Friday, June 28, 2013

Air Gula Perisa Anggur Yang Sedap

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni appointment klinik untuk minum air gula. Dari semalam me membayangkan betapa sedapnya air gula klinik swasta. Terpengaruh dengan review dari mommies yang amik ujian gula ni kat swasta lerrr. Hehe.
Seawal jam 8am dah terpacak depan Klinik Soraya. Klinik tu panel UiTM. Pas ni checkup memang akan buat kat sini jep la. 


Staf dia memang menepati masa kut. Yang best, diorang tak buang banyak masa biar patient tunggu. On lampu terus buka kaunter. Good! Teruskan. Pas dah settle layan and bagi nombor kat patient semua tu baru diorang on tv and econ. Ok la. Lagipun datang kat klinik tu bukannya nak tengok tv pun kan.


Ni if kat KKIA, mau berpeluh ketiak tunggu pun still x bukak kaunter lagi. Opsss! Sorry to say. Pengalaman me 2 tahun kat KKIA. Apapun, KKIA tu tetap gak diperlukan.

Ok! Sambung cerita air gula ni. Bila turn me dipanggil, ingatkan diorang akan amik darah banyak sampai 1 tiub rupanya amik darah yang kat jari tu jep. Masa peknenkan Aisya ari tu kemain banyak darah diamik.
Sambil tu jeling tepi tengok ada beberapa mug air kaler purple. Air gula perisa blackcurrent. Weeee~ nampak cam sedap jep. Dalam hati excited kut. Mesti jap jep boleh habiskan.

Seteguk dua masuk mulut, wow! Sedapnyaaaaa. Masuk teguk ketiga, rasa cam nak muntah Uuu. Huhuhu. Sedap lagi minum air ni kat KKIA. Mungkin sebab bau manis tu kuat sangat kut tu yang jadi mual tu. Air gula KKIA xde bau pomm. Huhuhu.

15 minit jugak nak habiskan semug tu. Huhuhu. En.abg siap bagi semangat tuu nak suh habiskan. Hahahaha. Ikutkan hati memang nak minta jasa baik en.abg tolong habiskan tapi mana boleh lak cam tu kan. Tak baik laaaa. 

Nasib la dapat habiskan tanpa muntah. Hampir muntah ada. Huhuhu.

Pas 2 jam datang balik amik darah. Alhamdulillah takde masalah.

Ada yang kata, if kat Klinik Soraya tu masa 9month nanti kena amik ujian gula tu lagi. Huwaaaaaa. Asal lak kena banyak2 kali?? Sekali jep dah laaa. Last year minum sekali jep pom. Huhuhu. If taknak minum aci tak? Ngeeee~ 
Read More ->>

Wednesday, June 26, 2013

Uncomfortable

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni rasa sangat-sangat tak selesa. Sebelum ni sangat tak selesa jep. Ada beza tu sangat dengan sangat-sangat. Huhuhu. Banyak bezanya.

Apa sebab ketidakselesaan tu tak boleh me nak state kan kat sini. Tak pasal jugak ada yang ngamuk kang. Diorang tak baca kut blog takde masa depan ni but mana la tau TERbaca kan. Mau tak ribut nanti.

Tabahlah wahai hati. Abaikan jep semua tu selagi boleh. InsyaALLAH diorang tau la bila nak benti. Penat kang stop la tu.

Read More ->>

Tuesday, June 25, 2013

Hujan Rahmat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Setelah beberapa hari di landa jerebu akhirnya hujan yang ditunggu turun jugak. Terima kasih ya ALLAH kerana mendengar doa hamba-hamba-MU.

Tadi ada bunyi guruh. Ingatkan salah dengar. Bila keluar dari opis dan pandang ke cermin baru tau yang hari hujan. Syukur sangat. Sekurang-kurangnya bolehlah hujan ni jadi pengubat kepada jerebu yang makin teruk.

Read More ->>

Monday, June 24, 2013

Selamat Ulangtahun Yang Pertama Sayang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Tahun lepas pada tarikh ini, 24/6/2012 tepat jam 3.14pm, me telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.45kg.

Alhamdulillah. Pada hari ni genap setahun umur Nur Aisya Syuhadaa binti Abdul Karim. Syukur ke pada-MU ya ALLAH kerana memberikan kesihatan yang baik kepada anakku. 

Menjelang setahun ni, banyak perkembangan tumbesaran Aisya yang me saksikan sendiri. Meniarap, merangkak, berjalan dan kini mula berlari. Ibu mana tak gembira kan. Cuma yang me agak terkilan sikit bila Aisya tak dapat kasih sayang secukupnya dari ayahnya. 

But sekarang ni me tak perlu risau lagi coz dah pindah dekat ngan en.abg. :)

Semoga Aisya jadi anak yang solehah dan mendengar kata ayah dan umi. Ya ALLAH, permudahkan anakku menerima ilmu yang bakal dipelajarinya kelak. Amin.


Skang ni asyik pic ayah ngan Aisya jep tau... Hehehe.. Ni pic semalam..

Read More ->>

Friday, June 21, 2013

CPUV Campaigns

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Tadi tetiba teringat yang me dah lama tak buka page nuffnang. Sajalah kan nak tengok jumlah pendapatan dalam tu. Even tak pernah pun cashout lagi. Huhuhu.


Ada 4 iklan yang datang bertandang. Alhamdulillah. Even amount just sen jep tapi bila dikumpul jadi banyak tu. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kata orang. :)

Kenapa gelapkan start date tu? Hehehe. Saja je. :p


p/s : Ntah kenapa tetiba rasa cam nak nangis jep pas en.abg call tadi. Emo lebih.
Read More ->>

Huwarghhh.. Jumaat Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sungguh tak berkesempatan nak update sejak akhir-akhir ni. Still dalam proses membiasakan diri dengan suasana baru.

Skop kerja me kat sini sangat-sangat jauh bezanya dengan skop kerja di tempat lama. Kat Sabah me bergelumang dengan buku, dengan jurnal, dengan suratkhabar but kat sini me akan mula 'bersosial'. Bukanlah sosial yang tak bagus tu tapi me kena lebih agresif dalam pergaulan. Sebab me akan bergaul and berjumpa dengan ramai orang pas ni.

Sebenarnya me still tak berapa nak yakin lagi dengan kerja me yang ni sebabnya sebelum ni me jarang bergaul dengan orang-orang luar selain dari staf library. Huhu. Me boleh katakan yang tahap komunikasi me ni bukanlah tahap terbaik.

Tapi.... ada tapinya juga ni. Hehe. InsyaALLAH me akan cuba buat yang terbaik. Me akan perbaiki tahap komunikasi me dari masa ke semasa. Me berjanji pada diri yang me akan buktikan pada 'mereka, mereka dan mereka' tu bahawa me pun boleh buat kerja.

Saat-saat me di tempat lama sebelum berpindah tu bukanlah satu saat di mana me berada dalam keadaan yang gembira sebenarnya. Banyak cerita di sebalik tapi nantilah me kisahkan di sini.

Apapun, mungkin ada hikmah di sebalik semua tu. Me redha dengan ujian tu.

p/s : rindunya dengan suasana di Sabah. Huhu

Read More ->>

Monday, June 17, 2013

Hari Pertama Di Tempat Baru

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Dah lapor diri pagi tadi. Penempatan PTAR1 UiTM Shah Alam. Alhamdulillah. Semuanya ok2 saja. Cuma pagi tadi rasa macam baru mula-mula masuk keja. Banyak sangat rerama di perut. Hehehe.

Kawan sekerja? Tak jumpa lagi. Baru jumpa beberapa orang. Ok ke tak? Hope ok. :)

Bos? Pun dah jumpa. First impression, sempoi and bersemangat. Tak tau nak cakap lebih-lebih but so far memang OK sangat. :)

Suasana? Sangat berbeza dengan tempat keja lama. Maklumlah, sebelum ni keja kat branch and sekarang ni dah masuk induk. Haruslah berbeza. Ye tak?

Still rindu dengan kawan-kawan lama. Rindu dengan suasana yang riuh dengan gelak ketawa diorang. Huhu. Wish to meet them again very soon. InsyaALLAH.

p/s : yang best sangat sebab dah boleh duk dekat ngan en.abg. Aisya pun happy sangat. Tiap-tiap pagi mesti cari ayah dia dulu.  Heeeee~

Read More ->>

Monday, June 10, 2013

Yeay!! Jalan Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari Ahad penuh makna. Hari ni Aisya dah start jalan. Sekali dapat kaki terus laju jep.

Semalam still nak dipegang. Boleh lak nangis-nangis bila me pura-pura tak pedulikan dia bila dia tarik tangan me ajak jalan. Mungkin kuat tekad dia nak jalan sebab tengok Rayyan n Iman main kejar-kejar. Syukur alhamdulillah.

Dah dapat kaki ni lagi la xmo duk diam dia ni. Asyik nak berjalan jep. Apapun, me suka sangat bila tengok Aisya excited sangat. Me pun tumpang excited.

Mesti Aisya nak tunjuk kat ayah hari rabu nanti kan. Pandai anak umi.

Atuk n nenek pun suka tengok Aisya jalan terkedek-kedek. Actually diorang pun terkejut jgak tadi. Hehehe.

Sekarang ni dia tengah tido. Penat sangat jalan tak henti tdi kut. Jatuh berdiri. Jatuh berdiri. :)

p/s : video Aisya tu me upload kat facebook jep ea.

p/s/s : sebenarnya ni entry semalam tpi bila post semalam asyik failed. Sebab tu post ari ni then malas nak edit dah...hehehe

Read More ->>

Thursday, June 6, 2013

Kebersihan dan Keselesaan Tandas di KKIA

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni kena berklinik. Sepatutnya hujung bulan lepas but atas sebab tertentu me xdapat nak pegi.

Masa tiba di KKIA alhamdulillah keadaan d makmal lengang. Tak sampai 10 minit sampai giliran me untuk amik darah and buat urine test. Ok. Bagi yang xtau, ni memang prosedur yang harus dilakukan everytime pregnancy checkup d KKIA.

Masa amik darah tu ok but masa nak amik sample urine tu keadaan di tandas sangat-sangat la tidak selesa dan memualkan. Dengan kunci yang tak sempurna. Flush rosak. Mangkuk tandas kotor. Sisa kumbahan pun bertakung. Erk!

Xtau dah berapa lama tandas tu 'tidak dipedulikan'. Tapi memang takde pilihan lain sebab hanya itu tandas yang ada. Nak masuk pun ragu-ragu sebenarnya. Rasa cam nak nangis pun ada. Huhuhu

Bagi sesebuah klinik rasanya kebersihan tandas haruslah lebih dititik beratkan. Bukan hanya tandas staf tapi tandas pengguna juga wajib bersih. Kata pun klinik kesihatan kan.

Me taklah maksudkan semua KKIA macam tu. Ada jugak yang bersih. Wangi lagi.

Tapi selama hampir 2 tahun me menggunakan khidmat KKIA yang satu ni, keadaannya tandasnya tak pernah berubah. Huhuhu. Sekurang-kurangnya pihak klinik cari la inisiatif untuk memperbaiki tandas yang sedia ada ni.

Pic yang me amik ni nampak macam takde masalah tapi bila datang dekat, huk!! Busuknya. Tersumbat dengan ........! Faham-faham je la kan. Huhu

Even ni kali terakhir me datang sini Wish sangat yang akan ada perubahan untuk KKIA ni di masa akan datang. Yelah. Next week kan dah kena fly ke semenanjung. Heeeee~






p/s : belum start pack in barang lagi. Tak tau nak start dari mana. Homaiiii!
Read More ->>

Wednesday, June 5, 2013

Finally and Officially

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lama menunggu. Akhirnya....

Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH.

Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in