Wednesday, April 24, 2013

Gelagat Aisya 10 Bulan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Hari ni genap Aisya 10 bulan. Banyak dah ragam Aisya sekarang ni. Tak boleh ditegur. Dah pandai merajuk. Hehe

Dah tumbuh 2 lagi gigi. Maksudnya dah ada 6 batang gigi susu. Excited tau bila tengok gigi dah tumbuh banyak. Hehe. Senyum pun dah lain. Makin cantik je umi tengok. Hehehe. Orang kata tak baik nak kira gigi ni but bukan kira suka-suka pun kan. Kita ni alert ngan perkembangan anak. Tak pasal nanti orang tanya kita blur pulak nak jawab. Ye tak?

Dah pandai pilih orang. Dulu siapa jep hulur tangan nak je. Sekarang ni jangan harap. Kuat dia peluk umi dia ni if orang nak amik. Sampai biut-biut tudung umi ditarik. Heh.

Dah pandai malu. Hehehe. Bila orang acah sibuk sembunyi senyum sambil pusing belakang. Comel lak tengok bila dah tau nak rasa malu gitu. Lagi suka orang nak acah dia. Ikut umi la pemalu tu. :p

Tido dah lasak sangat-sangat. Dulu tilam single pun still boleh selamatkan keadaan but sekarang ni jangan harap la. Tilam queen size pun if diikutkan tak cukup luas. Tido pusing sana. Pusing sini. Bila jaga jep tengok dah kat kaki. Yang ni rasanya ikut ayah dia sebab umi tido sopan. Pffftt!

Pagi ni Aisya dah berjaya panjat sofa. Terkejut gilerrr. Mula tu tengok still main-main tepi sofa, pusing balik siap nak buat aksi terjun papan anjal dah. Nasib baik adik me sempat amik. If tak memang benjol la dahi. Me sebab terkejut memang dah tak tergerak tengok aksi dia. Bahaya woooo.

Bila dah start pandai memanjat ni memang kena bagi extra-extra perhatian. Tak boleh dah di biarkan sorang-sorang.

Banyak lagi perkembangan Aisya. Excited nak type sebenarnya tapi migrain ni still tak surut lagi maka me tangguhkan ke entry lain ye.


p/s : ingatkan sok dah masuk hari Jumaat. Huh~

Read More ->>

Tuesday, April 23, 2013

Fuh!!~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lamanya tak mentype apa-apa kat blog ni. Huhu. Keadaan sangat-sangat tidak mengizinkan.

Sebelum ni Aisya tak sihat ni giliran umi dia pulak tak sihat. Sakit kepala yang teramat dari hari Sabtu ri tu. Migrain kut. Atas sebab tertentu tak boleh makan ubat. Hurm..

Semalam g KKIA, bawa Aisya berklinik. Sib baik me amik cuti if tak memang x cukup masa arr nak klinik. Ramai sangat orang. Aisya pun nangis-nangis letih. Dalam 4 jam lebih jugak menunggu but bila sampai giliran tu jumpa nurse pun tak sampai 5 minit. Rasa cam tak berbaloi sangat masa menunggu tu.

Dah lah menahan sakit kepala yang macam nak pecah. Pastu bising dengan budak-budak gaduh. Dengan mak bapak yang duk jerit kat anak bagai. Rasa cam nak ikut jerit suh semua diam jep. Huhu

Ingat me nak daftar klinik sekali semalam but nurse kata sekarang ni if nak book klinik kena buat appointment dulu. Isk!! Masa daftar kat kaunter tu tak pula nurse tu btau cam tu. So, appoinment untuk me set next Tuesday.

Tak boleh cuti dah. Kena amik 2 hours leave la nampaknya. Fuh~~

p\s : masuk opis jep macam-macam jadi. Iskkk.


Read More ->>

Monday, April 15, 2013

Ceritera EL

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tak plan pun nak cuti hari ni but sebab tengok keadaan Aisya terpaksa jugak bercuti.

Aisya aktif but still tak sihat. Tadi dah p poliklinik and Dr kata Aisya demam and selesema. Huhu.

Dr bagi panadol and ubat selesema. Tengok perubahan dalam masa 2 hari. If still xda perubahan kena datang klinik semula and Dr akan bagi antibiotik.
Ada jugak tanya Dr kenapa air liur Aisya asyik meleleh. Pas tu xda mood nak makan and menyusu. Dr kata mungkin sebab nak tumbuh gigi. Me pun rasa cam tu jugak sebab gusi Aisya belah atas dah bengkak and nampak putih. Sebelah menyebelah gigi depan tu. Gigi taring ea?

And time tido bila terjaga kejap pun mesti Aisya nangis. Huhu. Kesian me tengok. Xpe me tak cukup tido asal Aisya dapat lelap dengan lena.  Dah dua malam macam tu. Mata pun bengkak sebab tak cukup tido. Huhu.

Esok tak dapat cuti dah coz minggu depan kena amik cuti lagi. Nak berklinik pulakk. Huhu.

Wish anak umi cepat sembuh ye sayang. Tak sanggup umi tengok Aisya tak sihat macam ni.



p/s : 1st time p klinik Dr bagi ubat panadol ikut berat anak. Sebelum ni bagi macam tu jep. So akan stick ngan klinik ni. Dr pun ok.

Read More ->>

Saturday, April 13, 2013

UpinIpin VS Boboiboy

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari Sabtu yang sunyi. Huhu. Hari ni duk umah jep coz badan Aisya cam panas sikit.

Aisya pun asyik merengek. Nak umi dekat ngan dia. If umi p mana-mana mesti dia jerit kuat-kuat. Tak layan jap lagi mesti dia nangis.

Kena pasang katun kat tab baru dia diam. Memula pasang Boboiboy kat dia but cam tak minat jep. Merengek tak henti jugak. Bila pasang UpinIpin lak diam jep dia. Pastu boleh gelak sorang-sorang. Hehe.

Nyata UpinIpin lebih menarik perhatian Aisya. Katun Boboiboy tu tak best kut.

Me pulak ingat semua katun ni sama jep bagi babies. Rupanya diorang pun dah pandai memilih. Hehe.

Read More ->>

Friday, April 12, 2013

Maafkan!~

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Sumber : Facebook


Maafkan me andainya pernah menyakiti hati kalian. Sesungguhnya me hanyalah insan yang banyak kekurangannya.
Read More ->>

Hutang Tetap Hutang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Facebook

Kenapa ada yang tak faham? Atau buat-buat tak faham?

#UndiAdalahRahsia
Read More ->>

Thursday, April 11, 2013

How I Wish So,,....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

 
Read More ->>

Yes!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam en.abg ada call and inform me satu berita yang amat-amat ditunggu selama ni. Tak pasti lagi tarikhnya but hope akan terlaksana dalam masa terdekat ni.

Even my family ada kat sini,, kawan-kawan pun banyak kat sini but hati me tiada di sini. Amboiii. Hehehe.
 
Banyak benda yang membuatkan me nak cepat-cepat blah dari sini. Berat hati sebenarnya tapi sakit hati pun banyak juga. Selama ni cuba pendam but kadang-kadang ternangis jugak. Bukan apa, tak sangka sebenarnya. Apapun,, kejadiannya biarlah rahsia. Hanya kawan-kawan rapat jep yang tau.

Hurmmm..



Read More ->>

Tuesday, April 9, 2013

Ajar Anak Berjalan Menggunakan Walker?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jarang sangat blog berupdate skang ni. Ni pun amik masa jap je. Tak boleh lama. :)

Nak cerita sikit pasal Aisya belajar guna walker ni. Sebenarnya me start bagi Aisya naik walker masa umur dia 8m. Lewat kan? Ikutkan hati memang nak bagi dia naik awal bak kata orang lagi awal bagi dia naik walker lagi awal dia start jalan. Ada yang dah bagi anak naik walker seawal 4m. Pastu kuar la ayat, "letaklah bantal kat blakang and depan untuk sokong badan dia.."

But for me, selagi me tak yakin yang tulang belakang Aisya kuat nak support dia duk dalam walker tu selagi tu me tak bagi dia naik. Dah tau tulang anak still x kuat nak buat apa letak dalam tu kan. Pastu nak letak bantal or tuala bagai. Isk. Better tunggu sampai dia boleh sokong badan dia sendiri kan.

"Sebab tu la anak ko lambat nak jalan.." 

Ok. Ayat tu memang buat me sentap. Biarlah anak tu belajar nak berjalan sendiri. Nak paksa-paksa buat apa. Memanglah korang seronok tengok anak terlari-lari main kat walker tu but if jadi something ngan tulang dia korang still boleh rasa seronok lagi tak? 

Memanglah orang kata benda if dah nak jadi, jadi jugak but berjaga-jaga tu tak salahkan. Demi kebaikan anak kut. Bukan suka-suka.

Sebab tu bila bagi Aisya walker tu dia akan buat cam ni and cam ni...

Tak kisahlah apa orang nak cakap. 
 
 
 
Read More ->>

Sunday, April 7, 2013

Another Way To Use a Walker

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Aisya guna walker memang cam ni.. hehe

Read More ->>

Friday, April 5, 2013

Adoi La SESB

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tengah syok masak tetiba la pulak letrik xda. Sib bek dah habis masak.

Yang tak bestnya bila Aisya dah start merengek. Panas kut. Berpeluh-peluh. Kesian anak umi.

Xpa sayang. Umi kipas manual ea.

Wish x lama la bergelap ni.

Dah la panas berbahang je sejak akhir-akhir ni. Huhu.

Read More ->>

No Title :p

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tak sangka Jumaat sudah hari ni. Agak busy dengan di ofis in a past few days. Sekurang-kurangnya ada kerja yang perlu di buat. Taklah rasa cam 'gantung' je dalam 8 jam tu kan. Heww~

Starting from this week me akan balik lewat sejam dari biasa. Kecuali bila syif malam. Sebab adik me dah start kelas last week so balik sekali dengan dia.
Yang sejam tu me habiskan kat taska. Main ngan Aisya and budak-budak kat taska tu. Ada antara mereka dah start rapat ngan me. Lagi best bila bebudak tu panggil me kakak. Kehkehkeh. Kakak la sangat kan. :p

Pengasuh-pengasuh pun very friendly. And me sangat selesa tengok how diorang layan bebudak yang ada kat sana. Even kadang-kadang ada jugak budak yg nakal sangat. Huhu.



p/s : next week kena keja syif malam seminggu. Fuhhh~

Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in