Wednesday, September 4, 2013

# Minyak naik lagi # Minyak Petrol RON92

Penjualan Semula Minyak Ron92

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Kosmo Online

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.
Sumber : Kosmo Online 

RON92 ditarik daripada pasaran pada 2009 dan digantikan dengan petrol RON95, berikutan penggunaan petrol berkenaan adalah kecil, iaitu lima peratus saja jumlah keseluruhan penjualan petrol negara.

Hurm... ada pro and kontra di sebalik penjualan semula minyak ni. Rasanya ramai pengguna yang pernah gunakan Ron92 sebelum ni kan? 

5 comments:

  1. ada dgr kat berita pagi tadi.. tapi kenapa lps dah kecoh pasal kenaikan harga minyak lps tu mcm2 cerita keluar utk nak cover balik kenaikan harga duaposen tu.. gggrrrr

    ReplyDelete
  2. @ZazaMyMoon

    kan sis... kenapa tak umumkan sekali masa umumkan kenaikan harga minyak semalam..?

    ReplyDelete
  3. Kalau kuar balik, dan murah, selamba je saya guna yang lagi murah. Janji tak meletop enjin sudah dan boleh jalan..hehe

    ReplyDelete
  4. patutnya elaun menteri yg riban2 tu dimansuhkan baru la dapat kaber rege minyak 20sen tuh. ni menteri gaji+elaun ribu raban, takat minyak naik 20 sen apa kisah. lg pun nk gi mana2 guna keta rasmi, bukan kena byr pun rega minyak....

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan