Thursday, January 9, 2014

# #NurAisyaSyuhadaa # Demc

Aisya Kena Neb

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

2 hari lepas Aisya start batuk. Kesian sangat. Tido pun tak lena. Siap muntah masa batuk tu. Masa dia muntah tu memang me dah risau. Siap nangis lagi but tak panik la coz sebelum ni me dah pernah jadi macam tu juga. Huhu.

Semalam Kak Nora merangkap babysitter Aisya dan Aeera btau yang batuk Aisya agak teruk. Kena juga bawa pegi klinik. So, pas mandi bersiap apa semua tu kitorang gerak pegi DEMC. 

Sampai DEMC ramai gilerr orang. Ramai budak tengah tak sihat sekarang ni. Demam and batuk. 

Bila turn jumpa doktor, doktor btau yang Aisya kena buat neb. Huk! Terkejut kut sebabnya bila tengok Aisya takdelah dia batuk teruk sangat or sesak nafas. Siap lari-lari lagi kat DEMC tu. Ayahnya la yang penat mengejar. Hehehe. Exercise katanya. 

Actually risau nak buat neb ni takut ada komplikasi sampingan. Kuar je dari bilik doktor terus call mak. Mak nurse. But kata mak takde apa-apa pun. Buat je untuk bagi Aisya selesa nak bernafas. Bila mak kata macam tu lega arr.

Masuk bilik neb tengok ada sorang budak tengah buat neb. Siap jerit nangis-nangis lagi. Cuak juga. Risau Aisya meragam je time neb tu. Bila sampai giliran Aisya tengok muka macam no feeling je. 

Serius memang no feeling. Dia macam suka je. Hahaha. Siap high five dengan nurse lagi masa tengah neb tu.


Layan je. Mata pun dah kecik.rupa orang nak tido. Eh, neb tu buat orang ngantuk ea?


Lupa nak snap pic dia hisap jari masa tengah neb tu sebab asyik gelak tengok dia. Hahaha. 

Aeera pulak sibuk berramah mesra ngan sorang akak tu. Riuh beno dia gosip sorang-sorang. Ahaha. Akak tu pun rajin melayan Aeera borak. 

Lebih kurang jam 11 lebih gak arr siap semua urusan. Masuk je dalam keta Aeera terus tido. Best kut kena aircond. Aisya pun pas nyusu terus lelap. Elok je parking keta terrus dia jaga. Ades.

Entah jam berapa Aisya lelap semalam sebab umi dia ni lelap dulu. Hahahaha. 


3 comments:

  1. suka baca gelagat dua beradik nih....waaa aeera pandai bergosip dh ye sekarang...bila nk jumpa umi Qi...nak pegang bb moon huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. @Umi Qi jom lah jumpa ju... Leh laga-laga pipi n menjemah skali. Hehehe

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan