Wednesday, December 31, 2014

2014 Hampir Berlalu...

4:57 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2014.

Sepanjang tahun ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup me. Yang gembira, yang sedih. Yang menyenangkan hati, yang menyakitkan hati.

Namun me masih bersyukur kerana masih mampu tersenyum hingga ke hari ini. Senyum kala gembira, senyum kala duka.

Tak boleh demand sangat dalam hidup ni. Kena pandai menikmati sambil bersyukur dalam keadaan yang cukup-cukup sederhana. Alhamdulillah. Masih mampu mengecap rasa bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.

Tahun di mana me di duga dalam alam pekerjaan. Cuba untuk terus bertahan dan berpaut di dahan yang hampir rapuh. Sangkaan untuk kecundang di pertengahan salah. Allah kurniakan kekuatan untuk me terus bertahan hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Hari ini genap 28 tahun me meniti hidup di bumi Allah. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah atas peluang yang KAU berikan untuk me terus membesarkan kedua puteri me dan suami.

Nur Aisya Syuhadaa Binti Abdul Karim & Nur Aeera Shuhayra Binti Abdul Karim, membesarlah kalian dengan baik. Selama umi hidup selama itu umi akan cuba berikan yang terbaik buat anak-anak umi. InsyaAllah. Semoga Allah panjangkan umur umi dan ayah agar mampu untuk melihat kalian terus membesar.

Abdul Karim Mohd Latep, terima kasih kerana menjadi suami yang baik buat me dan ayah yang baik untuk anak-anak kita. Semoga bahagia kita hari ini akan berpanjangan hingga ke jannah.

Buat kedua ibu bapa me, terima kasih kerana membesarkan me menjadi insan yang kuat menempuh dugaan hidup. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat keduanya.

Esok masuk tahun baru 2015.. semoga tahun baru nanti memberi kita seribu satu kebaikan.


Amin...

Tuesday, December 30, 2014

Tragedi 2014

6:01 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

..2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman... 

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...

Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...

Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...

Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...

Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...

Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...

Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...

2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...

Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014... 

Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku... :(


Puisi penuh makna ini me terima melalui whatsapp. Mulanya me baca 1 perenggan then abaikan tapi macam satu kekurangan jika tak habiskan baca. 

Terlalu banyak peristiwa dan tragedi yang menimpa umat manusia tahun ni. Salah satu cara Allah mengingatkan kita yang kita telah jauh tersasar, jauh terpesong dan jauh tersesat dalam hidup. 

Sama-sama kita beringat. Sama-sama kita kembali pada jalan Allah. Allah sedang menguji kita.





Posted via Blogaway


Friday, December 26, 2014

Boss Macam Ni Memang Hampeh!

6:45 PM 4 Comments
Sumber : facebook

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kalau lah ditakdirkan dapat boss macam ni me akan resign dulu sebelum diberhentikan. Agaknya dulu dia penah operate buang hati n perut. Geram betul!

Tak kena batang hidung bolehlah cakap. Bukannya orang tu suka suki tak datang kerja. Bencana alam kot. Grrrrrr..

Ok. Sorry teremosi. Sms ni betul atau tak seorang boss tak patut buat macam ni. Kerja sampai bila-bila pun takkan habis.

#prayforpantaitimur

Semoga Allah permudahkan segala urusan pihak yang ingin menghulurkan bantuan.

Wednesday, December 24, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

2:26 PM 10 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, December 23, 2014

Peringatan : Is This Your Photo?

8:56 PM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Satu lagi peringatan dari pihak SKMM. Me pernah dapat mesej ni tapi memang tak buka. Delete terus. Sebabnya nampak sangat benda ni tipu. Huhu.










Jangan lupa joiN Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com yaaaa. Hadiah simple tapi menarik menunggu anda.

Saturday, December 20, 2014

Bahaya Produk Pelangsingan Badan

9:42 AM 5 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Macam yang kita tau,, terlalu banyak produk pelangsingan badan yang ada di pasaran sekarang. Ada yang murah ada yang mahal. Ada yang ada kelulusan dan ada yang tiada kelulusan.

Ramai yang tau risiko pengambilan produk pelangsingan ni but still ramai yang guna tanpa was-was.

Hurm.. sama-sama kita beringat.

Monday, December 15, 2014

Pendek Itu Comel

2:37 PM 6 Comments
Sumber : facebook.com
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Haaaaa. Selama ni bila orang kata me ni pendek me betulkan perkataan tu. Bukan pendek tapi kurang tinggi. Tapi sekarang ni tak kisahlah bila orang kata pendek. UAI kata kena bangga sebab pendek. Pendek itu comel! Hehehe





Haaaaaa.. excited sangat nak type pasal comel ni kan.. sampai tersalah type. Tq Adinda Baizura Mazlan sebab tegur. Heeee. Dah betulkan. 


Aeera Semakin Bijak

9:45 AM 0 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Genap setahun tiga bulan umur Aeera semalam. Semakin bijak. Anak umi yang kuat makan. Suka makan. Asyik nak makan je. Hehehe.

Dah pandai mengajuk orang. Senyum sorang-sorang bila tengok movie Frozen. Comelss. Hehe.

Sunday, December 14, 2014

Movie : The Maze Runner

5:34 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

The Maze Runner | Nampak sangat ketinggalan. Hehe. Movie ni dah lama rasanya. Orang pun dah lupa movie ni ada me baru layan. Hahaha. Adoii.

Ni sebab lama tak masuk panggung. Last masuk masa pregnantkan Aisya. Tak ingat dah tengok cerita apa masa tu. Hehe.

Ok. Balik pada tajuk. Untuk me, 4 bintang untuk movie ni. Best!

Thomas. Minho. Newt. Chuck. Alby. Teresa. Homaiiii. Kenapa diorang ni comel sangat. Eh! Hahaha.

Dan Gally tu memang sangat annoying. Means dia bawa watak tu sesuai sangat. Dan dia berjaya buat me rasa nak cubit dia 50 ratus kali. Hahaha.

The Gravier? Horror. Me kalau jumpa agaknya memang akan menyorok je sepanjang malam. Tak kuasa nak main kejar-kejar. Huhu. Over tak?

Tapi ending tu betul-betul buat me menangis. Huhu. Kenapa mesti Chuck the tembam mati?

Tau tak?Aisya siap jerit-jerit tengok movie ni.

"Sian tersepit.."
"Cepat!!!"
"Lariiii..."
"Dobot makan.. eeeeee.."

Ahahahaha. En.abg pun agak bengang kejap sebab Aisya tak berhenti bercakap. Hahahaha.

Memula ok lah suh diam. Last-last en.abg suh Aisya tido. Adoii. Lawak anak beranak ni. Me yang kat tengah-tengah mampu gelak je.

Ada sambungan lagi ke The Maze Runner ni? Endingnya ada phase 2 kan..kan.. heeeeee.. Tak sabar nak tengok.




















Esok publish entry GiveAway. Hope ada sambutan. :D






Saturday, December 13, 2014

Annoying Bila Line Penuh Tapi Lembab

9:59 AM 3 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam try publish entry thru blogaway guna wifi connection. Bengang bila 10 juta kali post tapi tak satu pun yang berjaya. Haaaaaaa. Pastu entry jadi basi selepas 2 jam.

Kebetulan data dah habis so terpaksa guna wifi. Kata wifi **if* ni terbaik. Tapiiiiiiiiiiiiiii,,,,, sambung sendiri. Huhu.


Friday, December 12, 2014

Powerbank Pineng 10000 mAh

6:17 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebelum balik Sabah hari tu me ada beli 1 powerbank pineng. 10000 mAh dengan harga RM39.00.

Taktau arr ori ke tak. Haaaaaa. Main amik je kan. Beli kat Koperasi Kedai Buku UiTM. Depan ofis je pun.

Yang 15000 mAh dia jual RM79.00 rasanya.

Alhamdulillah. Powerbank ni memang sangat berguna. Lebih-lebih lagi bila nak travel pegi mana-mana. Contoh masa kat airport hari tu. Nak cari plug untuk charge hp memang tak la. Huhu. So, dengan adanya powerbank yang tak seberapa ni memang sangat membantu.

Sebelum ni selalu fikir tak perlu ada powerbank pun boleh bertahan but nampaknya fikiran tu tak boleh dipakai dah. Hehe. Bagi orang lain mungkin boleh tapi bagi me tak.




















Next week nak buat GA sempena akhir tahun. Agak-agak ada yang nak join tak? Heeeeee...



Wednesday, December 10, 2014

9:59 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam dapat MC sebab sangat-sangat kurang sihat. Huhu. Batuk, selsema dan demam.


Hari ni alhamdulillah. Dah ok sikit. Tinggal batuk ni je yang agak mengganggu. Huhu.

Musim orang batuk sekarang ni.


Korang semua jaga kesihatan tau. Banyakkan minum air suam.

Tuesday, December 9, 2014

S.M.I.L.E

8:07 AM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat pagi dunia. Still batuk and demam hari ni. Haaaaaaa.

Perubahan cuaca masa balik Sabah hari tu. Semenanjung panas yang amat sampai Ranau sejuk yang amat. Huhu.

Kesian kat Aisya N Aeera. Depa pun batuk & demam & selsema. Risau lebih sikit kat Aeera sebab batuk agak kuat.

Semalam after landed terus rush ambil kereta then ke klinik. En.abg kena neb. Aeera tak sebab batuk takde kahak. Dr kata paru-paru still ok. So dia bagi ubat jak.

Ujian ALLAH. Bersangka baik. :D

Friday, December 5, 2014

Resepi : Sup Meatball Ringkas

2:25 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak share resepi ringkas sup meatball. Ringkas tapi sedap.

Bahan :

Meatball
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
Air
Garam
Kiub pati ayam
Daun bawang dan bawang goreng

Cara masak :

1. Tumiskan bawang merah yang dihiris halus sehingga naik bau.
2. Masukkan air mengikut kuantiti yang diinginkan (me suka sup so air memang banyak.. heeee)
3. Setelah air mendidih, masukkan halia dan meatball.
4. Untuk lebih rasa, masukkan kiub pati ayam.

Biarkan sehingga meatball lembut. Tambah daun sup dan bawang goreng untuk dihidangkan.

Enak dihidang panas-panas. Makan dengan nasi pun boleh, nak masukkan bihun pun boleh.

Me lebih suka makan dengan nasi. Aisya & Aeera pun suka.



Tuesday, December 2, 2014

Jawapan Pada Uji Personaliti - Pilih Pintu Anda!

6:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom tengok jawapan pada pilihan pintu anda.. :)
Belum pilih pintu? Pilih di Pilih Pintu Anda!
Yang belum pilih pintu,, jangan intai jawapan dulu tau... Heeeeeee


Pilihan 1 - Kebebasan
Anda merupakan seseorang yang
sukakan kebebasan.
Anda memerlukan ruang dan masa
untuk melakukan sesuatu perkara
mengikut adunan tersendiri.
Anda adalah jenis yang suka
berdikari dan suka melawan tetapi
bagi anda pergaduhan bukanlah
sesuatu yang bijak
Anda sukar untuk menerima
seseorang atau sesuatu yang baru.
Tekanan adalah perkara yang anda
benci kerana anda suka menikmati
kehidupan.

Pilihan 2 - Individualiti.
Anda jenis yang suka bergerak
secara bersendirian.
Suka memerhati, berfikir dan
menyelesaikan perkara yang
bermain di benak fikiran anda.
Anda seorang unik dan mempunyai
perspektif yang mendalam dalam
sesuatu perkara.
Anda melihat dunia dalam cara yang
unik, dan orang sekeliling anda
boleh bermanfaat darinya.
Anda seorang 'loner' tetapi anda
boleh menjadi rapat dengan
seseorang tetapi ia akan mengambil
sedikit masa.

Pilihan 3 - Berwarna-warni
Hidup anda penuh dengan keceriaan
kerana anda adalah seorang yang
ceria.
Anda suka berinteraksi dan orang
sekitar anda senang untuk
berinteraksi dengan anda.
Anda suka memulakan perbualan,
dan bertanya banyak soalan.
Sifat ingin tahu anda yang tinggi
menyebabkan anda belajar lebih
dari orang lain.
Anda seorang yang cerdik dan
dalam masa yang sama lucu.
Anda akan berfikir lebih bagi
memastikan orang sekeliling anda
dipenuhi dengan gelak ketawa.

Pilihan 4 - Menarik
Anda akan menjalani kehidupan
yang menarik dan juga mencabar!
Anda selalu melihat kehadapan di
dalam hidup
Biasanya, apabila tiba masa untuk
membuat keputusan, anda akan
membuat keputusan tanpa berfikir
panjang, tapi biasanya semua
keputusan yang anda buat adalah
sentiasa menjadi!
Peraturan adalah perkara yang
kurang disenangi oleh anda dan
dalam masa yang sama anda adalah
seorang yang 'careless'.
Anda seorang yang spontan dan
juga suka mencari keseronokan.

Pilihan 5 - Kedamaian
Kedamaian dan keamanan antara
perkara yang dipentingkan oleh
anda.
Selain itu, anda juga seseorang
yang 'low-maintainance'
Anda tidak suka diganggu/
dihalang.
Apabila tiba masa untuk membuat
keputusan, anda akan mengambil
keputusan yang paling mudah
sekiranya boleh.
Anda tidak suka membenankan diri
anda.
Orang disekeliling anda akan merasa
sokongan yang anda berikan kerana
anda seorang yang 'supportive'.
Anda terkenal sebagai seorang yang
konsisten dan juga seorang yang
melihat sesuatu secara menyeluruh.


Pilihan 6 - Sunyi & Tenang
Anda sukakan keadaan yang sunyi
dan tenang.
Anda boleh menghabiskan masa
secara berseorangan tanpa merasa
sunyi.
Anda ingin mengerti kesemua aspek
yang timbul di dalam kehidupan
anda.
Setiap perkara yang anda lakukan
mempunyai sebab dan anda sudah
berfikir dahulu sebelum membuat
sesuatu perkara.
Kawasan yang dipenuhi orang ramai
akan dielakkan oleh anda tetapi
bukan bermakna anda tidak sosial.
Anda mementingkan perhubungan
yang sejati dan suka berinteraksi
secara berdua-duaan.




Macamana? Ada persamaan tak? Heeeeee... Me pilih pintu 2.. Dan,, yes ada sikit persamaan di situ. 










Kualiti Terbaik Dari Babyland.my

4:15 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kualiti Terbaik Dari Babyland.my | Kali ni nak share pengalaman me berurusan dengan Babyland.my. Sebelum ni pernah dengar Babyland.my ni tapi tak pernah berpeluang untuk berurusan dengan mereka. But bila peluang tu datang, memang me tak sia-siakan peluang yang ada tu. Terus grab! Dan hasilnya tak mengecewakan.


Ok! Untuk yang pertama, webpage babyland.my ni sangat user friendly. Tak perlu risau. Memang tak pening. Semuanya direct to the point. Jenis baju, details, harga semuanya jelas. J

Ni nak cerita baju yang me sambar dalam babyland.my ni.




&





Maafkan kelakuan anak dara yang tak berapa nak bagi kerjasama ni. Huhu. Menangis airmata darah nak suruh dia posing comel. Baju dah cantik dah tapi pe’el tu. Homaiiii.




Baju ni kejadiannya cantik sangat. Kualiti kain puas hati. 100% cotton. Lembut dan selesa. Heee. Tu bila pegang. Bila Aisya or Aeera pakai mesti lagi selesa. Berbaloi ke beli? Yup! Sangat-sangat berbaloi. Bagi ibu-ibu yang pentingkan keselesaan anak-anak, babyland.my sediakan apa yang kita inginkan.
  
Dan 1 bib untuk Aeera. Sorry takda gambar untuk ini. Huhu. Dua-dua anak takmo bagi kerjasama umi nak ambil gambar.

Penghantaran? Sangat cepat! Hari ni order and the next day dah boleh dapat parcel. Di sini me kongsikan sikit beberapa testimoni pelanggan yang pernah berurusan dengan babyland.my. Kesemuanya berpuas hati dengan servis dan kualiti baju yang ada.

sumber : babyland.my

sumber : babyland.my
 Harga? Opsss. Sorry. Lupa nak share. Affordable! Maybe ada few yang kata mahal but it’s worth it. Jangan risau. Pasti tak menyesal.


Nak tengok lebih banyak koleksi? 

Jom serbu webpage Babyland.my sekarang! atau boleh layari facebook mereka di Facebook : Babyland.my.








Saturday, November 29, 2014

Bila Tak Mampu Menangis

4:01 PM 3 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sakitnya dada bila kita terasa mahu menangis tapi tak mampu untuk luahkan. Makin dipendam makin sebak.

Namun bangga dengan diri sendiri kerana sudah pandai sembunyikan emosi. Mampu senyum biar hati rasa sakit. Mampu senyum biar diri rasa ditindas. Semakin pandai dan tau untuk bersabar.

Kadang terasa kecik diri ini pada pandangan mata mereka. Biarkanlah. Asal mereka bahagia. Ukiran senyum palsu sudah sebati dengan me. Tak susah pun. Heeeeeeee.

Tuesday, November 25, 2014

Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam

12:42 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Segmen Pencarian Bloglist untuk Bulan Disember 2014.
15 Blog dicari untuk menjadi penyeri di sidebar blog Truly Love... 

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Maria Firdz
2. Add G+ +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam"
4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML;
5. Publish dan hantarkan entry penyertaan di entry ini.

Segmen ini bermula 25 November 2014 jam 12 tengah hari dan akan tamat pada 27 November 2014 jam 12 tengah hari.


Jom support segmen ringkas ini...

Sunday, November 23, 2014

Gegar Vaganza?

10:59 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Gegar vaganza? | Bunyi macam best tapi iolls tiada astro so tak dapat layan program ni. Actually ada sorang kawan me yang selalu story pasal gegar vaganza ni. Best katanya.

Dia penyokong memang penyokong kuat artis-artis kat Malaysia ni. Siapa?

Sorry Dd. Pinjam pic ni ea.
DIRAF DIAS! Heeeeee. Pic atas tu pinjam dari fb dia. Tengah khusyuk layan egar vaganza la tu. Emosi masa ni? Unpredictable.. hehehehe.

Kat youtube ada tak rakaman gegar vaganza ni? Heeeeee.


Saturday, November 22, 2014

Berbadminton Kita

2:16 PM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Badminton sempena Suka PTAR 2014. Ada rumah sukan tau. Heeee. Me is rumah biru. Teringat zaman sekolah dulu. Sekolah rendah rumah hijau. Sekolah menengah rumah merah. Rumah kuning je tak pernah rasa. Ngeeeee.

Lama tak main secara serius. Letih tapi best. Badminton isy game even tak lah terror sangat kan. I love badminton so much! :p

Lengan lebam. Kena raket agaknya. Pas main baru pasan. Haaaaaa. Hebat sangat main sampai lebam-lebam.

Sekarang ni 2.14pm. Team dah habis main. Rumah biru dapat no.2 je. Ok lah tu kan. Heeee. Ni tunggu open game je. Me main double je. Hope boleh menang. Haha.





Sempat tidur jugakk. Hahahahaha. Adoii.

Friday, November 21, 2014

Thursday, November 20, 2014

Wednesday, November 19, 2014

Jom Tupperware Bersama Kai_Tupperware

4:25 PM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom Tupperware Bersama Kai_Tupperware | Siapa peminat barang-barang Tupperware? Pasti ramai kan. Me pula baru nak berjinak-jinak ngan koleksi Tupperware ni.

Dulu takde rumah bila belek katalog Tupperware rasa macam no feeling sangat tapi sekarang ni dah ada rumah sendiri maka keinginan nak kumpul koleksi Tupperware ni semakin membuak-buak. Haaaaaaa.

Produk Tupperware pertama yang me beli adalah,,

Botol susu untuk Aisya & Aeera. Alhamdulillah. Both puteri umi suka dengan botol ni. 
Produk kedua,, 

Citrus Bilberry (Nutrimetics).. Baru dapat. Jatuh cinta sepuluh juta kali. Wangi yang amat!! 
Bila dah terjebak ni memang terasa macam-macam nak beli. Lagi-lagi bila beli dengan Kai_Tupperware. Homaiiiii. Memang puas hati. Dari proses order, bincang-bincang dan sampailah ke pembayaran dan penerimaan barang. Ada work flow tu. Hehehe.

Nak tau apa kelebihan beli produk Tupperware dengan Kai_Tupperware?

- Diskaun dari 15% - 20%
- penghantaran percuma
- hadiah percuma untuk setiap pembelian
- boleh juga cod area shah alam  


Apa macam? Best tak? Best tak?

Bestkan!!! Ai is suka.....

Berminat nak jadi ahli? Sebagai ahli macam-macam kelebihan yang bakal diperolehi. Boleh daftar dengan Kai_Tupperware jugak. Kelebihan daftar ahli dengan Kai_Tupperware korang akan automatik masuk dalam team Tupperware iaitu TEAM POWER! Haaaaa... power gitu. Leader akan bagi tunjuk ajar macamana nak mulakan langkah dalam bisnes Tupperware ni. Tak perlu risau. J


Kelebihan jadi ahli Tupperware? Intai bawah....


- Jana pendapatan / menambahkan lagi duit gaji yang sedia ada

- Sesuai untuk semua golongan.Student,suri rumah,yang sudah berkerja dan ingin mencari side income,lelaki dan perempuan

 So, apa tunggu lagi. Peluang terbaik untuk anda mula mendapatkan side income. 

 
 

Sebarang atau jika anda berminat untuk mendapatkan produk Tupperware atau ingin menjadi ahli,, jangan malu jangan segan, bolehlah menghubungi Puan Ili. 

Whatsapp : 017 634 6704
IG : kai_tupperware
WeChat ID : KaiyisahRahman




Tuesday, November 18, 2014

Aplikasi Ilham Karangkraf

9:49 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Berita baik untuk semua peminat buku dan novel terbitan Karangkraf!!


sumber gambar : email

Jika dulu Portal Ilham Karangkraf yang merupakan komuniti penulisan online hanya dapat di layari di laman sesawang ilham.karangkraf.com, namun kini para peminat novel dan juga cerpen dapat membaca karya-karya ini di aplikasi Ilham Karangkraf.

Aplikasi ini boleh dimuaturun secara percuma di Play Store. Merupakan satu aplikasi yang amat mudah dan mesra pengguna. Paling menarik, aplikasi ini mengajak anda untuk bersama memberi penilaian terhadap karya-karya yang terdapat di ILHAM.

Anda kini sudah tidak perlu risau untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini Ilham Karangkraf akan bersama anda sentiasa.

Muaturun sekarang aplikasi Ilham Karangkraf di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.karangkraf.ilhamfree

Untuk mengetahui perkembangan terkini, sila ikuti perkembangan di  facebook.com/IlhamGrupBuku atau follow kami di Instagram 'IlhamKarangkraf'.

Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada ilham@karangkraf.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pasni senanglah nak baca novel online. Tak perlu bawa buku berat-berat lagi. Ringan beg kita nak keluar berjalan. Heeeeee.

Thanks so  much Karangkraf!!

Monday, November 17, 2014

Iklan Jawatan Kosong UiTM - 32 Jawatan

12:30 PM 8 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak share ni,, UiTM ada buka jawatan kosong. So, kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bolehlah cuba memohon. 

Permohonan hendaklah melalui laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian dengan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan. 

Maklumat tentang jawatan, klik ---> MAKLUMAT JAWATAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Disember 2014. Good luck! :D

Friday, November 14, 2014

Lunch Di Temerloh Catering

2:29 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekali lagi Temerloh Catering Seksyen 15, Shah Alam. Haaaa. Semalam dah lunch kat sini. Hari ni repeat. Sebab? Makanannya sedap. Even menu me semalam and hari ni sama. Hehe.

Rasanya menu paling famous kat sini ialah gulai tempoyak ikan patin. Me tak makan pun. Heeeee. Ofismate yang amik menu ni. Sedap katanya.

Lain-lain tu tak sempat nak rasa lagi sebab lauknya cepat je habis. Licin pulak tu. Hebat. Hehe.

Tak sempat nak ambik gambar sangat tadi. So, me share mana yang sempat je lah ea.


My lunch
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Temerloh Catering dalam media
JJCM pun datang sini.... 
Next time nak ajak family in law pulak jamu selera kat sini. 

Follow me @munirah_izzan