Saturday, August 31, 2013

Round-Round Merdeka!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Weeehuuuu~ simple update sebelum tidoo...

Hari ni ada bestday invitation from Umi Qi. Bukan bestday Umi Qi tapi bestday anak teruna dia Qaiser Ilman. Happy bestday sayang.

Teruja sangat nak datang tau. Yelah. First time nak jumpa Umi Qi and geng gojes yang lain. Hehe.

Pas dari party Qi tu, en.abg ajak masuk IKEA jap. Katanya nak tengok and survey barang sikit sebab nanti nak masuk umah baru. Giler ramai sangat orang. Tak larat nak bersesak terus en.abg ajak kuar. Huhuhu. Ikutkan hati me memang tak puas lagi nak jalan. :p

Then direct ke Bangsar. Umah sepupu en.abg. Nak tumpang mandi. Yelah. Kan kat area Klang pun air kurang sebab kes tumpahan minyak tu. Tu yang berangkut segala sabun bawa jalan tu. Hehehe.

Skang ni dah tersadai atas tilam. Otw nak tido. Aisya pun dah pengsan kepenatan. Best sangat dia duk lompat-lompat kat mekdi tadi. Biasalah. Ada geng. Hehehe. En.abg pulak keluar p open house. Ada jemputan lagi. Tak puas makan lagi tuu. Hehe.

Nanti sambung update entry lain ea. Kata pun simple update kan. Hehehehe.

Nyway, best sangat dapat jumpa ngan geng gojes tadi. Me jep yang terlebih segan. Pendiam laa sangat kan. hehe. Hope next time boleh jumpa uolls lagi. :)

P/s : upload pic tau. Boleh me cilok satu dua pic. Hehehe. Tak sempat nak snap-snap pic tadi.

Read More ->>

Friday, August 30, 2013

Raya @PTAR UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar hari ni dah 23 Syawal kan. Cepat je masa berlalu. Tak sedar Syawal pun dah hampir ke penghujung.

Hari ni juga pihak PTAR telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya untuk semua warga PTAR yang berada di kampus induk Shah Alam.

Baru tau pasal majlis ni sebab tak diwar-warkan melalui emel. Ke me yang tak dapat emel? Huhuhu.

Majlis bermula seawal jam 9am. Semua dah berkumpul di ruang berdekatan dengan bilik rehat (apa ea nama ruang ni..bukan tak tahu tau tapi lupa...)

Menu memang banyak jugak. Ada kambing golek, ayam golek, satay, kuih-muih, roti jala, laksa.. hurm, apa lagi ea? Lemang, ketupat, and rendang wajib ada. Kata raya kan. Hehehe. Yang takde biskut raya je. Ke me yang tak pasan?

Banyak juga me makan tadi. Hehehe. Dekat-dekat nak bersalin ni harus makan apa yang nak makan. Dah time pantang nanti kena puasa makan makanan sedap-sedap. Lama lak tu. Takpe-takpe.

Gambar? Hurmmm... me adalah blogger yang pemalu nak amik picture. Ahaks. Blogger keee?


p/s : kira detik nak jumpa ngan my bff jap lagiii. Weehuuu~

Read More ->>

Wednesday, August 28, 2013

Laksa Sarawak @Asian Taste

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tadi lunch kat Asian Taste. Kat bangunan UMNO Shah Alam tu. Few time dah datang but asyik takde jep laksa sarawak. Hari ni en.abg ajak pegi tengok. Mana lah tau langkah kanan pulak kan.

En.abg parking tepi dulu. Me masuk tanya. 

Alhamdulillah. Rezeki. Hari ni ada. Order terus. :)

En. abg makan nasi campur jep. Lauk ikan talapia goreng. Sedap. Hehehe. Me tumpang sekaki sementara tunggu order sampai.

But bila dah sampai, alangkah kecewanya hati me. Selera terus mati. Pelayan tu letak jep atas meja me dah tau rasanya memang jauh sangat beza. Bau pun pelik. Kuah pekat semacam. Rasa cam nak tukar order masa tu jugak. Tapi en.abg kata rasa dulu. Huhuhu. Me pun amik sikit kuah tu and rasa. Memang sangat-sangat menghampakan.

Bezanya dengan laksa sarawak yang pernah me rasa sebelum ni memang jauh. Senang cerita tak sedap langsung laksa yang me makan ni. Tapi oleh kerana lapar, me telan jugak sesuap dua. 

Pic selepas makan... tak habis pun.. luak sikit jep..
En.abg kata nanti dia ajak cari tempat lain pulak. 

Sebelum ni pernah makan kat Secret Recepi and Restoran Dapur Sarawak but Secret Recepi dah tak buat menu tu. Hari tu pegi kat Restoran Dapur Sarawak tu pun dah tutup. Huhuhu. 

Mana lagi nak cari ni agaknya.... fuh~ Sangat kuciwa hati ini. beli biskut tiger sebagai bekal...mana lah tau tetiba lak lapar jap lagi..


p/s : asal perut tetiba memulas lak ni....=.=
Read More ->>

Wanita Perlu Dihormati


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Utusan Online
Read More ->>

Tuesday, August 27, 2013

Apa Yang Best Tinggalkan Anak Dalam Kereta?


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : MyNewsHub


Julai lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.
Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.
Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.
Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.
Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.
Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.
Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi. -REM RAMZI


Bila dengar pasal berita ni semalam secara automatik keluarnya perkataan yang tak elok dari mulut me. Huhuhuhuhu. Rasa marah. Rasa geram. Semuanya bercampur baur. Takkan tak ambil pengajaran dari kejadian-kejadian lepas?!

Nasib baiklah budak tu tak apa-apa.

En.abg kata mungkin mak dia terlupa. TERLUPA? Apakah? Memang tak boleh pakai langsung alasan tu. Yang mak dia TERLUPA tu benda bernyawa kut. If buku ke, toys ke memang boleh lagi diterima akal fikiran. Ni ANAK!!

“Macam Irah la. Kalau dah kelam kabut lupa itu ini..” Rasa macam nak marah bila en.abg cakap macam tu.

“Benda lain mungkin bolehlah lupa tapi ni anak la abg..” Sedaya upaya me tahan rasa geram. Bukan apa. Nanti tertinggi suara lain pulak jadinya. Huhuhuhu. Taknak lah macam tu.

Tahap pelupa me memang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni tapi untuk ‘TER’LUPA atau ‘TER’TINGGAL kan anak dalam kereta mungkin tidak. Mintalah dijauhkan.

Tapi en.abg cool jep. En.abg memang dah faham ngan sifat me yang satu ni. Emosi sangat bila benda-benda macam ni terjadi. Huhuhu.

Okay! Mungkin ada penjelasan yang lebih baik di sebalik kejadian ni. Me pun taknak menuding jari kat mak budak ni. *Bukan taknak tapi malas sebenarnya* 

Semoga selepas ni kita akan sentiasa beringat. Please mommies kat luar sana tu alert dengan benda-benda macam ni. Jangan dah terjadi benda yang tak diingini baru nak menyesal. Ni peringatan untuk diri sendiri juga.
Read More ->>

Jehan Miskin Dan Loket 'Salib'


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Bharian Online

Gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagram memaparkan diri dan isteri memakai loket dikatakan berbentuk salib, peminat Jehan Miskin saling bertelagah di laman sosial milik artis lelaki terbabit. 

Biarpun dia sudah memperbetulkan salah tanggapan berkenaan dengan menyatakan loket yang dipakainya bukan lambang salib, sebaliknya berbentuk tiga kelopak mirip lambang Persekutuan Pengakap, namun ia tidak diterima peminatnya. 

Bahkan, ada yang yang meletakkan dirinya sebagai cetek agama kerana memakai rantai yang didakwasalah bagi seorang lelaki Islam. 


Terkejut dengan peminat yang terlalu sensitif, Jehan menegaskan dia masih tahu menilai perkara yang ditegah agama. 

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram. 

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas, katanya. 

Lain kali selidik dulu 

Mulanya, dia membalas kritikan itu di laman sosial Facebook miliknya untuk memperbetulkan salah faham berkenaan. Namun, tidak lama kemudian timbul pula pergaduhan di kalangan peminat di laman terbabit. 

Bingung dan hampir berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya, pelakon yang juga pengarah drama What If ini menyifatkan, tindakan segelintir pihak yang menghentam dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional dan emosional. 

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. 

Saya pula hanya menjawab komen untuk memperbetulkan salah faham. Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi, saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya, katanya. 


Macam-macam lah kan. Biasalah hidup sebagai orang yang dikenali ramai memang akan sentiasa jadi perhatian. Apa yang kita buat semua akan jadi bahan bualan orang. Itu tak kena. Ini tak kena. Hurm....
Read More ->>

Monday, August 26, 2013

Raba Kening Dan Bulu Mata

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Dah kul 10pm. Both anak and ayah dah tido. Tinggal la me sorang terkebil-kebil tak dapat lelap. Awal lagi kut. Huhu. Nak tengok tv tapi kerajinan untuk menonton tu tiada. Zero.

Nak cerita sikit tentang Aisya. Sekarang ni sebelum tido Aisya suka sangat raba-raba muka umi atau ayah dia ni. Pas tu suka main dengan bulu mata and kening sambil hisap jari. Tak tau dari mana Aisya dapat tabiat ni.

Me dulu masa kecik-kecik suka main dengan anak rambut if nak tido. Aisya ikut tabiat me kut. Hukhuk.

Tapi rasa best jep bila Aisya raba-raba muka and main-main dengan kening and bulu mata tu. Kadang-kadang me pun ikut lelap sama. Hehehe.

Tapi satu yang me risau bila dia dah boring main ngan bulu mata and kening but still tak lena tido, mula la dia nak lempang muka umi dia ni. Even tangan dia kecik tapi bila dia lempang, memang sakit. Sepenuh hati kut dia hayun tangan tu. Tak cukup ngan lempang kadang-kadang dia tarik rambut pulak. Huhuhu.

But still me bertahan sampai la dia lena. Tak sampai hati jugak tak bagi dia sedang dia teraba-raba mencari. Demi anak. :)

Tangan kecik tu sangat mendamaikan bila sentuh me. Rasa macam terbang semua penat lelah masa kat opis. Betapa anak itu satu anugerah.


p/s : Aisya tak hisap jari telunjuk dah..dia tukar ke ibu jari la pulakk..

Read More ->>

Friday, August 23, 2013

Back To Normal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Akhirnya... Setelah bersedih beberapa hari lalu..



Status Glitterati telah kembali. Thanks nuffnang. 


And satu lagi iklan baru singgah di blog me. Alhamdulillah. Nampak tak yang bawah sekali tu? Escape - Teaser.  Harap biar iklan ni lekat lama-lama. :p

Rezeki selepas merajuk beberapa hari dengan nuffnang. Hehehehe. Semoga pas ni akan lebih banyak iklan yang akan lekat. InsyaALLAH.




p/s : hari ni majlis sua raya UiTM tapi hujan renyai-renyai pulak sejak subuh tadi. Macam-macam gerai ada. 
Read More ->>

Tuesday, August 20, 2013

Oh! Nuffnang. Kenapa Macam Ni?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi yang sejuk dan mendamaikan ini, ketenteraman me diganggu oleh en.Nuffnang. Huhuhu. Sedih kut. Kenapa agaknya jadi begini?


Status me bertukar dari glitterati kepada non-glitterati. Huwaaaaaa. Apa salah yang me dah buat agaknya ea? Please help sesiapa yang tau pasal ni. Semalam ok je kut. Tadi tetiba cek dah jadi macam ni. 

Ni yang rasa nak merajuk dengan Nuffnang ni. Patutlah tengok earning iklan cam kurang. Hairan jugak. Rupanya jadi macam ni. Rasa macam terbuang pun ada. :(


Read More ->>

Monday, August 19, 2013

Check Up Pertama Dengan PPUM (Sambungan..)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sambung lagi pasal entry PPUM.

Masa tengah interview dengan doktor tu tiba-tiba sorang nurse ni masuk. Dia kata me kena attend ceramah penyusuan susu ibu pas jumpa doktor. Dengan rileks dan selamba jep doktor kata tak perlu sebab me baru bersalin last year. “tak perlu kut. Dia ingat lagi tu. Baru bersalin tahun lepas..” Heh.

Tapi nurse kata wajib bagi siapa-siapa yang nak bersalin kat PPUM hadir dengar ceramah ni. Me tak kisah pun. Apa salahnya. Sesi ilmu kita tak boleh nak sombong-sombong. J

So, direct after jumpa doktor terus dipanggil masuk bilik ceramah. Nurse penceramah kata if husband nak masuk pun boleh. Oleh kerana selama me peknen kan Aisya en.abg tak pernah join apa-apa ceramah maka me pun ambil lah kesempatan ni ajak masuk sekali. Sekurang-kurangnya en.abg faham kenapa kali ni me beriya-iya sangat nak susukan adik baby sampai umur 2 tahun. Biar en.abg pun dapat memahami kebaikan susu ibu ni. Hope pas ceramah tu en.abg akan sokong me. And alhamdulillah. Selepas ceramah tu, en.abg beriya-iya suh me bagi adik baby susu ibu. InsyaALLAH.

Yup! Me pun dah nekad nak bagi susu ibu pada adik baby. Nak buat ebm sebab me ni ibu yang bekerja. (teringin sebenarnya nak besarkan anak-anak dengan tangan sendiri...hurm..)

Tengok jam dah pukul 9.30am. Kena amik darah selepas berpuasa sejam. Me tengok staf yang amik darah tu cam terror jep. So me pun yakinlah nak hulur tangan kan. Rupa-rupanya tak terror. Sangat tak terror. Huhuhu. Ni la pengalaman me amik darah rasa sakit sangat-sangat. Sampai habis jarum tu dia cucuk kat tangan. Rasa cam dah kena kat tulang. Ngilu kut. Dua tiga kali dia buat macam tu. Bila dia cucuk atas kulit, macam sungai jep darah menyerah diri. Tak payah pun cucuk sampai ke tulang. Huhuhu. Pas tu memang lenguh-lenguh lengan belah kiri ni. Nasib tak lebam.

Dah siap tu masa untuk amik tarikh next appoinment and appoinment untuk scan pulak. Next check up is on 29 Ogos 2013 and appoinment untuk scan 5 September 2013. Hurm... maybe tak amik cuti. Just amik masa keluar 4 jam. Sempat kut. Sebab yang first tu pun amik masa 2 jam jep buat semua-semua.

Tak sangka dah masuk 35w. Tinggal few weeks jep lagi. Dup dap dup dap.


p/s : laparnyaaaa.....~
Read More ->>

Check Up Pertama Dengan PPUM

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebenarnya entry ni nak up semalam but kepala tetiba rasa ting tong terus terlelap. Huhuhuhu. Nak up right after appoinment but rasa macam ada sikiiiiiit rasa malas. Tu yang hari ni baru up tu.

1st appoinment me dengan PPUM adalah Jumaat lepas. Sebelum tu en.abg dah pegi kat PPUM dah untuk ambil tarikh appoinment tu. So dapatlah tarikh 16 Ogos 2013.

Keluar dari umah around jam 6am coz en.abg kena punch card lagi. En.abg tak cuti. Dia amik masa keluar pejabat 4 jam. Huhuhu. Sampai ofis en.abg dalam 6.30am lebih kurang. Pas punch kad terus gerak ke PPUM. Otw ke PPUM tu jalan tak jammed just kereta memang dah banyak lah. Maybe sebab keluar awal kut or sebab budak tak masuk sekolah lagi. Hurmmm...

Sampai PPUM tengok dah ramai orang tunggu depan klinik antenatal. Tunggu punya tunggu tiba-tiba tengok kat dalam dah ramai yang berpusu-pusu masuk amik nombor. Grrrrr. Rupanya diorang masuk dari belah dalam tu. Kitorang punyalah beriya tunggu kat luar. Nasib baiklah en.abg ada sekali. Bolehlah jalan cepat-cepat masuk pegi amik nombor. Nak suruh me yang berebut? Memang lambatlah mak buyung ni nak jalan. Hehehe. Tak larat nak jalan cepat dah.

Tak lama pun tunggu. Baru sekali gigit roti gulung yang en.abg beli dah sampai giliran me untuk pendaftaran. Rupanya me orang first. Hehehe. Tak banyak pun dokumen yang di minta masa pendaftaran tu. Just kad pengenalan yang ori, GL if kerja government and RM1 untuk bayaran buka fail. Bagi yang bukan staf kerajaan tu me tak pasti pulak. J

Then diorang akan bagi nombor untuk jumpa doktor pulak. Sebelum jumpa doktor tu, biasalah. Kena buat urine test dan cek tekanan darah. Oleh kerana me ni 1st time kat PPUM, kena interview sikitlah oleh nurse kat sana. Pas tu nurse tu suggest untuk buat MOGTT sekali dengan HIV test. Hukhuk. HIV test tu boleh lagi me terima tapi part air gula tu,,, hurmmm. Tak sedap langsung. Minum masa peknen kan Aisya hari tu ok jep. Yang ni entah kenapa rasa tak sedap. Hukhukhuk. Pas minum kena puasa sejam. Nasib baik jugak lah sebelum cek up tu tak breakfast lagi. Tak ngadap milo lagi. Huhuhu.

Biasanya me akan puasa bila dapat appoinment untuk MOGTT. But ni takde apa terus suh minum. Memang takde puasa pun sebelum appoinment Jumaat tu. Nasib baiklah me just minum air masak jep malam Jumaat tu. And yang me pelik, diorang tak amik darah pun before minum air gula. Or memang tak perlu? Sebab pengalaman me sebelum ni diorang akan amik sebelum and selepas. Confuse di situ. Hukhukhuk.

Pas tu kena suh datang semula after 1 hour. Time tunggu tu sampailah giliran me untuk jumpa doktor. Hurm.

Banyak gak yang doktor tanya.

Doktor : Ni anak yang ke berapa?

Me : Anak kedua.
Doktor : Anak pertama umur berapa?

Me : Setahun 2 bulan.

Doktor pandang muka me dengan pandangan yang taktau macamana nak describe.

Doktor : Yang 1st lahir ada masalah tak? Normal kan?

Me : A’ah normal. Takde masalah apa-apa doktor.

Doktor : Berat masa masa lahir?

Me : 3.45kg.

Doktor : Hah?! Semangatnya. (sambil pandang badan me yang kecik ni..)

Me mampu senyum jep.

Doktor : Pas ni kena plan lah ea. Jarakkan kelahiran sekurang-kurangnya dua tahun. If baby exclusive breastfeed mungkin akan bla...bla..bla...

Panjang doktor ceramah me pasal pentingnya family planning. Ok doktor. Noted. Huhuhu. Pas ni memang nak merancang pun. Actually yang second ni pun tak plan but ALLAH nak bagi kita rezeki kan. J

Ok.. Sambung ke entry kedua pulak nanti ea. Nak sambung buat kerja jap.


p/s : cherry berry la pulak awal pagi ni.... hurm


Read More ->>

Thursday, August 15, 2013

Aisya Kurang Sihat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari no mood nak kerja still tak berapa nak ok lebih-lebih lai bila mengingatkan Aisya yang kurang sihat. Rasa cam berat hati jep nak turun keja pagi tadi. 

Aisya sekarang ni tengah batuk and selesema. Tapi semalam batuk dia makin menjadi-jadi. Dia letih, nak tido tapi tak sampai 5 minit dia batuk and muntah. Nangis-nangis. Habis semua yang dia makan and susu dimuntahkan. Sampai satu tahap tu takde apa dah yang keluar.

Tidur memang tak lena malam tadi. Risau if Aisya muntah lagi.  

Pagi tadi pun masa nak pegi kerja tu dia terjaga but tak macam selalu. Terus aktif nak main. Tadi dia pandang jep umi dia bersiap. Huwaaa. Masa dia pandang tu memang rasa macam nak salin baju and baring sebelah dia. Tak sanggup kut nak tinggal anak tengah kurang sihat.

Sebelum pegi kerja tu bagi dia minum susu. Tunggu dia habis menyusu baru gerak pegi kerja. Masa gerak tu pun dia tak tido lagi. Just baring diam-diam atas tilam. Tak kejar umi and ayah sampai pintu macam selalu. Letih sangatlah tu. 

Separuh perjalanan mesej kat adik ipar minta tolong tengokkan Aisya dalam bilik. Risau if dia muntah lagi. But adik ipar kata Aisya dah tido. Alhamdulillah. 

Wish Aisya cepat sembuh. :(
Read More ->>

Tuesday, August 13, 2013

Hari Kedua Aisya Di Ofis Ayah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mood raya still on but dah start keja dah semalam. Tak puas kut raya. Taktau arr kenapa rasa raya tahun ni macam kurang meriah. Hurmmmm...

Semalam and hari ni Aisya duk kat opis ayah dia. Takde orang nak jaga. Hari ni baru family adik ipar balik dari Terengganu. Huhu. Nasib baiklah kakak-kakak & adik-adik kat opis en.abg tu rajin nak melayan kerenah Aisya. Syukur sebab Aisya pun nak je kat orang. Tak memilih kecuali time dia ngantuk and lapar memang dia taknak kat orang lain.

Sekarang ni bolehlah Aisya ikut ayah sebab still ramai yang masih bercuti raya. If semua dah masuk kerja jangan harap boleh bawa Aisya dah. Huhuhu.

Aisya suka kat ofis ayah sebab ada aquarium besar. Aisya suka sangat tengok ikan. Pas ni dah ada rumah sendiri boleh la beli ikan. Nak suh Aisya bela. :)

Lagi satu sebab ofis ayah sejuk. Tido je anak umi kan. Bila sampai umah memang taknak tido dah. Asyik nak main jep. Nak claim masa main siang la tu. Huk.

Sebelum ni kat Sabah, Aisya selalu ikut umi. Kat sini pula ikut ayah. Hehehe. Nasiblah. Tahun depan baru Aisya masuk taska. Just baby adik ni taktau nak hantar nursery mana lagi coz taska UiTM kat sini tak amik baby lagi coz dah penuh. Huhuhu.

p/s : dah start rindu kat Aisya. Huhuhu.

Read More ->>

Monday, August 12, 2013

Second Baby Girl In Da House

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Baby Amanda Amani

My newborn nephew. 

Nama      : Amanda Amani binti Mohd Hamzah
Panggilan : Putri
T. Lahir   : 3 Ogos 2013

Lambat sikit update coz kekangan masa yang ada. Tenet pun sangat-sangat lembab bak kata siput babi "saya lagi laju". Huh!

Tahniah buat my lil sister and her husband. This is their 3rd child. Sebelum ni dua-dua hero. Ni dah dapat heroin boleh lah rileks. :)

Tahniah juga buat abang Rayyan and abang Iman. Tak boleh buli-buli baby Putri tau. :)

Mohamad Rayyan Zaquan & Mohamad Iman Haziq

Read More ->>

Wish Them Happily Ever After

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pic after ijabkabul..
Finally...

Pengantin perempuan tu pengapit me masa me kahwin dulu. Dah sampai seru mereka akhirnya. So happy for them. Tahniah buat pasangan Nornesyasisca & Hairul Nizam. Both look so sweet. Majlis berlangsung pada 11 Ogos 2013.  

Siska ni my bff since elementary school. Until now and forever. :)

Love the pelamin.. :)
Apa yang buat me terkilan sangat-sangat is me tak dapat menghadirkan diri ke majlis mereka. Huwaaaaaa. Sedih tau. Usia kandungan yang dah mencecah 8 bulan tak memungkinkan me untuk fly. Lagi-lagi me ada low blood pressure. Memang doktor takkan bagi punya. 

Anyway,, wish both of you live happily ever after till jannah. InsyaALLAH. Amin. 


p/s : Cepat-cepat bagi Aisya kawan yeee.. ;)
Read More ->>

Thursday, August 8, 2013

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Anak dara ni bangun awal pagi tadi. Dengar riuh-riuh kat dapur terus bangun. Selalunya riuh macamana pun dia buat dunno jep. Tau-tau jep nak raya. Hehehe.

Di kesempatan ni me dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan-rakan. Tak kira sama ada yang mengenali diri atau tidak. Minta maaf zahir dan batin. 0-0.

Rindunya suasana di Sabah. Rindu nak makan masakan mak. Apa-apapun beraya bersama husband dan Aisya pun tetap the best. :)

Read More ->>

Wednesday, August 7, 2013

Last Day of Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kemain english tajuk kan. Ahaaha.

Finally after few days tak dapat online hari ni baru dapat online. Lain rasanya bila dah selalu online tetiba jep 'tercuti'. Hukhuk.

Dah beberapa hari kat kampung. Kuala Ina, Pulau Sebang. :) Kampung en.abg. Tahun ni memang giliran kat sini.

Last Ramadhan ni, en.abg sibuk ngan tempahan lemang. Hari ni tinggal me,Aisya,biras and anak-anaknya jep kat umah. Yang lain semua kat gerai lemang. Lemang terbaik dari ladang tuuu. :)

Semoga tahun depan masih ada kesempatan untuk bertemu Ramadhan. Yang pasti me akan merindui dan menunggu kedatangan mu Ya Ramadhan. InsyaALLAH. Amin.

Read More ->>

Saturday, August 3, 2013

Bila Aisya Tidur Peluk Perut Umi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam sahur dan salam subuh semua warga muslimim muslimat. :)

Pagi ni bangun awal sikit. Masak apa-apa yang patut untuk sahur. Pas sahur boleh rehat-rehat jap before subuh. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki-MU ya ALLAH. Semoga setiap hari kami tidak lupa untuk mengucap terima kasih atas nikmat-MU yang tidak pernah putus. InsyaALLAH.

Sebenarnya Aisya yang bangun awal tadi. Minta dibuatkan susu. Dah pandai anak umi. Dia tau di mana umi simpan botol susu. Dia kejut umi and ambik botol sua kat umi. If kejut ayah, memang tak siaplah susunya tu. Hehehe.

Sempat Aisya merajuk kejap tadi sebab umi lambat buatkan susu. Terlebih air panas tu yang umi lambat sikit tu. Nak bagi sejuk sikit susu Aisya. Minta maaf sayang.

Pas dah habis susu tu Aisya sambung tido lagi. Sambil tu Aisya peluk perut umi. Adik baby pun gerak-gerak bila Aisya peluk. Hehehe. Adik baby suka la tu bila kak long peluk. Sejuk rasa perut umi. :)

Suka sangat. Semoga Aisya akan jadi contoh dan kak long yang baik pada adik baby dan bakal adik-adik di masa akan datang.  InsyaALLAH. Amin. :)

Read More ->>

Friday, August 2, 2013

2 Days MC

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

2 hari dah senyap jep blog ni kan. Bukan apa. Tak larat sangat nak update. Badan tak sihat.

Start Rabu ari tu kepala rasa pening sangat. Tak larat nak angkat tapi paksakan jep. Pas tu badan sakit-sakit. Rasa nak tido je manjang. Huhuhu.

Ada sekali tu boleh pulak tertido kat meja. Huhuhuhu. Hope staf lain tak salah faham. Bukan nak curi tulang but memang pening tu tak boleh diselamatkan lagi.

Bila berdiri jep rasa nak pitam. Tak pernah-pernah rasa cam ni. Sejak- sejak bulan Ramadhan ni jep.

Hari khamis tu memang tak larat sangat nak p opis. Sebenarnya dah bersiap pun. Tapi suddenly kepala rasa berat sangat and rasa macam nak muntah. Atas nasihat en.abg, pagi tu taklah me pegi kerja. Masuk-masuk dalam rumah terus cari bilik air. Muntah sampai kosong perut. Tak tinggal apa langsung rasanya. Huhuhu.

Dalam jam 9am tu, biras ajak pegi klinik. Rasa tak larat tapi paksakan jugak. Sampai klinik kena tunggu lama pulak. Ramai giler orang.

Bila dah sampai giliran me, tak pasal-pasal kena marah dengan doktor. Tekanan darah low sangat-sangat. Air kurang. Huhuhu. Doktor tak bagi puasa sebab risaukan kandungan. Nasib baik doktor just suh minum air bebanyak. If kena refer hospital lagi naya. Mesti kena pasang drip. Huhuhu.

Pas tu doktor bekalkan air garam 4 paket. Kena habiskan hari tu jugak.  Tapi me mampu habiskan 1 je kut. Tak sedap. Huhuhu.

Hari ni pun mc lagi. Still pening and muntah-muntah. Kata kat en.abg nak puasa jugak but en.abg tak bagi. Dia kata takde hal jangan nak cari hal. Hurm,,..

Terpaksa ikut sebab kena makan ubat lagi sebenarnya. Hukhuk. Sok insyaALLAH if takde aral memang nak puasa jugak. Harap kesihatan membenarkan.

Akibat MC 2 hari, puasa pun pecah 2 hari. Huhuhu. Rasa sayang sangat. Ingat tahun ni bolehlah puasa penuh.

Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in