Tuesday, December 31, 2013

Officially 27th

Assalamulaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Masih berpeluang hidup sehingga ke hari ni. 




Read More ->>

Weekend Terakhir 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lusa dah masuk tahun 2014. Tak sedar pun masa berlalu kan. 

Nak cerita pasal semalam. Sabtu lepas kakak ipar datang bermalam kat sini. Best kut ramai-ramai kat umah. Hehehe. Riuh jadinya. 

So sabtu tu en.abg ajak pegi Danau Kota. Saja nak isi masa kosong malam tu. Tak beli banyak barang pun. Sempat grab few baju untuk anak and anak buah je. Untuk diri sendiri tak larat nak bersesak tauuu. 

Semalam pulak kitorang pegi Tugu Negara. 1st time tau sampai sini. Sebelum masuk tu kitorang layan makan dulu kat area parking tu.


Tu Aisya ngan kazen dia Syamina kemain makan ayam goreng. Hehehe. Tengok cermin mata Aisya pakai tu. Dia taknak tanggalkan tu. Adoiii la anak. Jangan ikut umi ngan ayah yang bercermin mata ni tauuu.


Makan bertambah juga me masa tu coz tak sempat nak breakfast kat umah. Nak siapkan Aisya kena main kejar-kejar dulu 2 3 round baru dia serah diri nak mandi. Kurus umi if tiap-tiap hari macam ni anak. Tu Aeera tak besar lagi tu. Hehehehe.



Sempena nak meraikan kejayaan budak dapat 8A PMR jugak ni. Alhamdulillah. Anak kakak ipar merangkap anak buah juga la tu kan. Hehehe. Dah jadi tukang tolak stroller Aeera pulak semalam. 


Tukang dukung Aisya pun dia jugak ni. Hahaha. Kemain Aisya senyum dengan spek dia tu. Hahaha.


Bila penat dukung Aisya, bagi di tumpang keta Aeera pulak. Aeera masam je tengok kakak dia tumpang. Hahaha.


Pas kuar dari Tugu ni dah takde arah tujuan. Huhu. Pas tu en.suami bincang-bincang ngan adik dia. Akhirnya diputuskan pegi Genting. Hah! Dah lah tak bawa sweater bagai nak pegi tempat sejuk tu. "bagi anak ayah kuat sikit tahan sejuk..." Kata en.abg. Adoii. Bertiah betul tau. Dah lah anak kecik lagi.

Tapi sampai atas tu kemain sedap Aeera tido tau. Nasib baik arr dalam beg ada baju tido dia. Bagilah dia pakai baju double. Kurang sikit sejuknya. Aisya? Hahahaha. Tak payah cakap arr. Dia lagi suka.


Orang dah gigil dia sibuk nak kuar dari keta. Nak berembun jugak. Ades. 



Pas tu kitorang pakat nak balik. Letih kut. Masing-masing tido dalam keta. Tinggallah en.abg sorang drive. Hehehe. 

Next time nak pegi Genting kena siap sweater segala sebab memang sejuk. Semalam pun kabus tebal sangat. Masa nak turun tu few times pesan kat en.abg suruh hati-hati. Takut + risau.

Pasni nak ajak pegi Cameron Highlands pulak. Heeeee~













Read More ->>

Thursday, December 26, 2013

Ephyra Dah Sampai

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Few weeks ago abg Ben ada menganjurakn satu segmen ringkas bersama warga facebook. Tapi me takde pulak snip segmen tu. Huhu. Bukan tak ingat but excited sangat nak join. 

Yelah. Sebelum ni ramai jugak yang post pasal Ephyra ni kan. So, just try my luck arr.. Sebelum ni ada jugak join contest anjuran blogger MiaLiana but takde rezeki. And kali ni alhamdulillah rezeki menyebelahi me. 

Nak jugak #kulittulusmulushalusgebumacammemey. Hahaha. Berangan kau kan. 


Ni la yang membuatkan me terrpilih as one of the winner. Simple je segmen nya. :)

Mata panda? Seyes ada. Huhu. Macam-macam produk dah try. Eyemask. Garnier yg untuk mata tu. timun. Tomato. Segala jenis sayur ai tempek kat mata tu but still the same. Hurm...


Happy tau bila dapat parcel ni tadi. Hehehe. Tertunggu-tunggu jugak sebelum ni mana lah tau me salah bagi alamatkan. Hehe.


Dan-dan tu jugak buka tau. Hehe. Alhamdulillah. Syukur.

InsyaALLAH me akan kongsikan hasil yang me dapat dengan minum Ephyra ni. 

Sok jugak me akan start. Hahahaha. Nampak sangat tak sabar kan. 

Hope akan dapat kesan yang baik untuk Ephyra ni. Be good to me dear. Heeeee~

If ada kesan yang baik mungkin akan ada kotak kedua nanti. En.abg dah bagi green light but kena guna duit sendiri arr. hehe. Tak kisah pun. Nak cantik pun untuk dia kan. Ngeee~

















Wahai pemenang GA Pearl by mOoN, minta maaf sangat-sangat sebab mungkin hadiah akan sampai lewat. Ai is tersalah isi kat borang poslaju. Alamat pengirim terletak nama uolls pulak. Ades.



Read More ->>

Sunday, December 22, 2013

Ada Yang Nak Tolong Tak?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Adoiyaiiii. Sebakul baju Aisya n Aeera yang perlu dilipat. Tu belum baju me dengan en.abg lagi tu. Basuh baju kemain rajin tapi bila part nak melipat tu tersangatlahhhh ...... (Sila isi tempat kosong). Huhuhu.

Tiba-tiba teringat pernah buat pembentangan tentang inovasi mesin basuh dulu. Mesin tu kononnya pas basuh baju akan dikeringkan guna somekind of energy pas tu kuar-kuar dari mesin tu siap lipat sekali. Huhu. Ada tak orang yang nak cipta mesin cam tu. rasa cam nak beli jeee. Hehehe. 




Tak sangka sok dah isnin......~~~
Read More ->>

So true...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Betulkan macam ni.. 
Read More ->>

Saturday, December 21, 2013

Lagi Lagi Untitled

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam sabtu semua. Hari ni kena duk umah jep. En.abg keja. Huhuhu. Xpe..xpe.. Sok en.abg dah janji ngan Aisya nak bawa kuar jalan.  Jangan tak jadi sudah. Hehe.

Hari rabu ri tu bawa Aeera pegi cucuk 3 bulan. Nangis jap je. Terkejut la tu kna cucuk. 

Berat dah 5.5kg. Alhamdulillah. Naik sekilo. 



Tak sedar dah seminggu jugak me masuk keje semula. Seminggu juga Aisya n Aeera duk dengan pengasuh. Alhamdulillah. Tak banyak ragam. Aeera nangis masa hari pertama tu je. Pas tu dah ok kata Kak Nora. Aisya pula bila ada kawan confirm tak nangis. Lagi dia suka ada. Hehehe.









1st time post guna IPad ni. Tak biasa lagi. Hehehe. 
Read More ->>

Thursday, December 19, 2013

Menang Ipad Mini Dari Emerald

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni cerita semalam sebenarnya. Me dapat Ipad ni sebab join quiz yang pihak Emerald buat sempena Xplorasi PTAR 2013.

Haruslah excited tau. Baru plan nak beli hp baru. Cewaahhhh. Macam banyak duit kan. Nasib baik tak sempat pegi membazir. Hahaha.

Tak sangka menang sebenarnya sebab ramai kut yang join. Maybe I'm just the lucky one kan. :)

Alhamdulillah. Rezeki baby ni.

Sila abaikan muka yang sememeh tu. Hahahaha.

Read More ->>

Wednesday, December 18, 2013

Yeayy! Jumpa Anis Ayuni

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam kak Anis Ayuni telah dijemput untuk mengisi salah satu slot untuk program anjuran PTAR. Sememangnya masa tengok tentatif tu rasa macam nak lompat bintang seratuskali. Hahahaha.

Rasa teruja sangat coz she's one of my favo novelis. Semalam me telah melengkapkan koleksi 11 buah novel nukilan kak Anis Ayuni. Hebat tak? hehe..

Ingat nak spent time kat booth kak Anis je semalam tau. Hahaha. Saja nak buat muka tak malu tapi kak Anis pulak ada sesi lain xkan me nak kacau pulak kan. :)

Tak sabar nak tunggu next novel pulak. Katanya cerita pasal doktor.

publish via blogger-droid

Read More ->>

Tuesday, December 17, 2013

Tips Hantaran Tunang dan Kahwin

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Hujung-hujung tahun ni pasti ramai yang nak bertunang or kahwin kan. Bagi pasangan yang masih tercari-cari barang untuk dijadikan hantaran, meh sini me nak kongsikan sedikit tips yang mungkin boleh membantu anda. :)
Read More ->>

Sunday, December 15, 2013

Aeera Sayang Oyang


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


"Entah bila lagi saya dapat jumpa kamu.." kata atuk hari tu.

Sedih tau bila atuk cakap macam tu. Rasa macam nak nangis bila dengar. 

InsyaALLAH tahun depan kami balik lagi. Aeera masa tu dah boleh kenal orang. :) 

Aisya pun mesti excited jumpa oyang dia lagi nanti. :)

Aisya dan Aeera sayang oyang sangat-sangat. Nanti kami balik jumpa oyang ea. Tunggu tauuuu.
Read More ->>

Saturday, December 14, 2013

3 Bulan Sudah Aeera

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Alhamdulillah. Hari ni genap 3 bulan anak umi ni. Tak terasa masa berlalu. Semoga jadi anak yang solehah sayang. Umi, ayah dan kakak saaaaaaaaayang Aeera. :)







Next week masuk kerja sudah. Rasa cam tak semangat pulak nak tinggalkan anak-anak kat pengasuh.Huhuhu. Semoga ALLAH lindungi Aisya dan Aeera. Amin.
Read More ->>

Thursday, December 12, 2013

Contest Hijrahku

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sudikah anda berkongsi cerita anda atau kisah benar yg anda tahu?

 CONTEST BERMULA 3 DECEMBER 2013 
dan BERAKHIR PADA 13 JANUARI 2014
Antara hadiahnya ialah :

Wang tunai bernilai rm50 
    1 set drazma habbatussauda kapsul dan oil by Kak Yong bernilai RM56
    1 set kombo mashed potato dan cheezy sauce by Kak Yong bernilai RM21
Kasturi Emas by Hadina bernilai RM35
3 Topup kredit by Harnani bernilai RM30
1 Pashmina by Eleena bernilai RM35
1 Paisley Square Scarf  by Hannamaira bernilai RM30
2 Masker SAVEE by Syahoney bernilai RM10
3 Kerongsang esklusif by Eca bernilai RM30
1 Bibo Shawl MirrorbyMaera bernilai RM35
1 Wide Square Satin Hijab by MirrorbyMaera bernilai RM49
1 set Tasbih mutiara 99 biji by Jari Bulan bernilai RM80
1 Shower Gel Bidara by maeraismail.com bernilai RM19.90

Apa anda dapat sebagai contestant? 

PERTAMA, peluang memenangi hadiah!
KEDUA, setiap entry yang dihantar akan direpost kembali dalam blog www.maeraismail.com!


Moga apa yang kita kerjakan hari ini boleh memberikan manfaat kepada rakan muslim muslimat. InsyaAllah.


Terima kasih semua. Wassalam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MACAM MENARIK JE.. MACAM BEST JE..
HEHE... JANGAN MACAM JE TAPI MEH RAMAI-RAMAI KITA MERIAHKAN CONTEST NI..
DENGAN CONTEST NI KITA BUKAN SEKADAR BERCONTEST TAPI DALAM TAK SEDAR KITA TELAH BERKONGSI SATU KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN.. :) 

NAK JOIN? DAH BUAT ENTRY? JANGAN TINGGALKAN LINK URL ANDA DI SINI TAPI TINGGALKAN DI SINI ... 
Read More ->>

Wednesday, December 4, 2013

Senarai Pemenang 3rd GA Pearl by mOoN

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Berakhir sudah episod pemilihan pemenang. Cek if ur name listed sebagai pemenang. :)


Pemenang 4 hadiah misteri


1 hadiah khas 


Tahniah buat para peserta yang bertuah.. Pada yang kurang berjaya, insyaALLAH akan ada lagi GA Pearl ni di masa akan datang.. :)

Bagi para pemenang, mohon emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke jaribulan@yahoo.com selewat-lewatnya esok sebelum tengah malam.  Kepada yang gagal berbuat demikian, hadiah anda akan diberikan kepada peserta bertuah yang lain. :)

Terima kasih sekali lagi pada mereka yang join dan support GA ni. 
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in