Thursday, February 28, 2013

Cemburu

3:36 PM 13 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber Google

So true. Hehehe.

Dulu selalu ada rasa ni but bila en.abg kata dia tak kisah bila ada rasa tu sebab benda tu normal. Tapi kena berpada-pada jugak. Jangan cemburu buta. Nanti tak pasal takde masalah, timbul masalah pulak. 

Sekarang belajar untuk control rasa cemburu ni. And alhamdulillah semakin bijak mengawal perasaan. :)

Tuesday, February 26, 2013

Teringin La Pulakk

8:00 PM 9 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Blogwalking jap tadi and tiba-tiba terbaca kat blog someone (x ingat blog mana..sorry) pasal kek coklat moist kukus. Hati terus rasa macam teringin sangat nak makan benda alah tu. Huhuhu.

Nak buat sendiri tapi x cukup bahan kat umah. Nak singgah beli tapi x larat nak pegang Aisya lagi-lagi dengan keadaan agak x sihat ni. Dari pagi tadi perut rasa x sedap. Huhuhu. Bukan nak beralasan tapi seyes memang x selesa. 

sumber Google

Nampak sangat menyelerakan. Huhuhu. 

Nak tau,, dulu masa mula-mula kenal dengan kek ni kat umah kakak ipar,, siap hafal resepi lagi. Balik Sabah terus try buat. Memang menjadi. Buat 2, 3 kali. Hehehe. Sekali bancuh boleh siap 2 loyang masa tu. Tak ingat guna loyang berapa inci. Yang banyak-banyak tu bagi kat nenek. Sebelah umah jep pun. Hehehe. Masa tu xtau berapa kg berat badan naik. :p

And kali kedua buat,, tak kembang. Huhuhu. 

Kali ketiga buat, masa cuti bersalinkan Aisya ari tu. Kebetulan esoknya dah raya. So, semangatlah kononnya suh en.abg g pekan beli bahan. Malam tu pas tidokan Aisya, me pun mula berbaking kat dapur. But malangnya, kek x jadi seperti yang diharapkan. Tak tau di mana silapnya. Sedih sangat masa tu sebab excited nak baking kek tu untuk tunjuk kat en.abg yang me pun pandai buat favorite kek dia. And yang paling menyedihkan bila kegagalan buat kek tu jadi bahan ketawa en.abg. Dah la masa tu emosi still x stabil (baru pas bersalin la katakan). Terus buang kek tu masuk dalam tong sampah. Nampak tak betapa sakitnya hati me masa tu. Huhuhu. Sekurang-kurangnya bagilah kata semangat tapi,,,.

But putus asa? Takde maknanya nak putus asa. Hehehehe. Pas kejadian tu memang xde baking kek ni lagi but in future,, me akan pastikan me berjaya tiap kali bake kek ni. Chaiyok!! Heee~

For now,, please!!! Me nak kek ni sangat-sangat... Even ari ahad lepas dah makan chocolate fudge cake but still,,,.

Aisya Favorite Lullaby Song

12:10 AM 7 Comments
Assalamualaikum dan salama 1Malaysia


Hehehe. Lullaby la sangat kan. Actually lagu twinkle-twinkle little star versi yang ni memang membuatkan orang yang dengar rasa cam nak lelap mata. Atau just me and Aisya yang rasa cam tu? Heee~

Bila Aisya dengar lagu ni,, 

Tengok dia menguap tuu..

Aisya akan capai mana-mana kain yang ada dekat ngan dia and start hisap jari. Maknanya dia nak lelap la tu. Bila dia dah letih, dia akan cari bantal dia. Tak pun dia just rebahkan diri cam tu jep. Huhuhu. Seyes dia ngantuk dengar lagu ni.

Penah skali tengok dia rebah tetiba rupanya tertido. Panik jap. Hehehe.

Ok lah. Jom tido. Good nite semua.. Assalamualaikum.

Monday, February 25, 2013

Check Up 8 Bulan

5:43 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni amik half day jep sebab nak bawa Aisya p klinik. 
Dah masuk 8 bulan ni Aisya memang tersangat aktif. Nak pegang pun tak larat kadang-kadang. Suka sangat meronta. Pas tu suka sangat nak marah-marah and geram-geram kat umi dia ni. Huhuhu. 

Lagi-lagi masa kat klinik tadi, asyik mengamuk jep. Buka upin ipin dia diam jap pas tu sambung ngamuk. Nak kata lapar dah bagi susu. Huhuhu. Tapi dia diam lak bila ada budak lain nangis. 

Berat Aisya 7.2kg and panjang 7.15. Huhuhu. BMI Aisya tu run ke garisan kuning. Ades. Banyak makan but kurang tido and lebih main. But xpe sebab masih boleh diselamatkan. Pas ni kena teruskan pemakanan seimbang. Cukupkan bekalan susu and air masak. :)

Abaikan muka yang pucat tanpa make up tu.. Huhuhu..

Berpeluh Aisya tunggu kaunter bukak termasuklah uminya ni. Mau tak berpeluh if diorang x bukak kipas. Ades. Even time rehat but if nampak ada orang tengah tunggu bukak la kipas. Mak bapak tu tak kisah lah tapi kesian kat baby and budak kecik. Diorang just bukak kipas kat area staff diorang duduk je. Tak patut betul. 


Ada kisah di sebalik pic ni. Hehehe. Aisya jerit bising bila ada sorang mamat lembut lalu depan dia. Umi dia mampu buat tak faham jep la. Hahahaha. Me pun tak faham apa yang Aisya bebelkan sambil tengok mamat tu. 


Pas penat bebel tu sambung hisap jari. Hehehe. 

Next check up 24 April 2013. Masa tu Aisya dah masuk 10m. Semoga Aisya membesar dengan baik dan sihat. InsyaALLAH. Amin. :)

Sunday, February 24, 2013

Dating Dengan Anak Dara

7:29 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni hari yang sangat best buat me. Hehehe. Bukan apa sebab ni 1st time me dating berdua dengan Aisya. Kira celebrate usia Aisya 8 bulan arr ni. Happy 8 month young sayang.

Actually ada urusan kat Digi Centre di 1Borneo sambil-sambil tu bawa Aisya cuci mata. Hehehe. Cuci mata la sangat kan. Ramai gilerr kut orang di 1B ari ni. Rasanya cam ada audition untuk Kilauan Emas (if x silap la coz tak singgah jenguk pun). 

Urusan kat Digi settle kejap jep. Tak lama. Pas tu baru g brunch. :)

Nak pilih tempat makan tu sangatlah lama. Mula-mula fikir nak makan kat KFC but ramai sangat orang. Pas tu gerak g The Chicken Rice Shop, sma jugak ramainya. Huhuhu. Dalam keadaan hanya me dengan Aisya, memang tak selesa kut nak makan tempat yang sesak-sesak ni. Lain la if en.abg ada. 

Akhirnya amik keputusan makan kat Kenny Roger. Hehehe. 

Lupa dah namanyaa.. :p

Banyakkan. Tak habis pun. Kek coklat tu terpaksa di take away sebab Aisya dah xreti duduk diam. Dalam baby chair pun dia boleh main pusing-pusing. Risau tergolek jep.


  Aisya behave dalam 10 minit awal jep.


After 10 minutes,, ni la kejadiannya. Makin dilarang makin dia nak buat. Siap jerit-jerit lagi tengok orang tengah dating. Hehehe. Terpaksalah me makan selaju mungkin. Kalau tak,, memang Aisya lagi kecoh. Siap marah xmo dipegang tu.

Then pas tu masuk Parkson jap. Beli baju Aisya sehelai dua. Banyak dah baju yang dia tak boleh pakai. Yang tu simpan untuk adik Aisya pulak. :D

 p/s : Sejak akhir-akhir ni badan cepat sangat penat. Teringat satu ketika dulu....,,~


Saturday, February 23, 2013

Aisya Dah Rajin Pegang Botol Sendiri

11:30 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Eksyen la tu pegang sebelah tangan jep. Hehehe

Ni pic Aisya malam tadi pas amik dia dari taska. Hehe. Sekarang ni Aisya dah rajin nak pegang botol sendiri. Awal lagi dia dah pandai pegang botol sendiri sebenarnya tapi bila bagi dia pegang dia akan start main ngan botol tu. Pas tu main sembur-sembur. Terpaksalah umi dia ni pegangkan. 

Sekarang ni bagi jep dia botol tu and dia sendiri sumbat dalam mulut. Tak de dah dia main-main macam sebelum ni.

Tapi me perhatikan, sebelum ni bila me yang pegang botol tu untuk Aisya, jarang sangat dia habiskan susu. Bila dia dah pegang sendiri memang always habis dia minum. Mungkin dia rasa puas kut minum dengan usaha sendiri. Alhamdulillah. :)

Friday, February 22, 2013

Dua Sudah Keluar

2:34 PM 4 Comments


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lagi beberapa hari genaplah umur Aisya 8 bulan. Besar sudah anak umi and ayah ni kan. :)


Tengok mulut tu,, pasan tak ada benda putih-putih? Hehehe. Gigi Aisya dah tumbuh dua batang. Sebatang tumbuh few days nak masuk 7 bulan and sebatang lagi kuar 2 weeks after. Bila dia gigit roti baby bites tu memang dah dengar bunyi krupp krupp. :)

Ada makcik Aisya, lahir 5 bulan awal dari Aisya baru nak keluar gigi sebatang. Hehe. Kira cepat jugak lah gigi Aisya ni tumbuh. Alhamdulillah.

Sekarang ni suka sangat gigit puting dia tu. Bila dah tumbuh gigi atas confirm bocor puting. Suka gigit kain jugak. And bila dia geram dia gigit kain tu kuat-kuat sambil tarik. Aisya tengah imagine gigit umi dia kut. Hukhuk.

Thursday, February 21, 2013

Bertukar Wajah Lagi \(^^)/

7:35 PM 9 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dah lama sebenanrnya 'mengidam' nak tukar template blog ni but tiada masa sangat nak survey blog yang menawarkan service ni. Nak tukar sendiri memang agak tak larat. Huhu. So,, bila terbaca entry CikPuanRara few days ago, me terus terjah Kay . Hasil tangannya sangat menarik hati me. Tanpa berfikir panjang, me terus contact Kay. Kejap jep dah siap. Semalam me contact, ari ni dah siap. Weeee~

Sejak dah dapat baby girl ni,, pink jadi warna yang sangat menarik perhatian me. Hehehe. Sebelum ni sangat addict ngan kaler merah. Sori merah sebab terpaksa menduakan U. But still merah is my number one fav color.



Pada header me abadikan dua orang yang teramat bererti dalam hidup me. Of course my putera hati and my little princess. Pas ni if aisya dah dapat adik pic header tu akan bertukar lagi. Adik? Hehehe... ;)

Apapun,, thanks so much buat Kay untuk hasil yang simple but cute ni. Just like requested. :)

Lagi Kisah Fizz Fairuz

9:45 AM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Start beberapa hari lalu gempar ngan kisah putus tunang aktor Fizz Fairuz. Macam-macam cerita yang keluar. Ada yang kata macam ni,, ada yang kata macam tu. Hurm,, dugaan..dugaan. Sebenarnya dalam diam me mengikuti perkembangan cerita ni and pada mulanya tidak berniat pun nak update kat blog pasal kes diorang ni but selepas baca Berita Harian hari ni,, ada rasa tertanya-tanya yang timbul dalam fikiran.

Semalam me ada baca kat blog CikPuanRara pasal anon yang mengaku mengenali bekas tunang Fizz tu dari a-z, Al-Kisah PUTUS TUNANG FizzFairuz, Isteri tak dilayan seperti isteri dan pagi tadi baca kat blog Phat pula kenyataan suami bekas tunang Fizz, Gempar!!! Fizz Fairuz Dianiaya - ikuti kenyataan suami bekas tunang .

Dah baca? Ok. Then baca pula kenyataan Azlyn berkenaan kontroversi yang melanda dia dan Fizz Fairuz. Eksklusif: Fizz bohong . Nak tau lebih lanjut g beli akhbar Berita Harian skang. Akhbar lain me tak pasti pulakk. Hee~

Sori coz capture guna hp murah. Hehe.
Dia kata Fizz tipu dan dia mengaku tak pernah berkahwin dengan siapa-siapa selama 26 tahun dia hidup.   But if betul kenyataan dia tu,, macamana pula boleh timbul si anon yang kononnya mengenali Azlyn dari a-z? Dan macamana pula boleh wujudnya si suami yang membuat kenyataan mengenai si isteri yang dinikahi secara senyap di Thailand?

Keliru? Me pun sama but tak payah pening-peningkan kepala. Kita just tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya. 

Apapun,, semoga ALLAH permudahkan segala urusan mereka. 


Sunday, February 17, 2013

Gabra Di Awal Pagi

5:38 AM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lebih kurang jam 3am tdi me bangun sebab dengar Aisya merengek-rengek. Nak susu la tu. Sebab last dia menyusu before tido malam tadi jam 8.30pm. Aisya if x rasa lapar memang takkan bangun menyusu.

And if dia tengah tido tu janganlah gatal nak kejut dia sebab dia takkan layan pun. Sayang jep buat susu if dia xminum. Sebab tu selalunya me akan tunggu dia 'kejut' me dulu baru me buatkan susu.

Masa susukan dia tadi, dia pandang me and me pandang dia. Tiba-tiba dia muntah dengan banyaknya. Huk!! Me bangunkan dia and dia still muntah. Tak cukup kuar dari mulut, ikut hidung pun ada jugak. Tak pernah-pernah me hadapi situasi macam ni. Memanglah nervous kan. Lagi-lagi me hanya tinggal berdua dengan Aisya. Nervous tu jadi bertambah-tambah.

Ok! Rilex jap. Tarik nafas, hembus. Me gosok-gosok belakang Aisya before me lap badan dia. Kesian Aisya. Pas me tukar baju dia, me call mama.

Mama suh bagi Aisya makan ubat demam sebab masa me cek suhu badan Aisya 38c. Aisya makan ubat tu macam biasa but tak lama pas tu dia muntah lagi. Kali ni pun banyak. Ubat yang dia makan tu pun habis kuar. Huhu. Tapi kali tak gabra sangat sebab dah tau apa yang perlu di buat.

Pas tukar baju, Aisya merengek lagi. Kali ni dia merengek sebab nak tido. Bila me baringkan dia, terus dia lelap. Letih kut dia muntah 2 kali tu. Huhu. Kesian anak umi.

Pagi nanti umi bawa Aisya p klinik ea sayang. Hope takde apa-apa. Sekarang ni rasa mengantuk pun dqh hilang. Tak berani nak tido sebab risau Aisya muntah lagi.

Masa ni me jadi sedih sangat sebab still tak dapat pindah duduk dekat dengan en.abg. Bukan setakat sedih but kecewa yang teramat. :'(


Thursday, February 14, 2013

Aisya Sudah Pandai Merajuk

8:52 PM 0 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nite semua warga dunia. Update cepat-cepat and ringkas seringkasnya malam ni. Update sementara Aisya tido. Heeee~

Aisya dah semakin, semakin dan semakin aktif. Takmo dipegang. Dia nak bebas jep. If dilarang mulalah nak jerit and merajuk. Hehehe.

Semalam Aisya nak panjat meja tv. Me amik dia and letak atas tilam. Pas tu dia gerak lagi. Kali ni nak panjat sofa lak. Me amik and letak lagi atas tilam. Dah start merengek. Me biar dia gerak lagi. Mula sepahkan barang-barang dalam raga kain pulak. Me dukung dia and cakap if gegel tak boleh sepah-sepah. Kena tolong umi kemas-kemas. Dia gelak jep but bila me letak atas tilam mula lah dia jerit. Kuat woooo dia jerit. Nyaring lak tu. Hehe.

Pastu tarik-tarik stokin. Tarik-tarik baju. Mula nak marah geram ngan umi dia ni. Bila me nak pujuk dia guling-guling p jauh dari me. Bila me dekat dia buat bunyi macam marah. Hehe. Me dekat lagi then dia guling lagi jauh. Terus me peluk and cium dia.

Bisik kat dia yang umi minta maaf. Bukan umi marah pun. Saja nak sakat Aisya. Dia diam jep pandang me. Macam faham lak apa yang umi dia cakap.

Lucu jep bila tengok Aisya dah pandai merajuk bagai. Bahagia sangat tengok perkembangan dia. Lagi 2 minggu nak masuk 8 bulan dah. Tak sedar sangat masa yang dah berlalu tu.

Terfikir kesiannya en.abg yang terlepas melihat perkembangan Aisya selama 7 bulan lebih ni.

Bilalah dapat pindah. Huhu

p/s : Tak dapat nak up pic Aisya lagi. Huhu

p/s/s : i don't think i'm needed here so please let me transfer.. :'(

Sunday, February 10, 2013

Cuti Panjang

9:28 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti-Cuti Malaysia pada semua rakyat Malaysia.. :)

Alkisahnya, sempena cuti CNY ni me bercuti agak lama. Start Rabu dah cuti. Bukan cuti suka-suka but got 2 days MC pada 6/2 - 7/2. 8/2 memang me dah awal minta cuti. Dah plan? Untuk 8/2 tu memang dah plan awal but MC tu me tak minta pun nak sakit kan. Kuasa ALLAH tu.

Kenapa MC? Huhuhu. Ada masalah kesihatan sikit. Puncanya maybe sebab penat yang teramat and stress kut. Dr. suruh me rehat cukup-cukup coz takut timbul masalah lain pula. Badan kita ni nak pakai lama kecuali la ALLAH takdirkan dah sampai masa untuk nikmat ni ditarik balik. 

Rasanya ada yang tertanya-tanya kenapa Dr. bagi MC sampai 2 hari kan? Sedangkan demam panas pun dapat sehari MC jep. Nak buat macamana if badan tak sihat. Bukannya suka-suka nak MC. Dr. pun takkan bagi MC if takde keperluan. Beli MC? Takde maknanya nak membazir duit beli kertas sehelai tu. Huhuhu. Tak baik tau.

Apapun, masa rehat me habiskan kat kampung. Sekurang-kurangnya bila me rest ada yang tolong tengokkan Aisya. Lagipun semua tengah cuti kan. Huhuhu.

Hope pas ni keadaan kesihatan me semakin baik untuk terus kuat jaga Aisya.

p/s : Umi Qaiser nak tau perkembangan Aisya ea? Next entry me cerita.. :)


Tuesday, February 5, 2013

Sejuk Yang Teramat

11:23 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Huwaaaa.. Tengok pic tu. Suhu kat opis me. Tersangatlah sejuk. Terasa beku jap jari jemari ni nak menaip tau. hukhukhuk..

Kekadang mengundang satu perasaan yang tidak selesa. Masa kat opis selalu dah sakit belakang. Sebab sejuk ke?

Bila nak kuar lunch opkos rasa lega sebab dapat amik panas kat luar tu. Tapi faham jep la kan, if kuar dari tempat sejuk trus ke panas mau tak pening. Huhuhu.

Suhu opis korang pulak?

p/s : baru sejuk gini dah x tahan. Macamana nak p oversea ni mOon??


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, February 4, 2013

My 1st Peplum

7:40 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Yeah!! My peplum dah sampai. Excitednya.. :p

ok x?
Memula buka parcel tu tengok cam besar jep but bila dah try pakai muat jep kat badan. Sangat selesa. Even patternnya biasa-biasa jep but i do love it so much! Heeee~

Pas ni akan ada lagi koleksi peplum me.Coming soon.

Saturday, February 2, 2013

Belum Kesampaian~

3:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia




Follow me @munirah_izzan