Thursday, September 12, 2013

Tapaikah Penyebabnya?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tengahari tadi ada majlis makan-makan untuk staf pejabat ketua pustakawan. Majlis ni untuk meraikan staf PKP ynag berpindah unit, staf yang bersalin dan bagi menyambut hari lahir staf yang menyambut hari lahir pada Jan – Sept 2013. Best jugak ada makan-makan ni. Lunch hour tak yah kuar berebut beli makanan. Hehehe.

Antara lauk yang ada tadi ikan bakar, sayur campur dan ayam masak lemak. Dessert pulak ada puding, tapai, puding caramel and kek. Tapai pun ada. Apa lagi ek tadi? Lupa sudah...

Me just makan nasi + sayur + ayam. Ikan me tak amik. Bukan apa, me tak berapa gemar lauk ikan ni sebenarnya. Huhuhu. Pas tu makan puding strawberi, puding caramel sepotong and kek carrot sepotong.  Kenyang ai tau. Kemain makan. Sampai ada sorang staf tu tanya ‘nak makan lagi ke?’. Hahaha. Malu jap.

Seawal majlis lagi me memang dah jeling-jeling dah tapai tu. Siap tahan hati supaya tak capai bekas tapai. Tapi akhirnya sebelum naik semula ke opis TERcapai jugak satu bekas. Huhuhu. Sampai jep kat meja terus makan. Manis-manis masam. Sedap kut.

Pas beberapa ketika, tiba-tiba perut rasa senak yang teramat. Badan pun rasa berangin. Rasa macam nak muntah laa tu jugak. Huhu. Try tahan but betul-betul tak dapat. Cepat-cepat p toilet terus muntah. Ades.

Adakah tapai itu penyebabnya atau ada benda lain?



Pinggang dah mula rasa sakit-sakit and kebas-kebas. But still boleh bertahan. 9 hari lagiiii~

1 comment:

  1. Sis..2-3hr lps akk mkn tapai..esk tu trs rsa bisa2 bdn n sakit pinggang..huhu..akk xpasan tapai memula..bila pk2 blk br ingat..haru!!

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan