah jep maka kitorang putuskan beli kat Giant jep if ada  yang sesuai. Sebab tak dan nak tinggalkan Aisya lama-lama. Rindu kut. Hehehe.

Masuk dalam Giant, terus terjah bahagian toys. Tapi for me, takde yang berkenan di hati. En.abg siap nak beli toys kereta kebal lagi. Tapi me tak suka sebab nampak cam ganas gilerrr toys tu. Ahahaha.

En.abg : habis tu nak beli apa?

Me : Jap la. Tengah fikir ni.

En.abg : Tak yah fikirlah. Beli je semua.

Amboi! Perli nampak. Hahaha. Pas tu still berkeras nak beli kereta kebal tu. Me pun tetap jugak berkeras tak nak. Tak mo lah bagi Qi yang comels tu main toys yang ganas-ganas.  Tak sesuai bak kata kak engku. Hehehe.

Pas tu jumpalah yang berkenan di hati. tapi dalam hati still,, eh, sesuai ke tak ni ea? Huhuhuhu. Ok kut. Terus pegi kat en.abg kata dah jumpa. Nak tau,, dia still belek-belek kereta kebal tu. Hahahaha. Tarik tangan ajak pegi bayar. Silap-silap kang dia beli bagi Aisya main. Haru jep.

Hope Baby Qi suka ngan hadiah bestday yang anty kasi ea. Anty tak pandai sangat bab-bab hadiah ni. Huhuhu. To Umi Qi, if rasa hadiah tu tak sesuai untuk Qi main dulu, simpan tau. Jangan kasi dia main. Segan lak ngan hadiah yang tak seberapa tu. J

5 comments:

  1. Ohhhh myyy dear moon izzan...sampai wife and asben pening nak beli hadiah bufday Qi yer....dh byk kali terharu sgt2 dh nih mama aisya...bila bca entry mama aisya nih umi Qi dpt rasakan yg moon izzan nih ikhlas dan jujur org yer...untung lah umi Qi sgt2 dpt jumpa sahabat baik mcm nih....ya Allah terima kasih mama aisya...Qi dan umi QI suka hadiah dari mama aisya...plg terberat sekali hadiah yer...terbaikkkkkkkkk! :)

    p/s tggu ye entry ttg hadiah...nak story byk2 nanti...tp kena tggu kamera dari encik asben dan kamera gedang besor tuh huwaaaaa

    ReplyDelete
  2. @Umi Qi

    segan lak bila umi Qi puji cam tu..

    moon pun bersyukur sebab temukan moon dgn rakan2 gojes lebih2 lagi umi Qi.. :)

    paling terberat ea... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  3. Ok fyi, kita pun haritu bingung apa nak beli ahahha. tunggu entry Zaza pulak ye utk besday QI ;)

    ReplyDelete
  4. @ZazaMyMoon

    hehehe..kan..kan...kata dah ada anak still blur jugak...

    ReplyDelete
  5. apa hadiahnya??? saspen plak ni...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan