Saturday, October 26, 2013

Bila la Nak Pupus...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Korang geram or marah tak bila korang que punya lama tetiba bila sampai giliran korang tiba-tiba ada orang yang dengan rileks dan selamba potong que korang? Me memang geram sangat-sangat dengan spesies manusia macam ni.

Ceritanya hari ni me menghadiri bengkel 6 jam untuk ambil lesen memandu. Masa nak buat pembayaran tadi kena la ikut giliran kan? Tapi bila sampai giliran me ada sorang ahkak ni tiba-tiba masuk terus pegi ke kaunter bayaran. Pas tu boleh pulak dia tengok me dengan muka yang tak bersalah tu. Grrrrrrr.. memang geram sangat.

Ingat nak sound je. Bagi ceramah sivik sikit but malas arr nak argue ngan orang 'bijak' macam ni. Nasib baik sangat mood me hari ni ok.

If orang kurang upaya or warga emas me boleh consider lagi tapi ni mampu apa. Tengok kemain sihat je.

Bila la nak pupus sikap tak bertanggungjawab macam ni? Ni salah satu punca yang boleh bawa pada pergaduhan.

Jangan lupa, kadang-kadang isu yang kecik boleh membawa pada padah yang besar. Sama-sama kita beringat.

Read More ->>

Thursday, October 24, 2013

Favorite Menu Ketika Berpantang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-40 me berpantang. Maknanya dah 40 hari jugak umur baby Aeera. :)

Lagi 4 hari nak habis pantang. Yes! Sukanya. Hehehe.

Selama berpantang ni, termasuk masa pantang bersalinkan Aisya dulu, menu yang me suka sangat is sup ayam. Ada orang kata tak boleh minum or makan something yang berair sebab nanti rahim kembang. Sejauh mana kebenarannya me tak tau but untuk ibu yang breastfeed memang perlu minum air yang banyak.

Hurm...

Sup ayam yang me suka tu tak perlu ditambah apa-apa rempah pun. Just ayam, halia, serai n garam. Itu jep. Lagi sedap if letak halia bebanyak.  Fuh! Berpeluh kaww. Baby pun tak kembung.

If dapat ayam kampung lagi best. Tak dapat nak bayangkan. Tapi sekarang ni ayam kampung agak susah nak cari. If ada pun mahal. Itu kata orang. Taktau la. Hehe.

Mak beli hari tu sekor ayam kampung hidup rm20. Agak mahal jugak kut. Hurm...~







Bila nak tidokan anak rasa cam ngantuk sangat tapi bila anak dah tido mata pulak takmo lelap. Adeii la mata. Ingat nak rehat jap.



p/s : ada sesiapa yang berminat nak beli tasbih mutiara tak? Boleh buat cenderamata utk marhabban majlis cukur jambul or apa2 majlis yang bersesuaian. If berminat wassap me yaa.. 019-5829302..

Read More ->>

Friday, October 18, 2013

Baru Nak KPP

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekarang tengah tunggu kelas KPP start. KPP tu apa? KPP stand for Kurikulum Pendidikan Pemandu.

Hokey. Hokey. Tau arr. Me ni dah nak tua baru nak amik lesen memandu. Sangat ohsem kan. Huhuhu. Jeles tau ngan uolls yang dah ada lesen. My adik2s semua dah ada lesen kecuali yang bongsu. Baru 14 tahun kot.

Actually dulu me dah penah nak lepas amik lesen ni but tetiba sekali eksiden bawa kereta macik trus trauma. Sebabnya sebelum eksiden tu ada sorang budak kecik lintas depan kereta. Nasib baik lah terbabas pas budak tu melintas. If tak xtau apa nak jadi. Huhu. Pas tu asyik terfikir 'apa akan jadi if budak tu tengah lintas tadi?' Adoi.. sebab tu asal pegang stereng kereta mesti gigil.

Try juga fikir positif but still tak boleh lupakan kejadian tu. Ni pun baru ada kekuatan sikit nak mula pegang kereta lagi. Untuk kebaikan diri dan keluarga kecik me. Hurmmm..

Hope dapatlah habiskan P sebelum balik semenanjung semula.

Anak-anak? Me minta tolong adik me jagakan kejap untuk hari ni. Hope Aisya & Aeera tak meragam arr. Thanks so much buat adik Maziah Mohamad Izzan sebab sudi tolong me. Huhu.

Adoi. Lambatnya nak start.

Read More ->>

Wednesday, October 16, 2013

Aeera : Check Up Sebulan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
 
HAri  ni first check up Aeera. Ingat nak pegi KKIA petang but adik kata nak pegi awal. So, dalam pukul 10am something cam tu dah sampai KKIA. Awal la sangat kann. Hahaha.
 
Berat : 3.9kg (Naik 0.74kg)
Panjang : 55cm (Naik 7cm)
 
Alhamdulillah. Anak umi membesar dengan baik.
 
Pas tu kena jarum Hepetitis B dos 2. Aeera macam tau-tau jep yang dia nak kena jarum. Iya-iya nangis nak nyusu. Padahal baru pas nyusu sebelum masuk bilik jarum tu.
 
Tak bagi dia kenyang sangat coz if dah kenyang dia WAJIB lelap. Huhuhu. Nurse tak bagi lelap coz takut baby terkejut masa jarum.
 
Masa kena jarum tu pun iya-iya dia nangis. Me bangun jep dari kerusi tu terus lelap sendiri. Kesian Aeera. Me pulak yang rasa sakit tengok dia tadi. Huhuhu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berat me naik 1.kg. Homaaiiiiii~ Gilos betul. Dah jadi 46kg. Sebab semalam beriya sangat makan daging korban kut.
 
Read More ->>

Tuesday, October 15, 2013

Aeera : Sebulan Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
 
Sepatutnya nak update semalam tapi oleh kerana ada hal yang tidak dapat di elakkan maka hari ni baru berkesempatan untuk update. Orang sibuk raya ko sibuk nak hupadate pulakkan. Hehehe.
 
Sedar tak sedar dah sebulan umur Aeera. Alhamdulillah.
 
 

 
Di kesempatn ni juga me ucapkan SALAM AIDILADHA kepada semua.. :)
Read More ->>

Tuesday, October 8, 2013

Pengalaman Bersalin Nur Aeera Shuhayra 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

 
 
 
Doktor kata kena cek semula after 4 hours. Means, jam 2.15pm.
 
Pas air ketuban pecah tu contraction makin kerap but still boleh tahan. Sambil-sambil menunggu tu sempat buka facebook,, line ngan kawan-kawan. Hohoho. Boring kut duduk dalam lr sorang-sorang.  Tiba-tiba...
 
Nurse : Eh, bawa handphone?
 
Me : ::senyum::
 
Nurse : Husband mana?
 
Me : Ada kat bawah.
 
Nurse : Bagi handphone kat husband. Kami tak bertanggungjawab if hilang.
 
Me : Ok.
 
Dengan selamba sorokkan handphone bawah bantal. Pas tu takde siapa yang larang dah. Hehehe.
 
2.20pm beramai-ramai doktor masuk dalam bilik. Cek bukaan still 5cm. Huk. Then doktor kata nak masukkan ubat untuk kuatkan contraction. Me? Ok jep.
 
Doktor : If tak tahan sangat panggil nurse and kita akan bagi ubat tahan sakit. Atau nak sy masukkan ubat terus?
 
Me : Tak apa. Rasanya boleh tahan ni.
 
Doktor : Ok. Apa-apa just tekan button tu.
 
6.15pm baru doktor akan masuk balik cek bukaan.
 
Pas masuk ubat tu serius contaction makin kuat. Every 10 minutes. Jam depan mata sebab tu semangat nak kira. Tak lama pas tu me tekan jugak button tu. Minta nurse ubat tahan sakit. Sebab memang tak tertahan dah. Ada disediakan ubat gas sedut tu tapi tak mampu nak lawan rasa sakit tu.
 
Bila dah masuk ubat, me rasa macam separa sedar. Tertidur jap. Buka mata lagi few minutes 6.15pm. And 3 orang doktor masuk. Bila seluk doktor kata bukaan dah penuh but baby still jauh dari pintu. Hurm. Kena tunggu lagi baby betul-betul dah turun baru boleh push.
 
Doktor suh me baring mengiring ke kiri supaya baby turun cepat. Around 7.10pm doktor seluk lagi then dia kata baby dah turun. Dah boleh push.
 
Dalam setengah jam jugak me try untuk meneran. Masa awal tu memang tak jumpa rentak lagi. Asyik salah jep caranya. Bila dah jumpa rentak tu senang je nak teran. Ada few times masa nak meneran tu me boleh tertidur. Giloss ko. Doktor siap tepuk-tepuk kaki me suh bangun. Kesan ubat tahan sakit tu still ada. Huhuhu.
 
Serius, masa bersalin kali ni sangat terasa bila kepala baby keluar. Bahu baby. Berbeza sangat dengan masa melahirkan Aisya dulu. Maybe masa tu me dah penat sangat-sangat.
 
Bila diorang tunjukkan baby, me senyum tak hingat uu. Hilang rasa sakit and penat masa melahirkan.
 
Tiba masa nak jahit menjahit pulak sementara nurse bersihkan baby and bawa baby jumpa ayah dia.
 
Doktor praktikal yang buat bab jahit menjahit me ni. Masa dijahit tu doktor boleh tanya,,
 
Doktor : Tak sakit ke?
 
Me : Sakit lagi contraction doktor.
 
Doktor : Biar betul? Selalunya ramai je yang jerit bila kena jahit ni. Tapi puan nampak rileks jep. Masa nak bersalin tadi pun tengok macam rileks. Macam bukan sakit nak bersalin.
 
Hukhukhuk. Yeker? Dia tak tau macamana kita sedaya upaya menahan sakit. Huhuhu. Me mampu senyum jep.
 
Tak luka banyak pun. Ada 3 jahitan jep sebab tak gunting. Luka luar kata doktor.
 
Dalam jam 9pm barulah me di sorong masuk wad. Masa kena sorong tu, nampak en.abg tengah dukung Aisya kat luar lr. Rasa cam nak nangis bila Aisya jerit-jerit panggil me. Masa tu rasa rindu sangat kat Aisya.
 
Apapun, thanks so much buat staf PPUM yang incharge masa me bersalin ari tu. Layanan korang memang the best. Banyak yang me dengar pasal PPUM ni tapi nyata me terima layanan yang baik sepanjang masa di sana. :)
Read More ->>

Thursday, October 3, 2013

Pengalaman Bersalin Nur Aeera Shuhayra 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
 
Lamanya terperam entry ni. Hukhukhuk. Asal nak mula menaip jep mesti ada halangan. Ni dua2 princess dah tido. Amik masa sikit nak update. Hee~

Dah 19 hari selepas melahirkan baby Aeera. Alhamdulillah. Proses bersalin kali ni dipermudahkan ALLAH berkat doa dari suami, keluarga dan rakan-rakan semua. Terima kasih buat semua. Love u all. Hugs ketat-ketat. :)

13 September 2013

Masa kat opis badan terasa berangin sangat. Rasa macam nak muntah pun ada. Nak pegi klinik but rasa cam tak perlu kut. Akhirnya call en.abg jep. Huhuhu. Ngadu badan tak selesa. Ngada kan. Ahaks.


Otw nak balik umah pun badan still rasa tak selesa. Kata kat en.abg yang betul-betul rasa tak selesa dah. Rasa cam tak lama lagi nak bersalin. En. abg boleh buat rileks jep. Huhuhu. Ingatkan nak bagi dia cuak sikit arr konon tapi nan hadoo.

14 September 2013

Jam 5.30am kejut en.abg sebab en.abg kena ot hari tu. Badan memang dah rasa ok sikit. Maybe sebab cukup rehat malam tu. Tiba-tiba masa hantar en.abg ke pintu rasa macam ada something keluar kat bawah. Pas en.abg bertolak cepat-cepat masuk tandas. Hoh! Dah kuar lendir and darah. Sakit memang takde lagi. Ingat nak call en.abg but sebab takde rasa sakit tak jadi call. Ingat nak sambung tido laa kononnya. Tengok hp ada 4 miss called. Semua dari en.abg.

Return call boleh lak kena sound sebab tak masukkan kunci motor dalam beg. Hukhukhuk. Terus ngadu kat en.abg kata maybe dah nak bersalin and suh dia patah balik. Sebenarnya taknak suh dia terus geram kat me pasal kunci motor tu.

Pas mandi and siapkan Aisya (yeee~hari tu terpaksa angkut Aisya sekali pegi PPUM sebab takde orang nak jaga dia. Kebetulan lak biras tak sihat masa tu..) terus gerak. Masuk kereta rasa lapar lah pulak. Tak sempat nak bekpes. Excited sangat nk bersalin. Ahahahaha. Singgah beli kuih kat stall tepi jalan jep buat alas perut. En.abg kata tunggu sampai kat PPUM nanti baru bekpes.

Bekpes nasi lemak + nasi goreng kampung + milo panas. Ambik ko. Selera kemain makan. Hahahaha.

Pas makan terus naik tingkat 3. Masuk lr nurse suh tukar baju wad. Bagi baju kat en.abg then salam-salam minta maaf salah silap kat en.abg. Kiss Aisya. Tahan airmata jep but before masuk lr sempat lagi capai hp dalam beg. Hukhukhuk.

Dapat bilik bersalin no.9. Bila doktor masuk and seluk bukaan dah 5cm. Terkejut aii jap. Doktor kata nak pecahkan air ketuban.

Bersambunggg sebab Aisya dah bangun. Huhuhu... Tengok umi dia pegang laptop laju jep dia lari nak join tekan-tekan sama....adoi laa kakak...

 
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in