Tuesday, December 31, 2013

Weekend Terakhir 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lusa dah masuk tahun 2014. Tak sedar pun masa berlalu kan. 

Nak cerita pasal semalam. Sabtu lepas kakak ipar datang bermalam kat sini. Best kut ramai-ramai kat umah. Hehehe. Riuh jadinya. 

So sabtu tu en.abg ajak pegi Danau Kota. Saja nak isi masa kosong malam tu. Tak beli banyak barang pun. Sempat grab few baju untuk anak and anak buah je. Untuk diri sendiri tak larat nak bersesak tauuu. 

Semalam pulak kitorang pegi Tugu Negara. 1st time tau sampai sini. Sebelum masuk tu kitorang layan makan dulu kat area parking tu.


Tu Aisya ngan kazen dia Syamina kemain makan ayam goreng. Hehehe. Tengok cermin mata Aisya pakai tu. Dia taknak tanggalkan tu. Adoiii la anak. Jangan ikut umi ngan ayah yang bercermin mata ni tauuu.


Makan bertambah juga me masa tu coz tak sempat nak breakfast kat umah. Nak siapkan Aisya kena main kejar-kejar dulu 2 3 round baru dia serah diri nak mandi. Kurus umi if tiap-tiap hari macam ni anak. Tu Aeera tak besar lagi tu. Hehehehe.



Sempena nak meraikan kejayaan budak dapat 8A PMR jugak ni. Alhamdulillah. Anak kakak ipar merangkap anak buah juga la tu kan. Hehehe. Dah jadi tukang tolak stroller Aeera pulak semalam. 


Tukang dukung Aisya pun dia jugak ni. Hahaha. Kemain Aisya senyum dengan spek dia tu. Hahaha.


Bila penat dukung Aisya, bagi di tumpang keta Aeera pulak. Aeera masam je tengok kakak dia tumpang. Hahaha.


Pas kuar dari Tugu ni dah takde arah tujuan. Huhu. Pas tu en.suami bincang-bincang ngan adik dia. Akhirnya diputuskan pegi Genting. Hah! Dah lah tak bawa sweater bagai nak pegi tempat sejuk tu. "bagi anak ayah kuat sikit tahan sejuk..." Kata en.abg. Adoii. Bertiah betul tau. Dah lah anak kecik lagi.

Tapi sampai atas tu kemain sedap Aeera tido tau. Nasib baik arr dalam beg ada baju tido dia. Bagilah dia pakai baju double. Kurang sikit sejuknya. Aisya? Hahahaha. Tak payah cakap arr. Dia lagi suka.


Orang dah gigil dia sibuk nak kuar dari keta. Nak berembun jugak. Ades. 



Pas tu kitorang pakat nak balik. Letih kut. Masing-masing tido dalam keta. Tinggallah en.abg sorang drive. Hehehe. 

Next time nak pegi Genting kena siap sweater segala sebab memang sejuk. Semalam pun kabus tebal sangat. Masa nak turun tu few times pesan kat en.abg suruh hati-hati. Takut + risau.

Pasni nak ajak pegi Cameron Highlands pulak. Heeeee~













No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan