Saturday, March 30, 2013

Good Night Sayang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dari petang tadi hujan jep kat kampung. Sampai la sekarang ni.

Sejuk... Bila tengok Aisya tido mata pun mula rasa berat. Hehehe. Awal lagi kut.

Comelkan Aisya tido. Cam ni la me bila tido. Aisya sangat mewarisi kecomelan me. Bak kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kan. Kan. Hahaha.

Read More ->>

Thursday, March 28, 2013

Semakin Hampir

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Weee.. last day bekerja d bukan Mac. Xsabar nak balik jap lagi. Hehe.

Semalam kan kitorang ada meeting staf. Guess what? Permohonan me untuk berpindah mengikut suami bakal tercapai. Alhamdulillah. Even big boss maklumkan me cuma akan dapat berpindah paling awal pun 2 bulan dari sekarang tapi sekurang-kurangnya ada juga tempoh masa yang diberikan. Sebelum ni bila tanya jawapan memang agak mengecewakan.

But me harap sangat dengan bantuan new big boss ni me mampu berpindah dengan senyuman. :)

Pas ni boleh lah Aisya berulit dengan ayah dia. Hehe. Happynya. Syukur sangat.

Minta kawan-kawan bloggers doakan agar urusan perpindahan me dipermudahkan. InsyaALLAH. Amin.

Read More ->>

Monday, March 25, 2013

Terganggu Dengan Kehadiran 'Dia'

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Huwaaaa.. hari ni keja dengan mood yang xketentuan. Huhu. Semua pasal spider.

Me ni memang sangat anti ngan binatang ni. Asal nampak mesti sakit perut.

Entah macamana binatang ni bleh timbul kat opis hari ni. Masa nak on suis komputer tdi binatang tu betul-betul depan mata me. Mana me xlari keluar opis dengan b,kaki ayam. Huhu.

Me minta tolong kakak cleaner halau benda tu but tak berhasil. Xtau celah mana binatang tu sembunyi skang ni.

Asyik terasa spider tu tengah pandang me dari jauh. Huhu. Kaki pun angkat atas kerusi. Macamlah binatang tu xtau panjat.

Pesan kakak cleaner "angkat kaki time buat keja. Kalau x nanti kena gigit."  Errr..

Spider tu kaler coklat oren kemerah-merahan. Kakak cleaner pun terkejut tengok kaler tu. Huhu. Selalu tengok kaler hitam jep. Agak-agak bisa tak if kena gigit?

Read More ->>

Sunday, March 24, 2013

Genap 9Bulan Sudah Aisya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni genap umur Aisya 9bulan. Alhamdulillah. Lagi 3 bulan masuk setahun sudah. Wahh...

Sekarang ni Aisya xmau dah tido siang. Nak main jep. Sorang-sorang pun jadilahh. :)

Read More ->>

Friday, March 22, 2013

Pemimpin Ada EMPAT Golongan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nasihat Saidina Umar al-Khattab r.a. :

1
Pemimpin yang dapat menguasai dirinya (tidak dikuasai oleh hawa nafsu) dan pegawainya. Sifat itu seperti mujahid yang berjihad pada jalan ALLAH SWT sentiasa menghulurkan rahmat kurnia kepadanya.

2
Pemimpin yang lemah dalam menguasai dirinya. Para pegawainya berlaku sewenang-wenangnya lantaran kelemahannya. Oleh itu, berada di tepi jurang kebinasaan kecuali ALLAH SWT memberikan rahmat kepadanya.

3
Pemimpin yang dapat menguasai dirinya. Para pegawainya berlaku sewenang-wenang. Maka inilah ahli hutamah (salah satu nama dalam neraka).

4
Pemimpin yang membiarkan dirinya dan para pegawainya berlaku sewenang-wenangnya, lalu semuanya binasa.

Sumber : Dewan Tamadun Islam (Bil. 2, 2013)

Read More ->>

Thursday, March 21, 2013

Aisya Mogok Kat Taska

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Masa amik Aisya kat taska tadi, pengasuh btau yang Aisya xmakan and kurang menyusu hari ni. Huhu. Takkan nak buat mogok lapar kut.

Mood dia still x okay lagi. Tapi sampai umah me terus bagi dia makan. Macam xcukup jep. Pas tu minum air suam 2oz. Setengah jam pas tu dia minum susu lagi 3oz. Nampak sangat lapar. Sian Aisya. Mungkin dia nak umi dia yang suap kut. Huhu

Start buat perangai cam ni pas ayah dia balik ari tu. Risau me dibuatnya. If la nak ke semenanjung boleh bycar, dah lama me travel ngan Aisya. Huhu

Read More ->>

Jom Blaja Cara Guna Walker

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni nak ajar kawan-kawan babies semua cara guna walker dengan betul. Tengok kat bawah ni baik-baik ea. Selamat mencuba. :D

p/s : if nak buat macam ni, pastikan babies semua berada di bawah pengawasan ibu bapa tauu..

Read More ->>

Wednesday, March 20, 2013

Untitled Lagi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sejak en.abg balik semenanjung, umah kembali rasa sunyi yang teramat. Memang ada Aisya sebagai penyeri tetapi me perlukan suami di sisi dan Aisya perlukan kasih ayahnya.

Kehadiran en.abg hujung minggu lepas adalah sesuatu yang amat bermakna buat me and Aisya. Hidup rasa lengkap bila dapat bersama.

Selama setahun 9 bulan me menunggu khabar tentang permohonan pindah me but tak pernah me dengar something yang betul-betul menggembirakan hati me. Rayuan me pun tak dilayan. So stressful.

Bukan setakat itu usaha me and en.abg, ada banyak lagi yang kami dah buat but entahlah.

Disebabkan hal ni, ramai yang salah anggap terhadap kami sekeluarga. Ada yang kata itu, ada yang kata ini. Me cuba sedaya upaya untuk bersabar dengan segala tohmahan tapi sampai bila me boleh bertahan? Me ni pun manusia biasa. Ada kelemahan sendiri.

Sebak sudah. Bye.

Read More ->>

Tuesday, March 19, 2013

Moody Day

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni Aisya betul-betul xda mood. Kat taska pun asyik nangis jep. Pengasuh sms suh amik Aisya tapi xboleh jugak nak bawa dia balik.

So amik Aisya bawa ke klinik jep. Demam dah kebah sikit masa p klinik tu.

Sejak ayah dia balik semenanjung malam tadi, mood Aisya memang tak tentu. Kejap nak main,, kejap nangis,, kejap ngamuk. Huhu.

Semalam pun asyik terjaga dari tido pas tu dia tenung tempat ayah dia tido. Tak lama tu dia nangis. Beberapa kali dia macam tu. Sebak hati me.

Nak tido tadi pun bagi dia pegang baju ayah dia baru lelap. Huhu.

Kesian anak umi. :'(

Read More ->>

Monday, March 18, 2013

Ayah Dah Balik

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekarang ni en.abg dah dalam flight balik ke semenanjung. Hurm,, rasa kosong semula umah ni tanpa en.abg.

Aisya dah la rapat sangat ngan ayah dia masa ayah dia kat sini. Bangun pagi mesti nak pandang muka ayah dia dulu. Umi dia ni tak laku dah. Huhu.

Malam pun sebelum tido mesti main dulu puas-puas ngan ayah dia. Malam ni dah xda kawan dia nak main. Sebab tu tadi nak tido pun asyik merengek. Kejap-kejap terjaga.

Kesian Aisya. Dah lah tengah demam. Nampak sangat Aisya happy bila tengok ada ayah n umi dia kat sisi.

Ya ALLAH permudahkanlah urusan kami.

Read More ->>

Saturday, March 16, 2013

Bila Aisya Jumpa Ayah


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Yeay!! Semalam en.abg sampai dari kL. Rindu kut. 2 bulan lebih tak jumpa. Aisya lagi la lebih excited. Sejak ayah dia sampai semalam takmo berenggang langsung. Ayah dia masuk toilet pun nangis. Huhuhu. 

Apa entah Aisya report kat ayah...

Isnin en.abg nak balik dah. Dapat cuti jap jep. Sedih. Huhuhu.
Read More ->>

Thursday, March 14, 2013

Sabah Tanahairku

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sabah Tanahairku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
SABAH NEGERI MERDEKA

Bila dengar lagu ni, hati me rasa sayu and sedih sangat. Mudah sangat airmata ni mengalir. Semua sebab kenangkan keadaan negeri Sabah sekarang ni. 

Tak pernah me bayangkan akan hidup dalam keadaan risau and takut. Tidur pun tak lena seperti sebelum ni. Dengar bunyi kumbang langgar pintu pun terkejut. Lebih-lebih lagi waktu malam. 

Even ramai yang kata tempat selain Lahad Datu tu tak perlu risau but entahlah. Still rasa tak selamat. 

Apapun,, mari kita sama-sama doakan Sabah kembali aman. 

Al-fatihah untuk para perajurit yang terkorban dan jangan lupa doakan keselamatan mereka yang sedang berjuang. Moga selepas ini tiada lagi berita yang menyedihkan bakal kita terima. 


#PrayforSabah
Read More ->>

Wednesday, March 13, 2013

Mengampu?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dulu-dulu me tak tau pun apa makna perkataan 'mengampu' ni. Huhu. But sejak masuk keja tahun 2008 macam-macam jenis orang yang cuba nak masuk line boss.

Segala jenis kipas and aircond diorang kuarkan. Entahlah. Sejak me kecik tak pernah pula me diajar ilmu mengampu ni. Dah masuk keja wajib ea ada ilmu ni?

Sebabnya sejak masuk keja ni ramai jep yang nak kipas boss. Tak kisah lah kipas tangan ke kipas letrik. Ada ynag mengampu untuk kebaikan sendiri but ada juga yang mengampu untuk jatuhkan orang lain yang dia tak suka.

Puas kut bila dah jatuhkan orang dengan cara kotor. Tutup periuk nasi orang yang tak la seberapa ni if dibandingkan dengan diorang yang mampu nak upah orang gaji kat umah.

Fitnah. Ni lagi satu cara tukang ampu ni nak naik. If dapat boss yang jenis tak makan ampu memang terbaik but sampai bila. If tiap-tiap hari disaji dengan cerita-cerita yang konon bajet betul tu fikiran mana yang tak termakan hasutan kan.

Mohon setiap jabatan yang mana boss nya suka diampu, sila sediakan kursus belajar mengampu untuk staf-staf anda. Bukan semua dilahirkan dengan kemahiran itu. Termasuklah me yang sangat noob bab-bab mengampu ni.






Apa yang aku merepek ni pun aku tak tau. #sakithatiyangteramat

Read More ->>

Tuesday, March 12, 2013

Pecah Pintu


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lamanya tak berupdate belog ni. Bukan apa,, banyak sangat benda yang terjadi in the past few days. Contohnya,, kes me terlupa kunci umah kat dalam umah dan terpaksa pecahkan pintu. Hukhukhuk. 

Kes ni jadi Jumaat lepas. Kebetulan hari tu adalah Hari Wanita Sedunia kan. 

Hari tu agak kelam kelibut sikit nak p kerja. Masa nak keluar tu terlupa capai kunci umah. Tak sedar me terus lock pintu. Dah tu baru tersedar. Macamana nak buka grill pulak? Alahai.. Tersangatlah cuai. Dalam keadaan sebelah tangan me pegang Aisya, sebelah lagi dengan sebatang besi me pecahkan tombol pintu. 

Berpeluh jugak nak menghentak tu. Aisya kat sebelah pun bingung tengok me. Gilerr penat. Lebam sikit la tangan pas hentak tu. 

Bila dah pecah, me capai kunci and terus buka grill and mangga. Mula-mula memang risau nak p kerja and tinggalkan umah dengan tombol pintu yang rosak tu. But dalam hati doa banyak-banyak moga ALLAH lindungi rumah kami dari sebarang keburukan dan kejahatan. Yakin dengan grill dan kunci mangga jep hari tu.

Petang tu kebetulan my pa datang KK sebab ada urusan. Memang kena bebel habis sebab cuai. Huhu. Sampai rumah, alhamdulillah rumah dalam keadaan ok. Petang tu jugak minta tukang datang baiki tombol. 

Sebelum ni tak pernah kut jadi cam ni. Benda memang nak jadi so pas ni amik pengajaran dari kejadian ni. Hope sejarah tak berulang lagi. 


Hari tu jugak adalah hari yang bertuah buat Aisya. Yang ni nanti me cerita ea. :D






p/s : agak tunggang langgang entry kali ni. Huhuhu
Read More ->>

Wednesday, March 6, 2013

Tumbuh SUdah Gigi Ketiga

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Gigi ketiga sudah keluar. Sori. Pic xde coz susah sangat nak snap pic Aisya sekarang ni. Asal snap je mesti goyang. Sibuk dia nak terjah kamera jugak. 

Patutlah ari tu demam and merengek jep. Sian Aisya. Umi tak pasan pun kan. Me sedar pun last week masa dia senyum-senyum kat me. Agaknya senyum tu nak tunjuk gigi baru la. Hehehe.

And yang me tak gemar sejak gigi Aisya atas tumbuh ni, dia suka sangat gesel-gesel gigi atas n bawah. Ngilu kut me dengar. Huhuhu. Bila me larang, boleh dia buat muka innocent and buat lagi. Rasa cam nak gigit jep budak tecik tu. :p 

#PrayforSabah
Read More ->>

Tuesday, March 5, 2013

Mereka Gugur Sebagai Wira Negara

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Seluruh negara pun tahu isu yang melanda Sabah sekarang ni kan? Pencerobohan oleh tentera kesultanan sulu. 

Sudah ada tentera dan polis kita yang terkorban dalam usaha mempertahankan keamanan negara. Sedih bila pengorbanan mereka 'dianjingkan' oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka tumbang sebagai wira negara bukan sebagai pembelot. 

Jika mahu mempolitikkan isu pencerobohan ni, silakan berfikir dari perspektif masing-masing. Semuanya bijak belaka kan. Nak gaduh, gaduh laa. Tapi tolonglah jangan politikkan nyawa pejuang kita yang terkorban. Fikirkan tentang keluarga mereka. Takkan nak tunggu benda ni jadi pada keluarga sendiri baru kita nak diam. 

Me secara peribadi memang sangat-sangat sedih dengan keadaan yang melanda negara terutama negeri Sabah sekarang ni. Di sini perang senjata api, di media pula perang politik, perang mulut. 

Allahuakhbar!

Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan para pejuang kita yang masih berjuang. Semoga tidak ada lagi berita sedih selepas ini. Doakan juga keselamatan rakyat di Sabah kerana kami juga sebahagian dari rakyat Malaysia. Wish Sabah kembali aman.


#PrayforSabah 
Read More ->>

Teething Rusks

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

sumber Google
Sebenarnya dah lama nak post pasal benda ni but selalunya memanglah terlupa. Almaklumlah umur semakin muda kan. Hahaha. Ni pun teringat sebab terbaca kat entry Umi Qaiser tadi. 

Mommies-mommies kat luar tu pernah tak bagi baby makan teething rusks ni? Ari tu ada try bagi kat Aisya tapi dia macam pelik je bila benda tu masuk dalam mulut. Lama-lama dia kemam pun still tak luak sikit pun benda tu. Naik hairan gak me. 

Selalunya pas 5 minit memang comot dah bila bagi makan finger food ni. Me amik satu and try gigit. Giler keras benda ni. Rasa cam nak pecah gigi. Terfikir pulak. Ok ke bagi benda keras ni kat Aisya. Even dia rileks je kemam but risau if gusi dia luka. Pas tu terus tak bagi lagi dah. 

Yang me amik dari Aisya tu terus masuk dalam gelas and try rendam ngan air. Lama-lama benda tu jadi lembut. But still macam kenyal sikit. Picit-picit cam ok je if bagi but tak bagi pun. Risau kut cara tak betul.

Kena rendam dulu ke benda ni sebelum bagi kat baby? Sorry lah. Me kan first mom so banyak benda kena tanya. If tak tanya sesat nanti. Hehehe. 



#PrayforSabah
Read More ->>

Beware Of Paper Cups

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Varun*, an IT professional working in Technopark, was finding himself with an upset stomach every night. While normal medical checks revealed nothing wrong in him, deeper probes revealed the reason – his stomach was collecting significant amounts of   wax.  And doctors identified the villian – the ordinary paper cups he used for drinking his tea at his office pantry.

Disposable paper cups have become quite popular in office pantries due to the convenience it offers. What many overlook is the fact that these paper cups are coated with a tiny layer of wax, which is essential to prevent water from seeping  into the paper. When very hot liquids are poured into this cup, the wax may disintegrate and a little may come off, which will promptly be sent along with the drink into our stomachs! While our body can discard minor amounts, over the long-term, it does become a problem.

So what can be done about it? You can try to bring your own glass cups. Glass is one of the least reactive materials in the world (remember acids are stored in glass vessels, blood samples are collected in glass plates – these are for a good reason). But glass does have the problem of breaking easily, so it requires good care. Ceramic cups are probably the best bet. Of course, you can also use your  tordinary stainless steel glass, but never use plastic ones – its dangers are even worse than wax !

Paper cups are for cold/cool drinks, not hot drinks.



sumber dari email. Sharing is caring. :)

#PrayforSabah
Read More ->>

Friday, March 1, 2013

Pergolakan Di Lahad Datu Sabah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semua orang tahu mengenai pencerobohan tentera Sultak Sulu di Lahad Datu? Huhuhu. Makin banyak cerita yang keluar. Yang betul,, yang bohong,, yang ditokok tambah semua ada. 

Apapun cerita sebenar di sebalik pencerobohan ni, doakanlah keselamatan pejuang-pejuang kita dan keselamatan semua rakyat Sabah. Even me berada di KK, jauh dari Lahad Datu but still tak rasa selamat. 

p/s : Al-Fatihah buat pejuang kita yang telah terkorban dalam mempertahankan keamanan di Lahad Datu.
Read More ->>

Letter For March


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in