Tuesday, July 30, 2013

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan, kamu hendaklah berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.”
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring mengiring sebelah kanan.
Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti tidur meniarap. Ada fakta mengatakan yang seseorang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. 

Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Pengkaji dari Australia menyatakan yang berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah Times melaporkan kajian di Britain menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur telentang pula akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan regangan rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang mana ia lebih besar daripada paru-paru kiri. Ini memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan di antara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri mengikut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara lima hingga lapan jam bagi proses yang sama.

Bagaimanapun tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada sebelah kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. 

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Ada pula fakta lain berkaitan tidur mengikut gaya dan maknanya. Umpamanya anak muda atau individu yang tidur gaya bayi. Majoriti wanita tidur dengan gaya ini dan mereka dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensitif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan, bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa sama suka bersikap sinis, jenis syak wasangka dan degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan dibuat.

Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri dan orang lain. 

Golongan ini berpotensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

Golongan yang gemar tidur meniarap dengan tangan di bawah bantal atau tangan diselubungi bantal dan kepala mengiring ke kiri atau kanan, dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar dan agak tergopoh-gapah dalam tugasan harian mereka.

Gaya tapak Sulaiman adalah gaya tidurnya telentang sambil tangan atau lengan diletakkan di atas kepala dan dahi dikenali sebagai orang yang prihatin dan suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu dan tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur dan tidur yang tidak lena setiap malam. - Harian Metro
---------------------------------------------------------------------------------

Memang ada macam-macam gaya tidurkan. Me? Hehehehe. Biarlah en.abg jep yang tau macamana cara me tido. Tak lasak pun. Sopan jep. Miahahaha...

Read More ->>

Si Mental Yang Desperate

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pernah tak korang jumpa someone yang desperate sangat nak kenakan korang? Sampai sanggup nak stalk every word yang korang type kat facebook?

Every status yang korang post kat facebook pun diorang nak print. Every status yang dikomen siap diorang hafal? Psiko tak orang macam tu. Hehehe.

Bukan setakat facebook kut. Ni if diorang boleh hack facebook orang memang dah lama diorang buat. Eh, dah buat kut kan? Hehe.

Desperate sangat nak buktikan yang diri tu 'suci' dan 'bersih'. Asyik nak cari salah orang lain. Tak mampu nak terima diri tu memang tak sempurna pun. 'Luaran' dan 'dalaman'.

'Sy tak pernah mengumpat atau mengata ko'. Wow! I'm impressed actually dengan orang yang mengeluarkan kata-kata tu. Beraninya. Sedangkan suatu ketika dulu, dia antara orang-orang yang pernah menimbulkan fitnah dan meracuni fikiran orang lain. Hurm....  'sucinya' orang tu kan.

Masa tu, kenapa me tak mengamuk macam orang bodoh? Sebab me tau me taklah bodoh nak mengamuk ngan benda-benda macam tu. Benda boleh settle dalaman. Dah besarkan. Dah ada fikiran sendiri pun. If benda cam tu tak mampu nak settle diam-diam, memang budak tak cukup umur la tu. Sikit-sikit nak mengadu.

'Tolonglah sya. Sy teraniaya.' Amboi! Manja sungguh. Mengadu sesama manusia dengan harapan orang lain akan jatuh tapi tak pula ingat nak mengadu dengan ALLAH. Isk..isk..isk.. macam ni lah manusia zaman sekarang kan.

Mungkin orang-orang macam tu hanya mengeluarkan kata-kata yang baik-baik saja. Benda buruk semua diorang tak main. Umpat mengumpat ni tak main lah. Sebab tu bila diumpat sikit terus meroyan macam apa entah. Tahap ustaz ustazah punya baik ni. Good! Good! :)

'Ko ni nama jak bertudung tapi ....' 'nama ko bukan main lagi tapi....' hurm...jenis manusia yang mengeluarkan kata-kata macam ni ialah...?? Korang ni. Takkan xtau. Jenis manusia baik-baiklah. Manusia jahat ni yang tau mengumpat jep. Kan..kan..

Nantilah sambung lagi... nak buat keja kejap....




p/s : teringat cerita someone pasal DARA, ABORTION dan JANIN.

Read More ->>

Brunei Larang Saji Makanan Siang Hari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bandar Seri Begawan: Kerajaan mengumumkan pengharaman sepenuhnya perkhidmatan menyaji makanan di restoran pada siang hari sepanjang baki bulan puasa ini, termasuk untuk orang bukan Islam.
Akhbar Brunei Times melaporkan, restoran boleh dibuka tetapi hanya dibenar menjual makanan untuk dibungkus.
“Penduduk bukan Islam tidak lagi dibenar makan di kedai atau restoran pada siang hari sepanjang Ramadan ini,” lapor akhbar berkenaan. 

Akhbar itu berkata, arahan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pada 20 Julai lalu.

Kelewatan mengumumkan keputusan itu tidak dijelaskan.

Menurutnya, penganut agama lain perlu menghormati orang Islam yang berpuasa. 
Sebelum ini, penduduk Islam yang ditangkap tidak berpuasa dikenakan denda. - Agensi
-----------------------------------------------------------------

Agak-agak if kat Malaysia keluarkan keputusan macam ni, ada yang mengamuk tak? Huhuhu. 

Kat Malaysia ni ada restoran milik Muslim pun buka seawal 10.00am. Dah siap masak pulak tu. If kata nak suh bungkus untuk berbuka memang macam tak logik lah pulak kan? 10.00 pagi tu. Ada jugak yang masuk beli tu. 

If restoran selain restoran milik Muslim tu tak hairan lah kan. 


Read More ->>

Pengasas AmBank Mati Ditembak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kuala Lumpur Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran mati, manakala isterinya cedera ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini semalam. 


Sebelum kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, mengunjungi tokong berkenaan, dipercayai untuk berbincang dengan seorang rakan niaga bergelar Datuk mengenai pembelian saham. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata sebaik selesai perbincangan kira-kira 20 minit itu, pasangan berkenaan keluar meninggalkan tokong berkenaan. 

Penjenayah tunggu luar tokong Ketika berjalan ke keretanya, mangsa ditembak seorang lelaki yang dipercayai bersedia menunggunya di luar tokong. 
“Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan,” katanya semalam. - Berita Harian

-----------------------------------------------------------------------------------

Menakutkan. Sekarang ni semua orang main tembak-tembak jep kan. Huhuhu. Kat berita pun 2, 3 hari ni cerita pasal orang kena tembak. Isk..isk..

Mintalah dijauhkan dari semua tu. Memanglah kita ni orang biasa-biasa dan tak berharta tapi manalah tau ada yang gila dan suka-suka hati nak lepaskan tembakan rambang. Nauzubillah. 

Apapun, kita tetap kena berhati-hati sentiasa. Jangan cari musuh. Nyawa kita ni takde dijual kat pasar malam. 
Read More ->>

Monday, July 29, 2013

On Going Nuffnang \(^^)/

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Antara iklan Nuffnang yang sdang berjalan di blog sekarang ni. Alhamdulillah. Biarpun pendapatannya tak lah sebanyak orang lain but syukur sebab ada jugak iklan yang singgah. Tak pernah lagi cashout Nuffnang sebelum ni. Huhuhu. 

Anyway, TQ NUFFNANG. :)
Read More ->>

'Kemalangan Kecil'

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Tahun ni berpeluang masak sahur untuk en.abg even just telur dadar sekalipun. En.abg ni time sahur tak memilih sangat. Cukup dengan telur masak kicap and nasi kosong. Ok lah tu. Sebab kadang-kadang me ni pun boleh terlajak bangun pagi. So, yang simple-simple jep lah mampu. Hehe.

If sempat kadang-kadang tu goreng ayam or ikan. Sayur? En.abg jenis tak makan sayur. Me pun sejak pindah ke sini, terikut-ikut jugak dengan cara pemakanan en.abg. Hukhukhuk. Jangan pas ni langsung tak terima sayur lagi dah lah.

Jumaat ari tu kan cuti. 4.45am baru terjaga. Sib baik ikan dah kuarkan siap-siap masa bangun buat susu Aisya. So, kelam kelibut lah nak menggoreng bagai. Tengah syok menggoreng tu boleh pulak minyak tu meletup. Habis tangan kena minyak panas. Pedih wooo~

Ingat nak mengadu kat en.abg. Manja sangatkan sejak-sejak duk dekat ni. Tapi bila fikirkan semula, buat apa nak ngadu. Buat malu jep nanti. Tak pasal jadi bahan gelak. Baru duk sekejap kat dapur dah sakit bagai. Huhuhuhu. Tahan jep la.

Semalam pun masa tengah iron baju kerja en.abg, tangan me melecur lagi. Huhuhuhu. Kali ni memang depan mata en.abg me cuai. Masa nak amik iron tu tak tau apa yang me fikirkan. Terpegang bahagian panas tu. Tak pasal kena lecture tau.

En.abg suh letak colgate but me takmo coz if letak colgate takut menggelembung pulak. Pas tu en.abg suh letak dalam ais. Oklah. Sib baik tak sakit sangat pas tu. Mula-mula jep rasa cam nak nangis. Pedih kut. Huhuhu. Pagi ni tengok dah ok. Takde menggelembung langsung. J

Apapun kejadian-kejadian macam tu buatkan kita lebih berhati-hati dalam berbakti pada suami. Bukannya tak ikhlas or merungut tau time kejadian tu but me mengaku yang me cuai. Huhuhu.
Read More ->>

Rasa Macam Nak .... Grrrr!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rasa bengang sangat kut sekarang ni. Semuanya gara-gara CELCOM! Sejak minggu lepas CELCOM memang sengaja nak cari pasal ngan me.

Selama beberapa tahun me menggunakan khidmat CELCOM mobile internet tapi tak pernah pulak bermasalah sampai seminggu. Dari last week me try untuk subscribe mobile internet dari CELCOM ni but until today, hampeh! Still error. Tak habis-habis.




Tengok ni. Ni lah error yang me dapat sejak minggu lepas. CELCOM mobile internet ni memang ada masalah ke? Me ni dah malas nak call operator CELCOM sebab alih-alih nanti handphone kita yang jadi salah. Hurm,,..

Korang pun ada masalah macam ni jugak ke? 
Read More ->>

Sunday, July 28, 2013

Bila Shopping Baju Raya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Huwaaaa... Lama rasa tak update blogkan. hehe. Lamalah sangat. Ada problem dengan celcom sekarang ni. Entah siapa merajuk dengan sape ntah. Tak pe lah. Yang tu sok2 me cerita. Itupun kalau ingat. Kehkeh

Semalamkan. En.abg ajak pegi shopping baju raya. Almaklumlah cuti weekend. Lagipun next week dah nak raua kan. Homaiiiiii. Tak terasa Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. Cepat sungguh masa berlalu.

Huk!Semalam shopping kat Kenanga Wholesale. Gila ramai orang. Sesak gilerr kut. Ikut hari memang tak sanggup. Parking pun sampai level 13 bru dapat parking. Mana lagi yang menunggu lif. Macam semutts. 

Aisya dah lah tak sihat sangat. Nampak sangat Aisya pun blur tengok ramai sangat orang. 

Mula-mula masuk  mall tu tak lah nampak sangat orang ramai tpi bila dah sampai tengah rasa cam tak sanggup nak harung lagi dah. Sesak!!!

Mula-mula ingat nak beli baju fesyen-fesyen tu lah kononnya tapi bila dah sesak sangat memang hilanglah mood nak shopping tu. Memang agak rambang mata jugakk tapi kan tengah sarat. Finally terbeli jubah. 2 helai. 1st time beli jubah seumur hidup ni. Huhu. 

Beli baju Aisya 3 helai. Yang tak jumpa baju melayu en.abg. Huhu. Sedih kut. Sepanjang jalan tu asyik terfikir baju melayu en.abg jep. Petamg ni insyaALLAH keluar lagi kejap. 

Semalam tu ingat pas dari Kenanga kitorang nak ke kompleks s.alam but ada kawan en.abg minta tolong pindah barang masuk umah sewa lain. Tu yang terpaksa tunda ke hari ni.

p/s : jangàn tanya kenanga tu kat mana sebab me tau nak sebut nama tempat tu jep.

p/s/s : abaikan sebarang typo sebab me tak pandai nak guna hp mahal ni. hukhukhuk.

Read More ->>

Thursday, July 25, 2013

Dukung Anak Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi me yang mengandung lagi ketika anak pertama baru mencecah setahun memang agak letih sikit. Lebih-lebih lagi bila kandungan dah mencecah trimester ketiga ni. Dukung kejap jep dah letih. Kadang me lebih selesa teman Aisya duduk main. 

Tapi yelah. Aisya kecik lagi. Manalah dia tahu umi dia ni larat ke tidak kan. Kadang-kadang bila balik dari kerja pun asyik nak berdukung jep. Huhuhu. Bila letak bawah merengek nak dukung jugak. Me ni jenis tak boleh tengok anak merengek cam tu. Kesian tau.

Tadi terbaca ni kat web PAMA. So, nak sharelah dengan mommies yang mempunyai masalah yang sama dengan me. :)

Jangan risau, mendukung anak ketika anda sedang hamil tidak meletakkan kandungan pada tahap berisiko. Bagaimanapun, ia bergantung kepada berapa berat anak yang didukung dan berapa usia kehamilan anda.

Namun, jika anda mempunyai risiko kehamilan, doktor mungkin menasihatkan anda agar tidak mengangkat sebarang objek berat.

Pakar secara amnya mencadangkan ibu hamil tidak mengangkat objek berat lebih daripada 10 kg ke atas. Mengangkat objek berat boleh mencederakan bahagian belakang anda. Ketika hamil, saiz rahim mengembang dan mengendurkan otot perut, dan tidak dapat menampung otot belakang ibu dengan baik.

Tanpa sokongan otot perut, anda berkemungkinan tergeliat bahagian belakang setiap kali mengangkat sesuatu objek berat.

Jika terpaksa juga mengangkat anak anda yang besar kerana tiada yang membantu, gunalah panduan berikut:

*Jika anak tidur di dalam kereta dan anda perlu mengangkatnya, bengkokkan lutut ketika mengangkatnya, berbanding anda membengkokkan pinggang. Luruskan belakang anda apabila mengangkat.

*Sekiranya terasa sakit ketika mengangkat anak, turunkan dia. Beritahu anak yang anda penat dan tidak boleh mendukungnya. Duduk di atas permukaan keras dengan bahagian belakang badan diluruskan dapat membantu anda kembali selesa.

*Jika ada yang membantu di dalam rumah, anda boleh memintanya mengangkat anak dan meletakkan di tangan apabila anak mahu didukung. Cara ini mengelakkan daripada anda mengangkatnya dari bawah, yang memberi lebih banyak tekanan pada bahagian belakang badan.

*Disiplinkan anak untuk biasa dengan duduk di dalam kereta sorongnya ketika keluar berjalan atau jika sudah boleh berjalan biar dia berjalan sendiri.

*Jangan mendukung anak di tepi pinggul, cara ini lebih membuatkan anda mudah tergeliat.

*Sebaiknya dukung anak menggunakan sling tetapi tidak sesuai untuk anak yang bersaiz besar dan berat.

sumber : PAMA

Ada banyak lagi info menarik dalam PAMA ni. Jom baca untuk menambahkan pengetahuan. :)
Read More ->>

Batuk and Selesema Menyerang~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah masuk hari ketiga dah me batuk and selesema. Gila sakit tekak bila batuk. Suara pun dah hampir-hampir tak nak keluar. Huhuhuhu. Tadi rasa cam nak pitam and muntah. Tak larat sangat. So call en.abg ajak pegi klinik. Kebetulan jugak nak check up pregnancy so buat sekali.

Doktor tegur why tak makan ubat. Hurm, macamana nak makan ubat if ubat pun memang tak de. Tak pegi klinik lagipun sebelum ni kan. So, doktor pun bekalkan macam-macam jenis ubat. Ubat demam, ubat selesema, ubat cairkan kahak and yang dua tu biasalah vitamin for preggy and pil calcium. Doktor suh habiskan but me ni bukannya jenis yang rajin nak makan ubat. Kecuali vitamin and calcium and antibiotik.

Doktor nak bagi MC tadi but yakinlah cakap dengan doktor tak payah. Laratlah kononnya. Hah! Amik ko. Habis pening and sakit-sakit satu badan. Rasa cam nak baring pun ada ni. Masa rehat tadi sempat tido 20 minit je. Huhuhu. Sampai umah ni confirm terlentang. Terpaksalah en.abg masak untuk berbuka petang ni. Hukhukhuk.

Tapikan, rezeki Ramadhan ni banyak yang edarkan bubur lambuk. Hari ni jep me dapat 4 bekas dari PTAR. En.abg tak tau dapat berapa bekas pulak. Alhamdulillah. But me tak makan sangat kut sebab en.abg cakap ada udang kering. Me ni kan alergik dengan segala jenis makanan laut. Huhuhu. So, petang ni tak perlu nak masak sangatlah.






p/s : tadi masa scan tu kan,, doktor ada cakap something pasal gelembung-gelumbung yang banyak. Pastu sebut placenta c bagai. Me ada jugak tanya but doktor kata takde apa-apa and jangan lasak sangat. Bila ada darah kena p hospital cepat-cepat. Apakah? Risaunya...
Read More ->>

Think Blue. World Championship 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah few weeks iklan ni bertapak kat blog me. Mula-mula me memang tak ambik kisah pun but tadi baca-baca macam best lah pulak. Tapikannnn,, me tak tau sangatlah pasal minyak-minyak keta ni. Huhuhu. Tau nak guna jep. But siapa-siapa yang tau or berminat,, boleh lah join. Dari Volkswagen tuuu. :)

Pertandingan ni biasalah nak lumba dari satu lokasi ke lokasi yang lain tapiiiiii,, hehehe, ada tapi tuu.. Bukan nak tengok siapa paling cepat or paling laju tapi siapa yang sampai ke lokasi terakhir menggunakan minyak paling sedikit. Faham tak? Faham tak? Haaaaa... Faham kan? Susah tak? For me agaknya susahlah kut but for others yang bijak kat luar tu mesti tak susah punya kann. :)


Think Blue.
World Championship 2013

Created by Volkswagen, the Think Blue. World Championship is a unique competition held annually to promote fuel-efficient driving and sustainability. The main challenge: getting qualified competitors from around the world to race from one location to another, not in the fastest time, but using the least amount of fuel possible.
Think Blue. World Championship 2011
Launched back in 2011, a 4,000 strong crowd of fuel-efficient drivers participated in their respective countries national championships to qualify for the grand final in Germany.
The huge challenge they faced: Driving from Berlin to Franfurt in a Golf BlueMotion, using as little fuel as possible on their 632-km journey.
Gilbert Plank’s Austrian team were crowned World Champions, with fuel consumption totalling out at 3.75 litres on average.
Think Blue. World Championship 2012
Beginning in San Francisco, the two-day race was a 402-mile journey to Los Angeles using the least amount of fuel. Participants were given identical 2013 Jetta Hybrids. Aside from the race, they were also tested on their knowledge on ecological sustainability.
The overall winner, Frank Zauft from Germany, took the championship in fine style achieving a range of 49.9 mpg with the Jetta Hybrid.

Terms & Conditions:
Name of Contest: Think Blue. National Challenge 2013 ("the Contest")

Participant's Eligibility
  1. The Contest is governed by the following terms and conditions, and participants agree that they have read and understood these terms and conditions, and shall be bound by them. Participation is voluntary.
  2. The organizer of the Contest is Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd with its registered office at Wisma Volkswagen No. 7, Lorong Maarof, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia (the “Organizer”).
  3. The Contest is opened to all residents of Malaysia, aged 18 and above as of 1st July 1995, with a valid driving license except the employees and immediate family members of Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd, its promotion agencies, advertising agencies, PR agencies and its associated companies. Immediate family shall comprise children, siblings, parents and spouse.
Contest Period
  1. The Contest period as follows:
    1. Qualifying period of Think Blue. National Challenge 2013 begins from 1st July 2013 to 21st July 2013.
    2. The Think Blue. National Challenge 2013 will take place on 17th August 2013 to 18th August 2013.
    3. The Think Blue. World Championship 2013 will begin on 6th September 2013 until 10th September 2013 in Germany.
    4. Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd reserves the right to amend the Contest Period at any time. All entries received outside the specified Contest Period will be disqualified.
How To Qualify
  1. There are two ways to qualify for the Think Blue. National Challenge 2013:
    1. Via online:
      1. Participants can take part via the mobile app (app download is mandatory) or through Volkswagen Malaysia Facebook app
      2. 5 winners will be shortlisted
    2. Via offline / at the dealer outlet:
      1. Go to any Volkswagen dealer and fill in a registration form to submit.
      2. 1 winner from each dealer's outlet will be shortlisted via a lucky draw (24 winners in total)
  2. Participants are allowed to participate in as many entries as they want.
  3. All personal details submitted must be accurate and complete. Any inaccurate or incomplete information shall result disqualification from the Contest.
  4. Participants can only qualify once (via online or offline).
  5. Attendance is mandatory for participants who are qualified for the Think Blue. National Challenge 2013. Non-attendance will be disqualified.
  6. At the Think Blue. National Challenge 2013, one (1) winner will be selected to represent Malaysia in the Think Blue. World Championship 2013 in Germany.
Grand Prize
  1. An all-expense paid trip to Germany to represent Malaysia in the Think Blue. World Championship 2013.
Additional Rules
  1. The Organizer reserves the right to shorten, extend or cancel the Contest period anytime throughout the planned duration without prior notice.
  2. The Organizer shall not be responsible for undelivered or unreadable materials submitted or for any computer malfunction in connection with any download or submission.
  3. By participating in this Contest, participants agree to be bound by the Terms and Conditions and decisions of the Organizer.
  4. Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd reserves the right to disqualify participants who:
    1. Upload any software or Content that you do not own or have permission to freely distribute.
    2. Upload files that contain a virus or corrupted data.
    3. Use or distribute "auto" software programs, "macro" software programs or other "cheat utility" software program or applications.
    4. Attempt to perform any fraud, interfere with, hack into, or decipher any transmissions to or from the servers for this Contest.
    5. Is offensive to the online community, such as content that promotes racism, politically religious agendas, inflammatory religious content, violence, foul language, bigotry, hatred or physical harm of any kind against any group or individual.
    6. Involves the transmission of "junk mail", "chain letters," "spam," or any other unsolicited mass mailing, e-mailing, or other communication.
    7. Includes any information that [1] the participant knows is false or misleading, [2] promotes illegal activities or conduct that is abusive, or [3] is threatening, obscene, defamatory, or libelous.
    8. Displays obscene, pornographic or sexually explicit material of any kind.
    9. Provides instructional information about illegal activities such as making or buying illegal weapons, violating someone's privacy, or providing or creating computer viruses.
  5. Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd reserves the right to use, publish or display the names and photographs of the winners for advertising and publicity purposes in any mode of publication, distribution or display without any payment of royalty or compensation payable to the winners.
  6. All data submitted by the participants in this Contest will be not used without prior consent from the participants.
  7. Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd may at its sole discretion amend the Terms and Conditions set out herein without prior notice and the participants agree to be bound of the same.
  8. Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd, all its business partners and other parties involved in this Contest, including their directors, officers and/or agents shall not liable in any way for the following:
    1. any additional expenses incurred when taking part before and after this Contest;
    2. any sort of technical failure;
    3. intervention by unauthorized parties during the Contest;
    4. electronic or human errors in the administration of Contest and processing of entries.
  9. All participants are fully responsible for any injuries, damages or claims resulting from their participation in this Contest or from the redemption of prizes.
Facebook Participation
  1. Participants must be registered as a member of the www.facebook.com website ["Website"]. Registration is via the said Website. Please refer to the Website's privacy policy and the terms and conditions on the Website, which will bind the members and users of the Website.
  2. To participate in this Contest, members of the Website must first click the ‘Like' icon on Volkswagen Malaysia Facebook Page atwww.facebook.com/VolkswagenMalaysia [“Volkswagen Malaysia Facebook Page”] and add the Think Blue. National Challenge 2013 Facebook Application at http://facebook.com/VolkswagenMalaysia ["Facebook App"] to their members' profile. Then Participants must log on to the Facebook App.
  3. Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd reserves the right to modify, suspend or cancel this Application / Contest in the event that it becomes not capable of running as planned, technically interfered or corrupted, including but not limited to infection by computer virus, bugs, tampering, unauthorized intervention, fraud, technical failures, or any other causes beyond the control of Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd.
  4. Volkswagen Group Malaysia shall not be held liable or responsible for any delay and/or failure in the receipt of entry due to the inability of the respective Internet Service Provider [ISP] company and/or telecommunication network to provide timely and/or efficient internet and/or telecommunication services.
Mobile Participation
  1. Participants must first download the ‘Think Blue. National Challenge 2013' Application at iTunes App Store or Google Play.
  2. Participants must complete the digital registration form and agree to the contest Terms & Conditions within the ‘Think Blue. National Challenge 2013' App in order to participate in the contest.
  3. Your relationship with Apple and their terms & conditions can be found at http://www.apple.com/legal/itunes/ww/. You cannot invoke any terms and conditions you agreed with Apple in your legal relationship with Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd.
  4. Apple and Google are not sponsors or administrators, or in any way associated with the Application.
  5. The Application is not a sweepstake, lottery or game of chance of any kind.
  6. Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd reserves the right to modify, suspend or cancel this Application / Contest in the event that it becomes not capable of running as planned, technically interfered or corrupted, including but not limited to infection by computer virus, bugs, tampering, unauthorized intervention, fraud, technical failures, or any other causes beyond the control of Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd.
  7. Volkswagen Group Malaysia shall not be held liable or responsible for any delay and/or failure in the receipt of entry due to the inability of the respective Internet Service Provider [ISP] company and/or telecommunication network to provide timely and/or efficient internet and/or telecommunication services.
By participating in this Contest, each participant declares that they fully understand and unconditionally agrees to and accepts the Terms and Conditions. All decisions made by the judges and the Organizer are final and binding. No correspondence, review or appeal will be entertained.

Antara pic yang ada dalam galeri 2012 :

So,, siapa-siapa yang berminat tu,, bolehlah terjah Think Blue. National Challenge 2013.  
Read More ->>

Duit Raya Untuk Penjawat Awam Dan Pesara

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Semalam dah diumumkan bonus RM500 buat semua penjawat awam dan RM250 untuk pesara. Alhamdulillah. Sebelum ni selalu dapat setengah bulan gaji kan? But syukurlah seadanya. Rm500 tu pun dah kira banyak tu. Cukuplah buat shopping raya kami anak beranak. :)

Mana ada orang suka-suka nak bagi RM500 sekarang ni. Ni if ada jugak suara-suara yang tak puas hati tak tau lahh.

Bonus akan dibayar pada 31/7/2013. 


Read More ->>

Wednesday, July 24, 2013

Ratu Cantik : Padah Lawan Fatwa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : BHarian

4 wanita Islam berkeras mahu sertai ratu cantik akan didakwa, hadapi denda RM3,000 atau 2 tahun penjara

Kuala Lumpur: Wanita Islam yang mempersoalkan fatwa mengharamkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik selepas digugurkan daripada penyertaan merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 baru-baru ini, dijangka menghadapi tindakan kerana menghina Islam.

Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam. 

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina. 


Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan akhbar BH menyatakan kekecewaan peserta dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik. - Berita Harian

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaaaaa... kan tak pasal dah kena. Bila orang kata tak boleh tu, tak boleh lah. Tak payah nak bantah-bantah lagi. Fatwa dah kata macam tu ikut je. Senang cerita. 

Pas ni jangan buat cerita lain pulak dah lah. 
Read More ->>

Tuesday, July 23, 2013

Minyak Petrol RON 91 Bakal Gantikan Minyak RON 95

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Disaat para penjawat awam sedang menantikan pengumuman bonus raya, satu lagi kejutan bakal diberikan oleh Pak Najib.

Perbezaan Minyak Petrol RON 91 VS RON 95?
  1. RON 91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum
  2. Sekadar informasi untuk anda semua :
    RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
    Dan….berita baiknya berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima, minyak petrol RON 917 ini sesuai untuk :
    • Jenama kereta Malaysia
    • BWM, Mercedes juga dilaporkan turut sesuai menggunakan RON91 (bergantung kepada model)

    Perbandingan Harga Minyak Petrol RON91?

    Jika diperkenalkan minyak petrol RON 91 ini kelak, Malaysia bakal menyertai negara Thailand, Australia :
    • Thailand 43.75 baht/liter (RM4.50 seliter)
    • Australia A$1.454/liter (RM5.12 seliter)
    Minyak petrol RON 97 mengandungi hanya 3 peratus pentana dan selebihnya oktana. Manakala minyak petrol yang kami, anda dan kita semua gunakan sekarang iaitu RON 95, mengandungi oktana sekitar 95 peratus dan selebihnya pentana. Dan untuk minyak petrol RON 91 yang akan datang, pastinya kandungan oktana lebih rendah daripada biasa.RON 95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium

Mesti ramai yang bising pas ni. Huhuhu. 
Read More ->>

Ratu Cantik : Kedegilan Gadis Melayu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Bharian

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. - Berita Harian

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hurm...Macam-macamlah. Acane nak jadi ratu if degil cam ni. Tau lah cantik tapi tak payah lah dok nak tayang kecantikan tu. 
Read More ->>

Eksklusif: 4 Militan Disyaki Masuk Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : BHarian
Banduan disifatkan sangat bahaya lolos penjara Medan

Polis Malaysia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kebimbangan empat militan Indonesia yang disifatkan sangat berbahaya berjaya meloloskan diri dari Penjara Medan, minggu lalu. - Bharian

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Homaiiii!! Menakutkan.'Sangat berbahaya'. Apa agaknya jenayah yang diorang ni dah buat ea? huhuhu. Jika betul, mohon all Malaysian berhati-hati. 
Read More ->>

Monday, July 22, 2013

Oh! Jerebu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Berita Harian

159 titik panas dikesan di Sumatera, Bukit Rambai dan Cheras catat IPU 111 serta 101

Kuala Lumpur: Negara ini berkemungkinan dilanda jerebu pusingan kedua jika pembakaran terus berlaku di Sumatera, Indonesia, yang diburukkan lagi dengan cuaca kering berterusan dan musim Monsun Barat Daya.

Semalam, Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura meramalkan, republik itu mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi dengan peningkatan titik panas mencecah 159 lokasi di Sumatera, sekali gus menggambarkan pembakaran hutan tercetus semula. 

IPU tidak sihat meningkat 

Sehingga 5 petang semalam, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat direkodkan di Bukit Rambai, Melaka dan Cheras (Kuala Lumpur), masing-masing 111 dan 101.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Che Gayah Ismail ketika dihubungi BH, tidak menolak kemungkinan berlakunya jerebu kali kedua di negara ini, antaranya kerana faktor angin Monsun Barat Daya sehingga Oktober depan yang memburukkan lagi keadaan, berikutan angin itu menghala ke arah Semenanjung.

“Kemungkinan jerebu (pusingan kedua) boleh berlaku jika berlakunya pembakaran di Sumatera. Cuaca kering... tiada hujan akan memburukkan keadaan,” katanya.

Beliau mengulas laporan BERNAMA yang memetik ramalan NEA bahawa Singapura mungkin dilanda jerebu dalam beberapa hari lagi ekoran cuaca kering di Sumatera. 
NEA menyatakan ia akan mengeluarkan amaran seterusnya jika keadaan itu berlaku dan menambah jumlah titik panas di Sumatera dikesan satelit NOAA 18 meningkat secara mendadak sejak dua hari lalu sehingga mencecah 159 titik panas, kelmarin.


Huhuhu... Jerebu lagi ke? Adoi la. Dah la bulan puasa ni. Tekak pun dah start gatal-gatal. Batuklah tak lama lagi ni. :'(
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in