Thursday, October 3, 2013

# #NurAeeraShuhayra # Pengalaman Bersalin

Pengalaman Bersalin Nur Aeera Shuhayra 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
 
Lamanya terperam entry ni. Hukhukhuk. Asal nak mula menaip jep mesti ada halangan. Ni dua2 princess dah tido. Amik masa sikit nak update. Hee~

Dah 19 hari selepas melahirkan baby Aeera. Alhamdulillah. Proses bersalin kali ni dipermudahkan ALLAH berkat doa dari suami, keluarga dan rakan-rakan semua. Terima kasih buat semua. Love u all. Hugs ketat-ketat. :)

13 September 2013

Masa kat opis badan terasa berangin sangat. Rasa macam nak muntah pun ada. Nak pegi klinik but rasa cam tak perlu kut. Akhirnya call en.abg jep. Huhuhu. Ngadu badan tak selesa. Ngada kan. Ahaks.


Otw nak balik umah pun badan still rasa tak selesa. Kata kat en.abg yang betul-betul rasa tak selesa dah. Rasa cam tak lama lagi nak bersalin. En. abg boleh buat rileks jep. Huhuhu. Ingatkan nak bagi dia cuak sikit arr konon tapi nan hadoo.

14 September 2013

Jam 5.30am kejut en.abg sebab en.abg kena ot hari tu. Badan memang dah rasa ok sikit. Maybe sebab cukup rehat malam tu. Tiba-tiba masa hantar en.abg ke pintu rasa macam ada something keluar kat bawah. Pas en.abg bertolak cepat-cepat masuk tandas. Hoh! Dah kuar lendir and darah. Sakit memang takde lagi. Ingat nak call en.abg but sebab takde rasa sakit tak jadi call. Ingat nak sambung tido laa kononnya. Tengok hp ada 4 miss called. Semua dari en.abg.

Return call boleh lak kena sound sebab tak masukkan kunci motor dalam beg. Hukhukhuk. Terus ngadu kat en.abg kata maybe dah nak bersalin and suh dia patah balik. Sebenarnya taknak suh dia terus geram kat me pasal kunci motor tu.

Pas mandi and siapkan Aisya (yeee~hari tu terpaksa angkut Aisya sekali pegi PPUM sebab takde orang nak jaga dia. Kebetulan lak biras tak sihat masa tu..) terus gerak. Masuk kereta rasa lapar lah pulak. Tak sempat nak bekpes. Excited sangat nk bersalin. Ahahahaha. Singgah beli kuih kat stall tepi jalan jep buat alas perut. En.abg kata tunggu sampai kat PPUM nanti baru bekpes.

Bekpes nasi lemak + nasi goreng kampung + milo panas. Ambik ko. Selera kemain makan. Hahahaha.

Pas makan terus naik tingkat 3. Masuk lr nurse suh tukar baju wad. Bagi baju kat en.abg then salam-salam minta maaf salah silap kat en.abg. Kiss Aisya. Tahan airmata jep but before masuk lr sempat lagi capai hp dalam beg. Hukhukhuk.

Dapat bilik bersalin no.9. Bila doktor masuk and seluk bukaan dah 5cm. Terkejut aii jap. Doktor kata nak pecahkan air ketuban.

Bersambunggg sebab Aisya dah bangun. Huhuhu... Tengok umi dia pegang laptop laju jep dia lari nak join tekan-tekan sama....adoi laa kakak...

 

4 comments:

  1. Hello Moon, this coming to you from Canada...
    Bahasa saya sebelum Merdeka, but boleh faham 35%....
    Regret you feel uncomfortable...
    Maybe you should minum Chinese green tea....its not only good for your health but helps to refresh you.
    Bila mood ada awan, ha ha, minum satu cup.

    You have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Waaa cpt ye bukaan 5cm...agaknya 2nd baby lg cepat bukaan...alhamdulilah semua dipermudahkan...ada sambungan x?

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan