Tuesday, October 8, 2013

# #NurAeeraShuhayra # Pengalaman Bersalin

Pengalaman Bersalin Nur Aeera Shuhayra 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

 
 
 
Doktor kata kena cek semula after 4 hours. Means, jam 2.15pm.
 
Pas air ketuban pecah tu contraction makin kerap but still boleh tahan. Sambil-sambil menunggu tu sempat buka facebook,, line ngan kawan-kawan. Hohoho. Boring kut duduk dalam lr sorang-sorang.  Tiba-tiba...
 
Nurse : Eh, bawa handphone?
 
Me : ::senyum::
 
Nurse : Husband mana?
 
Me : Ada kat bawah.
 
Nurse : Bagi handphone kat husband. Kami tak bertanggungjawab if hilang.
 
Me : Ok.
 
Dengan selamba sorokkan handphone bawah bantal. Pas tu takde siapa yang larang dah. Hehehe.
 
2.20pm beramai-ramai doktor masuk dalam bilik. Cek bukaan still 5cm. Huk. Then doktor kata nak masukkan ubat untuk kuatkan contraction. Me? Ok jep.
 
Doktor : If tak tahan sangat panggil nurse and kita akan bagi ubat tahan sakit. Atau nak sy masukkan ubat terus?
 
Me : Tak apa. Rasanya boleh tahan ni.
 
Doktor : Ok. Apa-apa just tekan button tu.
 
6.15pm baru doktor akan masuk balik cek bukaan.
 
Pas masuk ubat tu serius contaction makin kuat. Every 10 minutes. Jam depan mata sebab tu semangat nak kira. Tak lama pas tu me tekan jugak button tu. Minta nurse ubat tahan sakit. Sebab memang tak tertahan dah. Ada disediakan ubat gas sedut tu tapi tak mampu nak lawan rasa sakit tu.
 
Bila dah masuk ubat, me rasa macam separa sedar. Tertidur jap. Buka mata lagi few minutes 6.15pm. And 3 orang doktor masuk. Bila seluk doktor kata bukaan dah penuh but baby still jauh dari pintu. Hurm. Kena tunggu lagi baby betul-betul dah turun baru boleh push.
 
Doktor suh me baring mengiring ke kiri supaya baby turun cepat. Around 7.10pm doktor seluk lagi then dia kata baby dah turun. Dah boleh push.
 
Dalam setengah jam jugak me try untuk meneran. Masa awal tu memang tak jumpa rentak lagi. Asyik salah jep caranya. Bila dah jumpa rentak tu senang je nak teran. Ada few times masa nak meneran tu me boleh tertidur. Giloss ko. Doktor siap tepuk-tepuk kaki me suh bangun. Kesan ubat tahan sakit tu still ada. Huhuhu.
 
Serius, masa bersalin kali ni sangat terasa bila kepala baby keluar. Bahu baby. Berbeza sangat dengan masa melahirkan Aisya dulu. Maybe masa tu me dah penat sangat-sangat.
 
Bila diorang tunjukkan baby, me senyum tak hingat uu. Hilang rasa sakit and penat masa melahirkan.
 
Tiba masa nak jahit menjahit pulak sementara nurse bersihkan baby and bawa baby jumpa ayah dia.
 
Doktor praktikal yang buat bab jahit menjahit me ni. Masa dijahit tu doktor boleh tanya,,
 
Doktor : Tak sakit ke?
 
Me : Sakit lagi contraction doktor.
 
Doktor : Biar betul? Selalunya ramai je yang jerit bila kena jahit ni. Tapi puan nampak rileks jep. Masa nak bersalin tadi pun tengok macam rileks. Macam bukan sakit nak bersalin.
 
Hukhukhuk. Yeker? Dia tak tau macamana kita sedaya upaya menahan sakit. Huhuhu. Me mampu senyum jep.
 
Tak luka banyak pun. Ada 3 jahitan jep sebab tak gunting. Luka luar kata doktor.
 
Dalam jam 9pm barulah me di sorong masuk wad. Masa kena sorong tu, nampak en.abg tengah dukung Aisya kat luar lr. Rasa cam nak nangis bila Aisya jerit-jerit panggil me. Masa tu rasa rindu sangat kat Aisya.
 
Apapun, thanks so much buat staf PPUM yang incharge masa me bersalin ari tu. Layanan korang memang the best. Banyak yang me dengar pasal PPUM ni tapi nyata me terima layanan yang baik sepanjang masa di sana. :)

4 comments:

  1. heee akhirnyaaa lega kn Moon.
    Macam kelakar je bila baca masa nak meneran boleh tertido.. hahahhaha

    ReplyDelete
  2. senang juga akak bersalin kan... bestnya kak dapat bersalin normal.. kalau nak anak lagi pon xla terlalu jarak.. huuu sedihh

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ibu dan anak selamat..=)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan