Thursday, January 31, 2013

Amanat Tahun Baru Dato NC UiTM

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam telah berlangsungnya Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UiTM 2013 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Bagi kampus-kampus cawangan pula boleh menyaksikannya melalui secara langsung dari kampus masing-masing.

Banyak input dalam amanat Dato' NC but hanya 1 jep yang betul-betul yang menarik perhatian and buat me sebak. Tersentuh hati me. Nangis jap but x lama arr. Malu kut. Heee~


Apapun,, hope pas ni boleh dengar khabar gembira. 
Read More ->>

Monday, January 28, 2013

Life~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hujung minggu lepas my parents datang KK lawat Aisya. Kebetulan my pa ada urusan yang nak di selesaikan. Hehe. Hilang juga kesunyian tinggal berdua ni. Aisya pun sonok sangat dapat bermanja dengan atuk and nenek dia. Semangat dia bangun jam 3 pagi nak ajak main. 

Lagipun, my parents risaukan me and Aisya yang tinggal berdua jep. Even if i'm married and have my own family, me tetap anak diorang kan? Aisya cucu diorang. Of course la as a parents diorang risau. 

Kat kampung Aisya ada dua kazen (anak adik me) Rayyan and Iman. Diorang ni pun manja ngan nenek n atuk dia. Bestlah diorang coz dapat selalu main ngan nenek and atuk. Aisya pulak nak harap jumpa seminggu sekali pun susah. Ada masa terluang jep baru dapat jumpa. Huhuhu. Dah lah jauh ngan ayah dia. 

Bila cakap pasal en.abg ni,, sangat-sangat rasa terkilan sebenarnya. Tak lama lagi nak masuk bulan Feb sudah. Sampai sekarang still tak dapat apa-apa berita pasal permohonan pindah me. Bila tiba bab ni memang rasa stress sangat. Lagi-lagi bila orang sekeliling demand nak suh pindah time-time tu jugak. Bukan tak mau pindah but macamana nak pindah if belum dapat apa-apa surat dari pihak atasan? Kenapa susah sangat orang nak faham? 

Diorang tak tau kut betapa me tertekan dengan isu ni. Cubalah letak diri korang di tempat me. Fikirkan. Mampukah korang bertahan tanpa rasa stress? Aisya penguat semangat me untuk terus bertahan. En.abg pun banyak bagi kata dorongan untuk me terus kuat and tabah. Orang kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Me terima ini sebagai salah satu ujian dari ALLAH untuk keluarga me. Maybe akan sampai masa untuk kami bahagia bersama. In shaa ALLAH. Amin. Doakan yang baik-baik untuk kami ea kawan-kawan. 

Sukalah Aisya.. asyik gelak jep bila atuk dia dukung cam ni.. Nak harap umi dia,, x larat me.. hehehe...


Read More ->>

Thursday, January 24, 2013

7 Bulan Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Hari ni genap usia Aisya 7 bulan. Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana memanjangkan usia me untuk membesarkan Aisya. Melihat dia membesar di depan mata me adalah perkara yang amat bermakna buat me.
Sekarang ni Aisya dah banyak akal. Semakin aktif dan semakin nakal. Hehe. Dah pandai cari barang yang me sembunyi bawah bantal. Dah pandai kejut me if nak main tengah2 malam.
Tak nak duduk diam dah. Asyik nak main and gelak. Sangat-sangat terhibur dengan gelagat c kecik ni.
Kesian kat en.abg sebab terlepas banyak peluang melihat Aisya membesar. :'(
p/s : Salam Maulidur Rasul.. :)
Read More ->>

Friday, January 18, 2013

Simple Tapi Mendalam | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Me nak share satu status facebook kawan me yang me rasa sangat menarik ceritanya.



Baca dan fahami. :D
Read More ->>

Wednesday, January 16, 2013

Lagi Kemajuan Aisya | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lagi seminggu genaplah umur Aisya 7 bulan. Alhamdulillah. Cepat je masa berlalu. 

Sekarang ni Aisya dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan. Semangat dia belajar. 

:)

Tengok apa tu sayang?

Banyak kali panggil baru dia nak pandang.. :)

Gaya yang sama tapi ekspresi muka yang berlainan. Hehehehe. 
Read More ->>

Saturday, January 12, 2013

Golongan Yang Pertama Masuk Syurga

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Manusia yang pertama masuk syurga adalah Rasulullah SAW, menyusul kemudian Abu Bakar Siddiq.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Kelompok pertama yang akan masuk syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang. Mereka saling bergandingan tangan hingga masuk syurga semuanya. Wajah mereka seperti bulan purnama." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa mereka adalah orang yang tidak meruqyah (jampi yang berunsur syirik) dan tidak meminta diruqyah (dijampi), tidak melakukan tathayyur dan hanya bertawakkal kepada ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Adapun tiga orang yang pertama kali masuk syurga adalah syuhada, seorang hamba yang tidak disibukkan oleh dunia dan taat kepada Rabbnya, dan orang fakir yang memiliki tanggungan namun ia menjaga diri dari meminta-minta." (HR. Ahmad)

"Orang-orang yang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang-orang kaya kerana mereka tidak memiliki sesuatu untu dihisab. Selisih waktu antara keduanya adalah 40 tahun." (HR. Muslim)

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya 'Hadiul Arwah' menyimpulkan bahawa tidak semua penduduk syurga yang pertama kali masuk syurga akan jadi lebih tinggi kedudukannya daripada orang terakhir. Boleh jadi yang terakhir kali mendapatkan darjat yang lebih agung, seperti orang kaya yang pandai bersyukur dan bertaqarrub kepada ALLAH dengan berbagai kebajikan dan sedekah. Ia lebih tinggi kedudukannya daripada orang fakir, kerana orang fakir tidak mampu berbuat sebagaimana yang diperbuat orang kaya tersebut.

sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga

Wallahu' Alam.. Sharing is caring..
Read More ->>

Thursday, January 10, 2013

My Bad Habit | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Me ada satu bad habit yang sangat susah me buang. Bukannya benda pelik pun but ntah lah. Hehe.

Me suka sangat gosok kelopak mata. Dah tu gosok bukannya lembut. Huk. En.abg pun dah tegur me hundred times tapi still macam tu juga. Kadang-kadang tak sedar pun tangan ni naik ke mata.

Macamana nak buangkan habit ni ea? Memang banyak kesan sampingan bila habit ni still menguasai. Salah satu contoh, kedut bawah mata. Huwaaaaaa~

Help me!! Huhu



p/s : who's perfect? Angkat tangan sat.. o_O

Read More ->>

Monday, January 7, 2013

Aisya N Ayah | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari pertama bekerja di tahun 2013. Baru masuk keja dah macam-macam cerita me dengar. Huh~~

Semalam dah sampai Sabah. Aisya asyik merengek jep. Rindu kut ngan ayah dia. Masa kat sna, kemain dia menempel ngan ayahnya. Takmo dengan umi langsung. Huhu. Jarang sangat jumpa. Apalah sangat dengan seminggu tu kan. Mana cukup nak hilangkan rindu.

Malam tadi pun Aisya nangis. Sepanjang minggu lepas dia nak tido tengok muka ayah tapi semalam mampu peluk baju ayah jep. Sedih hati me. Asyik-asyik terjaga pas tu nangis. Dengan me sekali join nangis. Tak boleh tahan wooo tengok anak nangis sampai tersedu rindu kat ayah dia.

Tadi pun masa nak hantar ke taska,, Aisya nak nangis. Taknak lepaskan umi dia ni. Sib baek la pengasuh kat taska tu pandai pujuk. Huhu.

p/s : mood nak keja still kelaut.~

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More ->>

Friday, January 4, 2013

Genting Highland | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam jumaat semua. Dah masuk 4hari kita di tahun 2013.

Semalam alhamdulillah dah settlekan mana-mana urusan yang patut but belum 100% settle la coz keputusannya kena tunggu lagi. Wish dapat good news dalam masa terdekat.

Hari ni en.abg ajak pegi Genting. Apa ada kat Genting? Hurmmmm... Takde sangat kut. Hehehe. Aisya pun excited je tengok lampu lip lap lip lap. Masa me update ni Aisya dah sedap layan mata. Sejuk-sejuk macam ni best kut tido.

Ramai memang ramai lah. Standard kut Genting ni hari biasa pun sesak.

Kabus tebal. Rasa cam nak honeymoon lagi. Hahaha.

p/s : rupanya en.abg nak jumpa kawan dia kat sini laaa.. ~

Read More ->>

Thursday, January 3, 2013

Khamis Pertama | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Belum terlambat kut nak ucap selamat tahun baru 2013 kan. :)

Hari ni awal pagi dah keluar umah ngan en.abg n Aisya. Banyak urusan yang perlu disettlekan. Terutamanya hal family yang dah lama tertangguh. Bukannya nak memburukkan siapa-siapa cuma me pun nak kan yang terbaik buat keluarga me.

And sedikit sebanyak hopefully dapat membantu rakan-rakan me yang lain.

Mungkin apa yang me cuba usahakan tu tak membuahkan hasil yang lumayan tapi sekurang-kurangnya me berani untuk ke depan. Betul tak? Huuuu~

Read More ->>

Khamis Pertama | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Belum terlambat kut nak ucap selamat tahun baru 2013 kan. :)

Hari ni awal pagi dah keluar umah ngan en.abg n Aisya. Banyak urusan yang perlu disettlekan. Terutamanya hal family yang dah lama tertangguh. Bukannya nak memburukkan siapa-siapa cuma me pun nak kan yang terbaik buat keluarga me.

And sedikit sebanyak hopefully dapat membantu rakan-rakan me yang lain.

Mungkin apa yang me cuba usahakan tu tak membuahkan hasil yang lumayan tapi sekurang-kurangnya me berani untuk ke depan. Betul tak? Huuuu~

Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in